Rabu, 05 September 2007

Kumpulan VE berpecah?

Petikan dari harian metro

Soseh-soseh: Kumpulan VE berpecah?
BARU-BARU ini SS ada dengar pergolakan yang berlaku dalam kumpulan VE. Tapi SS tidak tahu pula sejauh mana seriusnya masalah yang dihadapi kumpulan yang popular dengan lagu Pop Yeh Yeh.
SS difahamkan, ia berpunca daripada kesibukan seorang anggotanya dengan bisnes sendiri. Dalam pada itu, ada juga masalah dalaman apabila masing-masing sukar meluahkan pendapat hingga timbul masalah komunikasi.

SS juga difahamkan, masalah itu bermula apabila dua anggotanya berkahwin hingga pelbagai masalah timbul dan membuatkan anggota lain tidak puas hati.

Terbaru, SS dimaklumkan pergolakan yang timbul sudah tidak dapat diselesaikan dan kumpulan itu tidak dapat mempertahankan VE lalu mereka mengambil keputusan membubarkan saja kumpulan mereka. Dengan kata lain VE sudah berpecah dan anggotanya kini masing-masing membawa diri.

SS difahamkan, ada anggotanya yang mahu menghasilkan album solo. Baguslah, kerana SS lihat VE memang berbakat tapi kita kekurangan artis berkumpulan.

Memang sayang kalau kumpulan ini berpecah kerana mereka kreatif dan ada perjuangan sendiri dalam industri hiburan. Tapi cerita kumpulan berpecah ini memang biasa, maklumlah bukan mudah mengendalikan banyak kepala.

Apapun, SS harap anggota VE tidak putus asa meneruskan perjuangan mereka walaupun kini tidak lagi bersama.

Mungkin mereka boleh bekerjasama dalam bentuk lain.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe




Tidak ada komentar:

Posting Komentar