Senin, 12 Februari 2007

Gambar Siti Nurhaliza di karpet merah Grammy

Siti Nurhaliza anggun di Grammy
Oleh ZIEMAN





LOS ANGELES: Busana hitam putih yang direka khas oleh Datuk Bernard Chandran telah menjadi pilihan Datuk Siti Nurhaliza ketika berjalan di acara karpet merah Anugerah Grammy ke 49 yang berlangsung pada Ahad lepas di Staples Center, Los Angeles.

Siti yang kelihatan teruja dan berseri bergandingan dengan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa telah berjalan seiring dengan selebriti terkenal seperti Shakira, Nelly Furtado dan Red Hot Chilli Peppers di acara karpet merah Anugerah Grammy itu.

Siti juga telah menghadiri post-party selepas acara tersebut yang dianjurkan oleh Sony BMG di Beverley Hills.

Siti yang tiba di acara gilang-gemilang itu menaiki limosin, telah beramah mesra dengan artis terkenal Sony BMG seperti John Mayor, Beyonce, Jessica Simpsons dan Dixie Chicks.

Pemergian Siti ke Grammy adalah kerana dia telah memenangi dua tiket ke anugerah tersebut pada bulan Mac tahun lepas ketika terpilih sebagai Artis Berpakaian Paling Cantik di acara Ritz Carlton "Breakfast With The Stars" atas tajaan Star World tahun lalu.


Ikon Malaysia ini bertuah dapat menjejakkan kaki ke anugerah berprestij atas cadangan Star World. Penyanyi No 1 Malaysia ini juga telah ditemani oleh juru mekap Nurul Shukor dan pengurus produksi, Saiful Kadri.

Penyanyi jelita itu kain jenis Channel yang dibelinya dari London baru-baru ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar