Minggu, 30 Desember 2007

Bienda Disahkan menghidap Penyakit Jantung


Serimah Salehuddin
www.bharian.com.my

Bekas penyanyi nasyid kena jalani rawatan segera elak penyakit dihidapi jadi kronik

MALANG memang tidak berbau. Begitulah yang berlaku terhadap bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah, Nor Razlinda Razli atau Bienda yang baru-baru ini disahkan menghidap sakit jantung berlubang dan memerlukan wang RM50,000 untuk menampung kos pembedahannya.

Penyanyi berusia 22 tahun itu hanya menyedari mengenai penyakit berkenaan seminggu yang lalu apabila kerap berasa sakit di bahagian kiri dadanya.

Ibunya yang juga penyanyi dangdut, Sheeda ketika dihubungi berkata, anaknya sering mengadu sakit dada tetapi mereka menyangka ia hanya sakit biasa. Mereka ke klinik berhampiran tetapi doktor menyatakan dia tidak menghadapi sebarang penyakit.

Bagaimanapun, baru-baru ini sekali lagi penyanyi itu diserang sakit dada dan mereka ke klinik yang sama. Bagaimanapun kali ini doktor mendapati degupan jantungnya pelik lalu mengarahkan Bienda merujuk kes berkenaan ke hospital.






“Sekarang Bienda berehat di rumah dan hanya bergantung kepada ubat. Pada 8 hari bulan nanti doktor akan memasukkan kamera kecil ke dalam mulutnya untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut.

“Kos memasukkan kamera itu saja menelan RM1,000. Kos pembedahan pula dianggarkan sekitar RM25,000 dan selebihnya untuk rawatan susulannya. Pembedahan akan dilakukan segera bagi menutup lubang yang bersaiz 2.5 sentimeter,” katanya.

Kata Sheeda, menurut doktor penyakit itu mungkin sudah dihidapi penyanyi itu sejak kecil tetapi mereka sekeluarga tidak berjaya mengesannya. Doktor klinik yang merawat Bienda mengesyaki dia menghidap penyakit jantung setelah melihat kukunya yang bertukar kebiruan.

Ketika menantikan keputusan penyakit anaknya itu, kata Sheeda dia sangat berharap anak kesayangannya itu tidak menghidap penyakit kronik. Malangnya dia terpaksa juga menerima kenyataan yang amat pahit bagi mereka sekeluarga.

Apabila mengetahui penyakit itu, kata Sheeda, Bienda menangis semahu-mahunya dan sukar menerima kenyataan itu. Mereka sekeluarga terpaksa menenangkan perasaan anaknya.

Malah sejak mengetahui mengenai penyakitnya juga, Bienda tidak mahu berenggang dengan dirinya dan mereka kini tidur bersama. Menurut Sheeda lagi, berat badan Bienda dan dia juga berkurangan akibat terlalu bimbang.

“Sejak sakit, Bienda tidak boleh berpisah dengan saya. Kalau saya keluar bekerja, dia akan telefon banyak kali bertanya bila saya hendak pulang.

“Sejak sakit juga, kami sukar tidur malam. Kami akan menghabiskan masa berbual pelbagai perkara hingga lewat pagi. Dia pun sering fikirkan yang bukan-bukan tapi dia kuat semangat.

“Dia telefon juga kawan-kawan minta tolong carikan ‘show’ untuk dia sebab katanya dia mahu cari duit untuk bantu keluarga,” kata Sheeda sebak.

Bagi mengurangkan kemurungan anaknya itu, Sheeda akan membawa Bienda bertemu dengan pesakit kronik bagi meningkatkan motivasi dalam diri anaknya.

Menurut Sheeda, dia tidak mahu meminta-minta. Bagaimanapun, dia tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu dengan pendapatan sebagai penyanyi yang tidak seberapa. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini undangan menyanyi untuknya dan Bienda kurang.

Wang yang diperoleh hasil daripada nyanyian pula digunakan untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Justeru, hanya yang terlintas di fikirannya adalah mendapatkan bantuan Persatuan Karyawan Malaysia.

“Saya ibu tunggal, undangan nyanyian pun tidak seberapa. Saya bukanlah hendak mengambil kesempatan mengharapkan bantuan. Cuma saya berharap ada pihak yang sudi menolong kerana kami diberitahu mengenai hal ini dalam waktu yang sangat suntuk. Ia menyukarkan saya untuk menyediakan wang sebanyak itu.

“Saya berterima kasih kepada pihak Karyawan yang akan membantu kami sekeluarga menyelesaikan masalah Bienda. Persatuan Pemuda Umno juga dengarnya ingin membantu,” katanya.

Sidang media mengenai bantuan ke atas Bienda akan diadakan pihak Karyawan pada 2 Januari ini.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar kahwin Zul Yahya



tahniah pada pelakon Zul Yahya yang selamat melangsungkan majlis perkahwinannya. Semoga berbahagia dengan insan tersayang. Sama cantik sama padan. Klik untuk besarkan gambar





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Kamis, 27 Desember 2007

Gambar Pelakon Arash Mohamad Bersanding





Tahniah diucapkan kepada pelakon Arash Mohamad atas perkahwinannya bersama gadis pilihan hati. Tup tup tau tau dah kahwin. Tema warna hijau macam ni nampak sesuai dengan mempelai berdua, walaupon dekorasinya simple dan taklah segrand sesetengah artis lain kahwin. Unutk gambar lain, klik untuk besarkan gambar





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tags:Arash, Arash mohamad, Artis kahwin, Artis bersanding.

Selasa, 25 Desember 2007

Gambar Baby Jeslina Hashim



Gambar baby jeslina hashim yang comel. Moga kecomelannya berterusan sampai dia besar. Suka sangat tengok gambar baby. rasa tenang jer..klik untuk besarkan




-----
anda suka tengok gambar baby yang kiut miut..click here


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Minggu, 23 Desember 2007

Kekasih baru Farid Kamil

wah, ini ke yang dikatakan girlfriend baru Farid Kamil. My personal opinion, Irma Hasmie lebih cun. apapun ikut taste masing2.

klik untuk besarkan

sumber:www.murai.com.my

KL, 18 Dis 2007: Sejak aktor Farid Kamildilaporkan putus cinta dengan aktres jelita Irma Hasmie, Murai Batunampak ramai sangat yang nak tahu siapakah pengganti kepada bekas buahhati hero filem Anak Halal itu.
Maklumlah bila dah jadi single mingle mestilah saham punterus naik mencanak. Malah dengan status sebagai pelakon yang sedangtop di Malaysia pada masa kini, mestilah ada saja wanita yang mahumendekati atau datang menghimpit. Itu sudah lumrah.

Sebagaimana ejen perisik 007 dan Nora Zain yang sering kitatonton di layar perak, Murai Batu pun segera berusahalah untukmelakukan kerja-kerja merisik, mengintai dan meneropong di sana-sinimengenai Farid.

Wah tak sangka dalam diam-diam Farid sudah ada teman wanita baru. Wah, rupanya boleh tahan cantik juga.Rambutnya pula hitam panjang lurus menawan. Tapi, jangan terperanjat,kalau Murai Batu katakan bahawa si dia itu bukan gadis Melayu.

Sekali pandang, memang nampak serasi benar mereka berdua. Sukabenarlah Murai Batu tengok. Khabarnya nama si gadis yang mula bertakhtadi hati Farid itu ialah Jasmin. Amboi, patutlah cantik, nama sekuntumbunga lagi.

Murai Batu dapat tahu berita itu pun secara tak sengaja. Itu punsebab menghadiri sebuah majlis di pinggir ibu kota baru-baru ini. Disitulah Murai Batu melihat kemesraan mereka berdua.

Mungkin selepas membaca artikel ini, ramai yang nak tahu lebihlanjut mengenai Jasmin. Tapi biarlah Murai Batu rahsiakan dulu.Cukupkah kalau Murai Batu siarkan gambar mereka berdua saja.


Murai Batu: Simpan banyak rahsia mengenai kisah dan cerita artis kita. Tapi biarlah rahsia bak kata Datuk Siti.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Minggu, 16 Desember 2007

Gambar Nur Aliah Lee Tidak Bertudung



Semua orang di malaysia kebanyakkanya sudah tahu Nur Aliah Lee telah bercerai dengan Pengarah terkenal Aziz M. Osman. Namun tindakannya membuka tudung agak mengejutkan sedikit kerana beliau sebelum mempunyai imej bertudung dan muslimah. Diakui memang beliau cantik, tapi lagi cantik kalau dia bertudung..

klik untuk besarkan gambar




Tags: Nuraliah Lee, aliah lee tudung

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar anak Putera Mahkota Brunei



Gambar anak sulung kepada DYTM DPMM AL-MUHTADEE BILLAH DAN YTM PENGIRAN ANAK ISTERI PENGIRAN ANAK SARAH..So cute dan terserlah jiwa keibuan. Tak perlu pakai Nanny

klik untuk besarkan gambar2 yang lain



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sabtu, 15 Desember 2007

Anugerah Skrin 2007 memboringkan

Petang Jumaat kelmarin saya sanggup balik awal dari office sebab tak sabar nak tengok Anugerah skrin ni yang digambarkan melalui promosi cam Hebat dan mantopp. Tapi lepas tengok amatlah frustnya sebab ianya tak segrand yang disangka walaupun mengetengahkan tema Hoolywood ala Grammy yang patutnya gah seperti sepatutnya..

gandingan pengacara Raja Azura n Aidil macam tak masuk. lagi baik kalau digandingkan bersama kak ogy yang tentu meletooop stage kat pentas tu... aidil cam skema dan kak engku pulak cam buat lawak2 seorang.. better gandingkan semua bekas pengacara MELODI..baru HOT..

persembahan so so aje..yang menarik pada pandangan mungkin adibah noor dan Noryn Aziz
.apapun ni pandangan peribadi..masing2 ada hak nak bagi komen kan..heheh..apapun jika anda ada pandangan yang sama atau kontra, jangan segan penuhkan kotak komen dibawah...

apapun ni keputusan penuh bagi acara Anugerah Skrin 2007 TV3

* FILEM TERBAIK - Cinta
* PENGARAH TERBAIK - Badarudin Hj Azmi @ Bade (Syaitan)
* PELAKON LELAKI TERBAIK - Datuk Rahim Razali (Cinta)
* PELAKON WANITA TERBAIK - Vanida Imran (Red Kebaya)
* DRAMA TERBAIK - Sebuah Ijtihad
* PENGARAH DRAMA TERBAIK - Jinggo (Sebuah Ijtihad)
* PELAKON DRAMA LELAKI TERBAIK - Mohd Syafie Naswip (Ilham Suci)
* PELAKON DRAMA WANITA TERBAIK - Sofea Jane (Sebuah Ijtihad)
* PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK - M.Rajoli (Tanah Kubur)
* PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK - Noor Khiriah (Nek Kiah)
* DRAMA RANTAIAN TERBAIK (Serial Drama) - Susuk
* DRAMA KOMEDI TERBAIK - Bong
* BUAL BICARA TERBAIK - Macam-macam Aznil (ASTRO)
* Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 21 (TV3)
* Rancangan Hiburan (Bukan Muzik) Terbaik: Senario (TV3) Errrkk..SSenario leh menang? sighh
* Realiti Terbaik: What Women Want (8TV)
* Laporan Khas Terbaik: Buletin Utama- Babi Cemar (TV3)
* Anugerah Khas Pantene - Pelakon Wanita Harapan Popular: Fauziah Gaos

berikut antara gambar sekitar anugerah skrin..untuk gambar yang lebih banyak..layari fotopages minaq jinggo ini

klik untuk besarkan




copyright gambar dari minaq-jinggo


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tags: Anugerah Industri Muzik, keputusan penuh anugerah skrin 2007 tv3, liyana jasmay, macam macam aznil, red carpet anugerah skrin 2007, sebuah ijtihad, senario movie, skandal pengacara tv3, sofea jane, spa q, susuk

Rabu, 12 Desember 2007

Siti Elizad yang Seksi

Sewaktu Majlis EH! 20 yang hangat, pelakon siti elizad berpakaian yang sungguh WOW sekali. singkat sungguh sampai nampak pahanya yang menggebu. apa pandangan anda ?

klik untuk besarkan

siti elizad

gambar dari laman web sensasi selebriti, www.budiey.com

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 11 Desember 2007

Siti nak bertudung Selepas ke Mekah?



Gambar-gambar ini menunjukkan fesyen terbaru Datin Seri Siti Nurhaliza pada majlis sidang media pelancaran album solo terbarunya berjudul "Hadiah Daripada Hati", di Hotel Legend Kuala Lumpur.
apa pandangan anda mengenai fesyen ini, pandangan saya? tak sesuaiii...
apapun niat dia untuk memakai tudung tu seharusnya disokong..aminnn

klik untuk besarkan gambar



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe