Senin, 23 April 2007

Kontroversi Tudung Salima



klik untuk besarkan

Antara komennya dalam petikan akhbar ini
Dia juga menganggap, tindakannya itu tidak salah dan bersedia berhadapan dengan apa juga persoalan yang akan dibangkitkan selepas ini.
‘‘Saya berpendapat dengan cara itu saya masih lagi tidak mendedahkan rambut saya kepada orang ramai. Saya masih menutup aurat kerana rambut asal ditutupi dengan anak tudung sebelum saya dipakaikan dengan rambut palsu,’’ katanya.


Saya bukanlah org yang cukup ilmu agama, tetapi bukankah memakai rambut palsu pun sudah jatuh haram. Bagaimana pula dengan aurat dibahagian dada, telinga dan lehernya. Jangan cuba untuk menghalalkan yang haram..Harap salima fikir kembali dan membuat statement yang lebih bijak di lain masa....

apa komen anda?


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Jumat, 20 April 2007

Mawi pilih Dekna ?



Mawi pilih Dekna untuk persembahan Hari Ibu
Oleh RADIN SRI GHAZALI
sumber:mstar online

RAMAI yang sudah tahu penyanyi paling popular Mawi atau Asmawi Ani sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dalam Mawi World Sdn Bhd.

Sempena dengan sambutan Hari Ibu 13 Mei nanti, Mawi bersama-sama syarikatnya akan mengadakan satu majlis makan tengah hari bersama-sama golongan ibu di Palace of The Golden Horses.



Malah ini merupakan anjuran pertama Mawi World Sdn Bhd dalam mengelolakan majlis sebesar ini.

Langkah yang diambil oleh Mawi seperti menjejaki usaha Datuk Siti Nurhaliza ketika menubuhkan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan menganjurkan majlis-majlis seperti ini.

"Saya tidak mengikut sesiapa dalam mengembangkan syarikat saya. Tetapi saya merasakan bahawa inilah masa yang sesuai untuk syarikat saya mengelolakan event seperti ini kerana saya pun masih mempelajari selok belok dunia perniagaan," ujar penyanyi berusia 26 tahun ini di sidang akhbar Petang Berkilauan Habib Bersama Mawi dan Ibu-Ibu bertempat di Palace of the Golden Horses baru-baru ini.

Dalam kesibukan jadual kerja Mawi sebagai seorang penyanyi, ramai tertanya-tanya bagaimanakah kemampuan penyanyi yang berasal dari Johor itu menguruskan perniagaannya itu.

"Saya mempunyai seorang sahabat yang membantu menguruskan perniagaan saya. Dia bertanggungjawab melakukan segala hal-hal pentadbiran serta pengurusan untuk Mawi World Sdn Bhd.

"Apa jua masalah yang dihadapi, dia akan menyelesaikan dan memberitahu saya mengenainya," ujar Mawi yang enggan memberi informasi terperinci mengenai 'sahabat' yang dikatakan bertanggungjawab menggerakkan syarikat tersebut.

"Saya sudah berkenalan dengan sahabat ini sejak awal pembabitan saya dalam bidang hiburan ini. Saya amat mempercayai dia dalam menguruskan syarikat saya," ujarnya lagi.

Ketika ditanya jika Mawi tahu secara terperinci tindak tanduk sahabatnya dalam menguruskan perniagaannya, dia menjawab, "Saya sentiasa mengawasi perkembangan syarikat saya. Saya tidak melepaskan tanggungjawab bulat-bulat begitu sahaja."

Selain daripada itu, pihak pengurusan Mawi yakni Maestro Talent Management turut terbabit dengan pengelolaan mana-mana majlis anjuran Mawi World Sdn Bhd.

"Memandangkan kami adalah pengurus Mawi, segala aktiviti yang dingin dianjurkan oleh Mawi World Sdn Bhd haruslah melalui pihak kami," ujar Freddie Fernandez selaku Ketua Operasi Maestro Talent Management.

Ketika ditanya jika pihaknya turut memperolehi pulangan atau imbuhan daripada pendapatan Mawi World Sdn Bhd, Freddie menjawab, "Adalah sikit-sikit sahaja."

Hari Ibu bersama Mawi

Jika Minggu Setiausaha, Mawi menjadi hak eksklusif kepada sebuah hotel sahaja, kini Mawi terbuka menerima mana-mana lamaran persembahan sempena Hari Ibu nanti.

"Memandangkan Mawi antara penyanyi yang in demand kini, kami tidak mahu menghampakan sebarang tawaran dari mana-mana pihak yang inginkan khidmat dari Mawi.

"Asalkan persembahan tersebut tidak bercanggah dengan jadual kerjanya," ujar Freddie mengenai polisi pihaknya sempena sambutan Hari Ibu.

Bagi Mawi pula, dia sudahpun merangka persembahannya sempena Petang Berkilauan Habib Bersama Mawi dan Ibu-Ibu di Palace nanti.

"Saya akan menyanyikan beberapa buah lagu yang bertemakan ibu seperti Untukmu Ibu. Selain daripada itu, saya akan lakukan pertunjukan silap mata sebagai acara selingan untuk persembahan pada petang tersebut," ujarnya yang bakal menyanyikan sepuluh buah lagu dalam masa satu jam nanti.

Peserta Akademi Fantasia 5 yang baru sahaja disingkirkan, Dekna turut dijemput sebagai artis jemputan pada petang tersebut.

"Kami memilih Dekna kerana dia mempunayi bakat menyanyi. Malah, saya turut menyukai perangainya yang agak rock dan selamba," ujar Mawi yang bakal berduet bersama peserta dari Pulau Pinang itu menerusi lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta.

Gandingan bersama Dekna turut merupakan gandingan pertama bersama-sama seorang perempuan menerusi lagu ciptaan Loloq dan M Nasir itu.

Harga meja-meja adalah daripada RM1500 sehingga RM5000. Mereka yang berminat boleh menghubungi Hany (012-3023730), Zana (012-2881108) dan Jue (017-3114765) untuk melakukan tempahan.

Tidak gusar Aduh Saliha ditundakan

Seperti biasa, soalan yang kerap diajukan kepada Mawi sejak kebelakangan ini, 'Siapakah Saliha?' dalam filem Aduh Saliha.

"Saya tidak tahu siapa heroin filem ini. Masih belum ditemui lagi," ujar Mawi selaku hero filem yang sudah lama digembar gemburkan namun masih tidak menjalankan penggambarnnya lagi.

Nama-nama pelakon Awal Ashaari serta Erra Fazira yang dikatakan antara mereka yang bakal berlakon dalam filem ini juga belum pasti akan terbabit sama dalam filem arahan M. Nasir itu.

Mawi sendiri bersedia menerima sebarang kemungkinan termasuk penundaan produksi filem tersebut.

"Saya tidak gusar mahupun cuak walaupun ianya ditundakan ataupun dibatalkan. Saya tahu banyak di antara kami sibuk dengan jadual kerja masing-masing.

"Kalau ye pun perkara begini berlaku, saya hanya mampu menerima hakikatnya," tegas Mawi lagi.

Foto The Star oleh Norafifi Ehsan



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Rabu, 18 April 2007

Galeri Gambar Noryn Aziz





she's hot, isn't it?..klik untuk besarkan gambar noryn
more noryn pictures

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar Sekitar Konsert AF5 Minggu Kelima








gambar sumber
: utusan msia

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 17 April 2007

Anuar bercerita mengenai kahwin




Anuar mengaku cerewet pilih isteri
oleh : Radin Sri Ghazali
Mstar online


Jika penyanyi yang bersuara lantang ini mengambil masa selama lima tahun untuk menghasilkan sebuah album, Anuar Zain juga mengambil masa yang lama dan teragak-agak untuk membuat pilihan calon isteri.

"Saya tidak mahu buat kerja separuh jalan sahaja atau bak kata orang half past six di mana saya tidak bersungguh-sungguh untuk mengerjakan sesuatu kerja.

"Oleh itu, saya aplikasikan falsafah yang sama di mana saya tidak mahu terburu-buru untuk mencari seorang isteri.

"Biarlah saya mengambil masa untuk memilih calon yang sesuai," ujar penyanyi yang berusia 37 tahun itu ketika ditemui di Minggu Setiausaha JW Marriott baru-baru ini.

Anuar yang turut dikenali sebagai antara artis yang jarang sekali berbicara mengenai isu peribadinya turut mengaggak bahawa soalan berkenaan perkahwinan akan diajukan kepadanya.

"Saya mengakui bahawa saya memang cerewet tetapi saya haya mahukan yang terbaik untuk diri saya," tegasnya lagi.

Malah, ibubapa Anuar sendiri turut mencari jodoh untuk Anuar agar dia dapat mendirikan rumahtangga secepat yang mungkin.

"Ibu saya sendiri sudahpun mencari calon isteri untuk saya tetapi saya menolak. Biarlah saya cari sendiri," kata adik kepada Ziana Zain ini lagi mengenai prihal peribadinya.

Peminat teruja dengan persembahan Anuar

Tidak keterlalulan jika diandaikan bahawa persembahan Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha adalah antara persembahan yang dinanti-nantikan.

Malah penyanyi yang mendapat jolokan lady's man ini merupakan antara penyanyi yang mampu membuatkan para pengunjung tidak dapat mengawal diri ketika melihat persembahnnya.


Acara yang dihoskan oleh penyampai televisyen popular, Daphne Iking itu dimulakan dengan acara cabutan bertuah semua setiausaha yang hadir.

Namun, peminat-peminat Anuar semakin resah apabila penyanyi kesayangan mereka tidak muncul lagi walaupun sudah menunggu hampir satu jam.

Saat yang dinantikan tiba apabila kelibat Anuar dengan pakaian tuxedo di atas pentas membuatkan segelintir daripada peminatnya menjerit dalam suasana girang.

Penyanyi yang kelihatan segak dan tampan itu memulakan majlis tersebut dengan sebuah nyanyian medley Kaulah Satunya dan Bila Resah untuk mengubati keresahan peminat-peminatnya pada majlis tersebut.

Bagaikan satu kebiasaan untuk semua artis yang menjayakan acara Minggu Setiausaha untuk turun daripada pentas utama dan mendekati para pengunjung yang ada.

Suasana turut menjadi kecoh seketika apabila peminat wanita berduyun-duyun berkumpul di hadapan pentas untuk mengambil gambar bersama penyanyi idola mereka yang kian lama menyepikan diri.

Anuar menyambungkan majlis tersebut dengan beberapa buah dendangan lagu hitnya seperti Suria Sirra dan Permata.

Selain daripada itu, Anuar turut mendendangkan sebuah lagu daripada penyanyi kegemarannya yakni Glen Fredley yang berjudul Akhir Cerita Cinta.

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan hawa yang hadir terpukau dengan dendangan lagu tersebut yang penuh dengan penghayatan.


Lagu yang menjadi antara lagu tema filem cinta yakni Perpisahan bagaikan menjadi satu kesinambungan terhadap aura romantis pada petang tersebut.

Malah Anuar turut mengajak salah seorang daripada setiausaha bernama Ros untuk menemaninya di atas pentas ketika dendangan lagu itu.

Bagaikan terpesona dengan nyanyian Anuar, Ros kelihatan terpaku dan terpukau dengan renungan tajam Anuar.

Lagu tersebut turut menunjukkan kemantapan vokal Anuar terutama pada nada-nada tinggi apabila penyanyi tersebut tidak menghadapi sebarang masalah untuk menarik suaranya.

Anuar turut mendendangkan beberapa buah lagu berirama rock seperti Kamelia (Sweet Charity) dan Naluri Lelaki (Samsons) pada petang tersebut.

Saat yang dinanti-nantikan, penyanyi yang menyepikan diri selama lima tahun tanpa kehadiran album baru menampilkan dua buah lagu terbarunya.

Salah sebuah lagu tersebut yang merupakan hasil nukilan komposer Indonesia iaitu Nu Mata berjudul Lelaki Ini bakal ditampilkan sebagai single pertama untuk album terbarunya nanti.

Anuar turut menyanyikan sebuah lagi lagu baru yang diciptakan khas untuk peminat-peminatnya yang berjudul Teman Terulung.

"Lagu ini khas untuk anda kalian. Terima kasih kerana sudi menyokong dan menunggu hasil karya saya," ujarnya sebelum meneruskan persembahannya.

Anuar mengakhiri persembahan pada petang tersebut dengan mendendangkan beberapa selingan lagu sebagai persembahanan encorenya.

Antaranya Keabadian Cinta, Mungkin, Semua Untukmu dan Jangan Bersedih Lagi. Pada saat ini jua peminat-peminat Anuar berpusu-pusu menghampirinya untuk sesi mengambil gambar.

Walaupun ada segelintir mereka dihalang oleh beberapa orang bodyguard, namun Anuar tidak pernah menolak permintaan mana-mana peminatnya yang ingin mengambil gambar bersamanya.

Ternyata persembahan Anuar petang itu tidak menghampakan. Vokal yang mengagumkan serta kebolehannya untuk berinteraksi bersama-sama peminat antara faktor mengapa penyanyi ini menjadi kegilaan ramai wanita.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Senin, 16 April 2007

Keadaan Catriona stabil

Keadaan Catriona stabil tetapi masih trauma
Oleh Ahmad Syahrul Derauh
Berita Harian

SELEPAS lebih 24 jam menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan, pelakon popular, Catriona Bahrin Ross, 26, kini semakin stabil walaupun dilaporkan masih trauma dan terkejut akibat kemalangan jalan raya bersama rakan serumah, Jennifer Govia, 32, awal pagi Sabtu lalu.




Tinjauan di HTJS kelmarin mendapati pelakon drama popular Sephia dan Rafflesia itu juga tidak banyak bercakap, sebaliknya lebih kerap melelapkan mata dipercayai akibat keletihan selain kelihatan masih keliru dengan kejadian berkenaan.

Catriona yang ditemani tiga adiknya yang bergegas dari Kuala Lumpur selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu, juga tidak diputus-putus dikunjungi saudara mara lain dan rakan, manakala pelawat pesakit lain di wad sama turut mengambil peluang menziarahi pelakon itu.

Bagi mengelak gangguan dan menjadi tumpuan ramai, katil rawatan pelakon itu di Wad 8B ditutup dengan tirai.

Adiknya, Fiona Noor Aishah Ross, 24, berkata keluarganya sudah berbincang dengan doktor di HTJS untuk memindahkan Catriona ke pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur bagi memudahkan dijaga keluarga.

"Dia akan dipindahkan ke Kuala Lumpur secepat mungkin, tetapi kami belum buat keputusan hendak menghantar kakak ke pusat perubatan mana. Doktor di sini ada juga memberi beberapa nama hospital yang sesuai. Jika semua urusan di sini berjalan lancar, dia akan dipindahkan ke Kuala Lumpur, petang ini (semalam)," katanya sambil menjelaskan ahli keluarga lain, termasuk ibunya dari Kota Bahru, Kelantan menunggu Catriona di Kuala Lumpur.

Mengenai keadaan pelakon itu, beliau berkata, kakaknya dalam keadaan stabil, tetapi masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpanya, selain dilihat masih keliru dan lebih banyak lelap dipercayai keletihan.

Fiona turut meminta kerjasama media supaya tidak merakam gambar Catriona dalam keadaannya sekarang, manakala seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa saudara mangsa meminta media massa memberi peluang kepada pelakon itu berehat sehingga pulih sepenuhnya.

Catriona cedera parah selepas kereta dinaikinya bersama Jennifer dirempuh sebuah lori trailer dalam kemalangan di Kilometer 230.8 Lebuhraya Utara-Selatan di Rembau, Negeri Sembilan, kira-kira jam 6.45 pagi kelmarin. Dia dikatakan sedang berbaring tidur di kerusi penumpang hadapan kereta dipandu Jennifer dari rumah mereka di Pantai Hill Park, Kuala Lumpur ke Johor Bahru kerana rakannya itu perlu menghadiri satu mesyuarat di sana.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila Jennifer dikatakan cuba mengelak sebuah kon pembinaan diperbuat daripada plastik yang secara tiba-tiba masuk ke laluannya menyebabkan kereta dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan.

Pada masa sama, lori trailer dalam perjalanan dari arah Melaka ke Senawang tiba lalu merempuh belakang kereta dinaiki dua sahabat itu menyebabkan kenderaan mereka remuk teruk di bahagian belakang dengan kedua-dua tayarnya tercabut.

Kejadian itu menyebabkan pelakon berkenaan patah kedua-dua kaki, tangan kanan serta beberapa batang gigi, manakala Jennifer pula patah paha kiri.

Catriona ross kemalangan

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Gambar Pertunangan Cat Farish ( Papa Jahat )










17/3/2007 merupakan hari bahagaia bagi cat Farish dan tunangnya kerana mereka telah selamat ditunangkan..semoa berbahagia
gambar sumber forum cari.com.my

klik untuk besarkan gambar


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Minggu, 15 April 2007

Gambar Mawi dan Rossa di Quality Hotel











Picture credit to Minaq Jinggo and thestar


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar datuk siti di F1 Sepang



gambar terbaru datuk siti..mesranya ..loving couple gitu...
klik untuk besarkan gambar


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sabtu, 14 April 2007

Catriona Ross Masuk ICU



Catriona Ross cedera parah dalam kemalangan

REMBAU 14 April — Seorang pelakon wanita, Catriona Bahrin Ross, cedera parah setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Mat Dom berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 6.45 pagi ketika Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 27, bersama rakannya Jeniffer Govia, 32, yang memandu kereta jenis Chevrolet, sedang dalam perjalanan dari Senawang menghala ke Ayer Keroh, Melaka.


“Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas lalu melanggar kon, sebelum menyeberangi lebuh raya itu dan memasuki laluan bertentangan.

"Dalam masa yang sama sebuah treler yang sedang menuju ke Utara gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Catriona patah di kedua-dua kaki dan tangan selain cedera di badan serta kepala, manakala rakannya turut cedera di badan.

Kedua-dua mangsa yang beralamat di Pantai Hill Park, Kuala Lumpur kemudian dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Catriona yang cedera parah dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scottish itu pernah membintangi filem dan drama termasuk Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia dan Sephia.

Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

--------------------
semoga beliau segera pulih dan bersabar atas dugaan yang menimpa



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 10 April 2007

Gossip Siti mengandung


Siti sudah berbadan dua?
Oleh Farihad Shalla Mahmud

APABILA bercerita mengenai penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, perkara paling penting yang orang ingin tahu adalah benarkah isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa ini sudah berbadan dua.

Walaupun sudah beberapa kali Siti meyakinkan pihak media bahawa dia masih belum menampakkan tanda bakal bergelar ibu, ada sumber-sumber dalam industri hiburan yang menyatakan harapan Siti dan suami untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan penghujung tahun ini.



Bukan sengaja mengada-adakan cerita tetapi kata satu sumber yang rapat dengan Hip menyatakan, Siti dikatakan sudah mula menolak untuk mengadakan persembahan untuk beberapa bulan akan datang iaitu mulai pertengahan bulan ini, semata-mata mahu menjaga kandungannya yang semakin membesar ketika itu.

Malah, ada juga sumber lain memberitahu Siti pernah dilihat menjalani pemeriksaan awal khusus untuk wanita mengandung di sebuah pusat perubatan swasta terkemuka di Kuala Lumpur sambil ditemani suami serta ibu tercinta, Siti Salmah Bachik.

Difahamkan, peristiwa mengunjungi perubatan swasta itu berlaku baru-baru ini iaitu sebelum Konsert 3 Diva berlangsung di ibu negara. Tidak cukup cerita itu, perubahan bentuk fizikal Siti yang begitu ketara sejak kebelakangan ini setiap kali muncul dalam mana-mana acara seolah-olah membenarkan dakwaan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu bakal bergelar ibu.

Persoalannya, benarkah semua dakwaan ini? Atau, ia sekadar spekulasi semata-mata. Jika benar kandungan Siti masih di peringkat awal, tentunya penyanyi popular itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti nyanyian demi menjaga kandungan.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sepanjang bulan ini saja, Siti terbabit dengan pelbagai pertunjukan termasuk persembahan sempena Minggu Setiausaha serta Konsert Istana Cinta Datuk Siti Nurhaliza, iaitu persembahan nostalgia P Ramlee dan Saloma di Istana Budaya.

Ketika diminta mengulas perkara ini, Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K menafikan isteri kesayangannya itu sedang mengandung.

“Belum... belum lagi, Siti masih belum mengandung. Dia cuma tak sihat badan saja hari tu. Batuk dan demam sikit, tapi sekarang sudah pulih. Buat apa saya nak rahsiakannya? Saya bukannya bermusuh dengan pihak media. Jika betul Siti mengandung, saya akan maklumkan pada anda semua. Tunggulah,” janji Khalid.

Sementara itu, pengurus yang juga kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak, turut menafikan dakwaan Siti kini sudah mengandung. Beliau menganggap berita Siti mengandung dan menjalani pemeriksaan seperti yang digembar-gemburkan adalah cerita karut serta tidak berasas.

“Merepeklah cerita itu. Sah-sah makcik Salmah tidak pernah pergi menemani Siti di pusat perubatan itu. Belum, Siti belum mengandung lagi. Semua itu bohong,” jelas Rozi dalam satu kenyataan yang dikirim kepada Hip menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) petang Sabtu lalu.

Seperti juga kenyataan Siti sebelum ini apabila ditanyakan mengenai perkara itu (mengandung), dia tetap menafikannya.

Jelas Siti, mengandung adalah satu anugerah yang tidak ternilai daripada Tuhan buat hambanya dan sebagai penyanyi yang menjadi milik masyarakat, dia akui tidak akan merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan peminatnya.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sabtu, 07 April 2007

Siapa kata Artis Hollywood Cantik?


Jessica Simpsons



Jennifer Lopez



Eva Longoria dari Siri Desperate Housewives



Maradona..opss Madonna



Kate Moss, famous Supermodel



Britney Spears



Si gedik, Paris Hilton


Cameron Diaz

Saja nak share dengan semua walaupun takde kaitan dengan artis malaysia...diperolehi melalui forward email dari kwn....
Huhu..hodohnya diorang ni kalau tak bermekap...LOL

klik untuk besarkan

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 03 April 2007

Galeri Gambar Dafi AF5





Klik untuk besarkan gambar dafi af5


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,