Senin, 29 Januari 2007

Sarah Raisuddin bertunang dengan jejaka pilihan



Sarah Raisudin & keluarga kedua2 belah pihak



Sarah Raisudin & dan tunangnya, James ( Mohamad Haris Fuad Robinson )

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 23, hari ini menamatkan spekulasi hubungan cintanya dengan Mohamad Haris Fuad Robinson, 24, yang pernah disebarkan menerusi internet apabila menamatkan zaman bujangnya dengan bertunang dengan jejaka berasal dari New Zealand itu. Sarah yang popular dengan lagu berjudul Mimpi Bersama selamat ditunangkan dengan Mohamad Haris Fuad yang merupakan pelumba motosikal pasukan KTM Racing, pada pukul 3.40 petang di Hotel Armada, Petaling Jaya di sini hari ini. Menurut Sarah, dia mengambil keputusan bertunang bukan kerana tertekan dengan gosip tersebut, tetapi menganggapnya sebagai sudah sampai jodoh.

Pada majlis yang sederhana dan mengikut adat Melayu itu, pihak keluarga Mohamad Haris Fuad (nama asalnya ialah James Robinson) dihadiri oleh bapanya, Bob Robinson, 55, ibunya, Gail Robinson, 55, dan kakaknya, Rebecca Robinson, 25, meminta tempoh pertunangan selama dua tahun. Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan selain menetapkan wang hantaran RM40,000 serba satu. Sebahagian dari hantaran lelaki ditaja oleh Oakley, yang juga penaja sukan lumba motor Muhammad Haris Fuad. Beliau pula ketika ditanya tentang penerimaan keluarga Sarah terhadapnya tidak menafikan bapa bakal isterinya, penyanyi tahun 1980-an, Raisuddin Hamzah, 50, banyak membantunya mempelajari selok belok agama Islam dan adat resam Melayu. Ditanya mengapa Fuad atau James menyukai Sarah dan keluarganya, dia menjawab, “Saya dan keluarga Sarah mudah untuk bersama terutama ibunya, Noraini Mohd. kerana banyak persamaan antara saya dan mereka. Saya suka personaliti Sarah. Dia mengambil berat mengenai diri saya,’’ katanya. Sarah dan James akan bertunang selama dua tahun.

sumber: utusan malaysia
semoga berbahagia la..untungnya pakwe hensem...hehe

Galeri gambar Sharifah Sofia












klik untuk besarkan gambar


Biodata
NAMA PENUH: Sharifah Sofia Syed Hussein
NAMA KOMERSIAL: Sharifah Sofia
TARIKH LAHIR: 28 Julai 1985
TEMPAT LAHIR: Liverpool, England
ADIK-BERADIK: Anak ketiga daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Masih menuntut dalam Diploma Seni Persembahan, Sunway University College
FILEM: Gong, Cinta Yang Satu, Orang Minyak dan The Perfect Date (filem pendek)
ANTARA DRAMA: Pesona Bintang, Astana Idaman, Badai Metropolis, Spanar Jaya, Akademi, Skuad Elit, Warna Ungu dan Lisa Oh! Lisa
PENGACARAAN: Malaysia’s Most Beautiful, Mengayau Bah! dan StarTrax
TEATER: Cupid Kills
IKLAN: Bonuslink, Canon, Anlene, AmBank, Woods PepperMint dan ABC drinks (Asia)

Intan Shafina - pelakon baru, cedera ditikam

Kecoh besar antara dua Intan
29-01-2007 08:05:43 PM
Oleh ZIEMAN
sumber mstar online

PETALING JAYA: Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya yang didakwa cedera parah dan terkelar pergelangan tangan sebenarnya sihat.

Penyanyi yang menerima berpuluh-puluh panggilan telefon sejak 12 tengahari tadi hanya mampu tersenyum dan mengurut dada apabila rakan wartawan menghubunginya dan memberitahu perkhabaran tentang kes itu.

"Saya sendiri terkejut apabila diberitahu oleh saudara mara dan rakan lama yang tidak putus-putus menelefon saya untuk mendengar sendiri dari mulut saya yang saya sihat," ujar penyanyi yang berusia 26 tahun itu.

Ketika menerima perkhabaran itu, beliau sedang beristirehat bersama keluarga di rumah mereka di Villa Taman Tasik, bandar Sri Permaisuri Cheras.

"Keluarga saya juga turut terperanjat apabila saudara mara dari Johor bertubi-tubi menanyakan sama ada saya sihat," kata penyanyi, yang pernah mengeluarkan dua buah album di bawah Warner Music bertajuk Kembali (2002) dan Intan Sarafina 2 (2003).

Bagaimanapun, penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Duhai Malam', 'Kembali' dan 'Selamanya' ini amat bersyukur yang ia cuma salah faham.

"Saya memang terperanjat tapi saya bersyukur kerana ia tidak berlaku pada saya. I am so grateful it's not me," ujar Intan pernah memenangi anugerah Artis Baru Popular 2000 dan menjadi Naib Juara Pesta Lagu Kanak-Kanak Asia di Tokyo.

Menurut Intan lagi, ketika kecoh-kecoh hal dirinya "ditikam dan dikelar," dia cuba mencari kad pengenalannya.

"Barulah saya tersedar yang kad pengenalan saya telah hilang. Saya terus ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat laporan. Ketika di sana, sekali lagi saya telah diberitahu tentang kes ini," kata penyanyi genit yang dilahirkan di Stulang Darat, Johor.

Intan, yang pernah memulakan karier baru sebagai pramugari di AirAsia pada bulan Oktober 2004, juga pernah membintangi filem Janji Diana yang turut dibarisi oleh pelakon Erra Fazira, Rosyam Nor dan Sarimah Ibrahim.

Kekeliruan sebuah agensi media ini dipercayai akibat nama kedua-duanya hampir sama.

Di sebalik kekecohan berita tentang dirinya, Intan melihat kejadian ini dari sudut yang berbeza.

"Saya tak marah. Tak sangka pula ramai orang masih ingat dan ambil berat tentang saya. Terharu pula rasanya.

"Mungkin itulah hikmahnya kerana selama ini saya ingat orang sudah lupakan saya," ujar Intan, anak kedua dari enam orang adik-beradik.
-----------------
yang mana erk gambar intan shafina..konfius2

Jumat, 26 Januari 2007

Galeri Gambar Sharifah Shahirah





Biodata
NAMA: Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar
NAMA GLAMOR: Shira
TARIKH LAHIR: 14 Oktober 1974
ASAL: Raub, Pahang
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Zulkifli Azhari (Ijoy)
ANAK: Alisya, 9 dan Airell, 2 tahun 5 bulan
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan duta produk Bio Essence
DRAMA/SITKOM: Ada-Ada Saja, Mat Despatch, Idaman 2, Salam Pantai Timur
FILEM: Azam, Cinta Kita, Buli, Buli Balik dan Bujang Senang,
PROGRAM TV: Famili Ria, Celebrity Square, Raja Lawak Astro, Imsomnia, Gedik Santai

PENCAPAIAN: Pelakon Komedi Wanita TV Terbaik, ASA 2004 (Ada-Ada Saja)

Rabu, 24 Januari 2007

Gambar Vanidah Imran





















Gambar lama-lama vanidah imran dimasa awal kemunculannya dalm dunia seni..
seksi, menggoda plus cantik...:-)

Biodata:
Name ... Vanidah bt Amran
Date of birth ... 1 October 1973
Place of birth ... Penang, Malaysia

Filmography :
KL Menjerit (2002)
Perempuan Melayu Terakhir (1999)
Badai Mantera (1998)
Cinta Metropolitan (1996)
Putera (1994) - first film

ni lak gambar yang baru2...still maintain ayunya..





Vanidah Imran, Vanida, gambar seksi vanida imran,

Selasa, 23 Januari 2007

Gambar Siti Nurhaliza masa sekolah



gambar siti masa sekolah..form berapa tak tau..comel kann..hehe
klik untuk besarkan
sumber:forum cari.com.my

Galeri gambar Linda Onn















Linda Onn - Pengacara Radio Stesen ERA
klik untuk besarkan gambar

Linda Onn, gambar linda onn, gossip linda Fahrin, Penyampai Radio ERA, Era, Rentak Muzik Terkini