Senin, 13 Oktober 2008

Ashraf dan Bunga nikah 8 November




KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara kacak Ashraf Sinclair, 30, bakal menikahi kekasihnya yang juga artis terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, 25, pada 8 November ini, selepas lebih setahun menyulam cinta.

Pengumuman itu dilakukan pasangan sama cantik sama padan itu pada satu sidang media anjuran produk penjagaan kulit, Ponds yang diadakan di Jakarta, malam tadi kira-kira jam 10 malam waktu Indonesia (11 malam waktu Malaysia).

Bagaimanapun, Ashraf menyampaikan berita gembira itu kepada pihak media tempatan melalui SMS yang dikirimkan pengurusnya, Nora.

Ashraf berada di Jakarta kerana terikat dengan penggambaran filem Pocong yang dijayakan sejak beberapa bulan lalu. Malah pasangan bakal pengantin ini turut terbabit dengan penggambaran filem komedi di Bali.

Seperti yang pernah diuar-uarkan sebelum ini, majlis persandingan bakal mempelai akan diadakan di hotel terkemuka di Senayan, Jakarta iaitu sehari selepas pernikahan.

Diikuti, majlis resepsi sebelah pihak lelaki yang diadakan di sebuah hotel di Subang Jaya, pertengahan November.

Pada 26 September yang lalu, Ashraf turut menemui Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta untuk mendapatkan surat permohonan berkahwin di sana.




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tidak ada komentar:

Posting Komentar