Tampilkan postingan dengan label Erra Fazira. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Erra Fazira. Tampilkan semua postingan

Selasa, 07 Desember 2010

Erra dan Nurul - Guess Party





makin seksi cik nurul ..erra pula kelihatan dah berumur

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Rabu, 29 Oktober 2008

Erra Fazira semakin berisi




cute! nampak berisi Erra Fazira depan dan belakang.. adat la mengandung kan...





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Selasa, 23 September 2008

Seri Ibu Mengandung - Erra Fazira








Berseri-seri wajah Erra di samping suami
maintain ayu walau tgh sarat mengandung

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Kamis, 28 Agustus 2008

Erra Fazira Hamil



Erra sah hamil 2 bulan
Rudy Imran Shamsuddin
imran@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Selepas setahun mendirikan rumah tangga kali kedua, akhirnya pelakon popular Fazira Wan Chek, 33 atau Erra Fazira disahkan mengandung dua bulan.
Berita gembira itu disahkan suami Erra, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Ketika dihubungi, Emran menjelaskan dia mengetahui hal terbabit selepas mendapatkan pengesahan doktor awal Julai lalu.

“Erra berasa dia mengandung selepas lewat datang bulan sewaktu bercuti bersama kakitangan Erra Fazira Entertainment di Pulau Tioman, Johor.


“Sangsi dengan keadaan itu, dia melakukan sendiri ujian menggunakan alat ujian kehamilan di sana. Bagaimanapun, dia tidak memberitahu saya hingga pulang ke rumah.

“Keesokannya saya membawa dia melakukan ujian. Syukur apabila doktor mengesah Erra mengandung.

“Bagaimanapun, di peringkat awal doktor menasihatkan kami tidak menghebohkan perkara itu terlebih dulu, hingga dua minggu berikutnya Erra sekali lagi menjalani ujian.

“Selepas melakukan ujian imbasan, doktor mengesahkan jantung bayi dalam kandungan mula berdenyut,” katanya.

Sebelum ini, Erra pernah mengalami keguguran selepas doktor mengesahkan dia mengandung dua minggu sewaktu menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Mac lalu.

Emran meminta peminat mendoakan keadaan kesihatan isterinya dan bayi yang dikandung sihat sehingga selamat melahirkan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


Rabu, 23 Juli 2008

Erra Fazira keguguran


EMRAN KECEWA ERRA KEGUGURAN
Sumber : Utusan Malaysia

SEBELUM ini, pernah ada ura-ura yang mengatakan bahawa ratu filemkesayangan ramai, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira telah hamil duabulan.

Malah, tidak kurang juga ada pihak yang mendakwa bahawa kandungan sulung Erra itu telah mengalami keguguran.



Demi memastikan kesahihan dakwaan tersebut dan untuk meredakanpertanyaan dari banyak pihak, wakil media mendapatkan penjelasandaripada suaminya yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku EmranEngku Zainal Abidin di pejabatnya, baru-baru ini.

“Benar, Erra pernah keguguran. Tapi dakwaan yang dia mengandung dua bulan itu tidak betul”.

Demikian pengakuan Engku Emran sebaik sahaja diajukan soalan tersebut oleh wakil media.

Berusaha menyembunyikan kesedihannya, kata Engku Emran: “Kamigembira sangat bila dapat tahu Erra mengandung. Sampai tiga kali Errabuat ujian dan hasilnya memang positif”.

“Erra baru mengandung dua minggu ketika itu. Malangnya kandungantersebut keguguran kerana kami membuat refleksologi kaki,” tenang nadaEngku Emran menjelaskan peristiwa sedih itu.

Menurut Engku Emran, peristiwa sedih itu berlaku sekitar bulan Maclalu iaitu pada malam ketika berlangsungnya majlis glamor anjuransebuah akhbar tempatan.

Siapalah yang tidak sedih apabila zuriat hasil perkongsian cintayang dinanti-nantikan sejak mendirikan rumah tangga tidak dapatditimang.
“Memang rasa kecewa sangat. Sebab selama ini memang kami sentiasamenanti. Bagaimanapun, kami tidak akan berputus asa dan akan terusberusaha mendapatkan anak.

“Insya-Allah, kalau boleh dalam tahun ini juga kami merancang untukmendapatkan anak. Kepada para peminat Erra sendiri tolonglah doakanagar kami segera mendapat zuriat,” luah Engku Emran lagi tanpaberselindung.

Demi mendapatkan kepastian tentang keguguran yang dialami isterinyaitu, kata Engku Emran, dia dan Erra pernah mendapatkan khidmat doktorpakar.

“Kata doktor pakar itu, refleksologi mungkin tidak sesuai dilakukanke atas wanita yang baru hamil. Sebab di tapak kaki terdapat banyakurat.

“Kandungan Erra masa itu baru saja dua minggu. Jadi, mungkin adaurat yang tersilap ketika refleksologi, sebab itulah Erra mengalamikeguguran,” katanya.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Kamis, 25 Oktober 2007

Erra Fazira dan Engku Emran Selamat dinikahkan



Akhirnya, berakhirlah sudah kisah cinta diorang yang kontroversi ni. Selamat melayari bahtera kehidupan rumah tangga, semoga sampai akhir hayat. Peristiwa lalu jadikan panduan...


Erra, Engku Emran diijab kabul

Oleh ABD. AZIZ ITAR
www.utusan.com.my


ERRA Fazira dan Engku Emran ceria selepas selamat diijab kabul pada satu majlis sederhana di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

PETALING JAYA 25 Okt. - Setelah hampir dua tahun menjalani kehidupan tanpa suami, pelakon Erra Fazira, 33, akhirnya memilih Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32, sebagai pasangan hidupnya apabila mereka selamat diijab kabul di Restoran Puteri di sini malam ini.

Upacara pernikahan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik dengan Ketua Pegawai Operasi Radio Suria fm itu dilakukan oleh Pendaftar, Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud mewakili bapa saudara Erra, Borhan Ridhuan sebagai wali.

Majlis itu dihadiri seramai 400 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat, kenalan dan pihak media.

Pelakon filem Pesona Non Grata itu gembira bercampur terharu kerana pernikahannya itu sekali gus menutup gosip panasnya yang dikatakan menjalin hubungan cinta dengan aktor, Hans Isaac yang heboh diperkatakan sebelum ini.

Menurut Erra, dia berdoa agar perkahwinannya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

‘‘Era berharap dapat menjalani kehidupan yang sesempurna yang boleh.

‘‘Erra berharap dapat menjalani kehidupan yang normal sama seperti keluarga yang lain,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis pernikahannya di restoran milik penulis lirik terkenal, Habsah Hassan.

Erra dinikahkan dengan mas kahwin RM80 selain tujuh dulang hantaran yang dibawa pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Sementara itu kenduri di pihak pengantin lelaki akan diadakan di sini, pada 3 November depan.

Bagaimanapun Engku Emran enggan mendedahkan lokasi tersebut.

Ini merupakan pernikahan kedua Erra dan yang pertama bagi Engku Emran di mana pada 15 Jun 2003 pelakon wanita jelita itu pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak sampai dua tahun apabila Erra dan Yusry kemudiannya bercerai pada 26 April 2006.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 23 Oktober 2007

Erra Fazira Nikah pada 25 oktober 2007




Erra tak bersanding
Oleh Norhadiani Baharom

SPEKULASI tarikh perkahwinan Erra Fazira Wan Chek (Erra), 33, dan tunangannya, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32, akhirnya terjawab apabila pasangan sama cantik sama padan ini memilih tarikh 25 Oktober (Khamis), jam 8.30 malam sebagai detik bersejarah mereka.

Jika sebelum ini, Erra seolah-olah bermain teka-teki berhubung tarikh perkahwinannya namun, selepas Pengurus Erra, Syed Abu Bakar (Syed) mengunjungi Balai Berita, semalam (pagi), bagi menyerahkan kad jemputan ia bagaikan menjawab telahan media selama ini.

Tarikh 25 Oktober, secara tidak langsung membuktikan laporan pihak media mengenai khabar angin 25 Oktober bakal menjadi tarikh keramat bakal mempelai adalah benar belaka.



Difahamkan, sebelum ini Erra dan tunangnya merancang mengedarkan sendiri kad undangan. Bagaimanapun atas kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan Syed diminta mewakili mereka.

Syed berkata, melalui pengalaman (berkahwin) lalu Erra memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana agar mendapat lebih keberkatan dari Ilahi.


"Erra ketika ini teramat sibuk membuat persiapan perkahwinannya untuk memastikan yang terbaik di hari bahagianya nanti. Dia juga mengharapkan majlis pernikahannya pada 25 Oktober, jam 8 malam berjalan dengan lancar.

"Tiada sebarang persandingan dilakukan pada tarikh berkenaan sebaliknya berlangsung upacara akad nikah dan kemudian mempelai akan beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Majlis bersanding hanya akan dilakukan sebelah pihak lelaki.

"Sengaja Erra menetapkan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana kerana mahu mendahulukan apa yang dituntut agama. Paling penting adalah keberkatan daripada Maha Esa.

"Lagipun perkahwinan pertama dulu, dia sudah pernah merasa bersanding secara besar-besaran justeru kali ini dia mahu lebih ringkas dan tenang. Apa yang pasti walaupun diadakan secara sederhana, ia tetap meriah," katanya.

Syed menambah lagi, majlis ini akan dihadiri kaum keluarga, saudara mara dan sahabat handai terdekat saja. Erra dan Emran memilih melangsungkan perkahwinan mereka pada Syawal kerana mahu mendapat keberkatan bulan mulia itu.

Pelakon dan penyanyi jelita itu turut menyertakan nama pihak yang terbabit dalam menyempurnakan majlisnya.

Iaitu Pak Abu sebagai perancang majlis perkahwinan, pereka fesyen terkenal seperti Radzuan Radzwill, Jovian Mandagie, Butik Citra, Butik Cosry, Rafflesia, Rosalina Bloomingcake, Lord's Tailor dan Apple Entertainment Advertising (Sound&Light).

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe



Selasa, 11 September 2007

Gambar Pertunangan Erra Fazira dan Engku Emran



















Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Kamis, 06 September 2007

Erra fazira dan Emran bertunang hari ini



Pasangan bertunang hari ini di Damansara
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
www.bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Erra Fazira Wan Chek, 33, menamatkan teka-teki hubungannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Zainal Abidin, 32, apabila mengesahkan mereka akan bertunang, petang ini.

Majlis pertunangan itu yang akan berlangsung di kediaman Erra di Damansara, menamatkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan percintaan pasangan berkenaan yang mula terjalin Mei lalu.



“Kami akan melangsungkan majlis pertunangan esok (hari ini). Majlis akan berlangsung sederhana dengan melakukan apa yang wajib mengikut adat,” kata Engku Emran pada sidang media bersama Erra di sini, semalam.

Engku Emran berkata, tarikh pertunangan ini dipilih atas nasihat keluarga kedua-dua belah pihak dan pihak lelaki akan menyerahkan lima dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun pasangan itu belum menetapkan jumlah wang hantaran serta tarikh pernikahan kerana perkara ia akan hanya dibincangkan hari ini.

Sementara itu, Erra menafikan mereka akan melangsungkan pernikahan Oktober ini seperti yang digembar-gemburkan media.


Katanya, majlis bersejarah mereka hanya akan berlangsung menjelang akhir tahun ini kerana keluarga kedua-dua belah pihak mahu pertunangan selama tiga bulan.

“Cepat atau lambat, majlis perlu dilangsungkan dalam tempoh yang ditetapkan keluarga. Tak mungkin perkahwinan akan diadakan Oktober memandangkan ketika itu semua sibuk dengan persiapan Aidilfitri,” katanya.

Mereka menafikan keputusan melangsungkan pertunangan untuk menutup kontroversi yang didedahkan pelakon, Hans Isaac pada Jun lalu.

Erra juga turut menjelaskan keputusan untuk bertunang dengan Engku Emran tidak dibuat secara terburu-buru sebaliknya ia adalah ketetapan takdir kerana jika bercinta bertahun-tahun pun tidak menjamin apa-apa, apatah lagi kedua-dua mereka bukan lagi muda.

Engku Emran, ketika ditanya penerimaan keluarga terhadap Erra Fazira menjawab, mereka menerima kehadiran pelakon itu seadanya walaupun tidak menafikan sedikit sebanyak keluarganya agak tersinggung dengan beberapa laporan media sebelum ini.

“Semua orang ada perasaan, ada juga yang tersinggung dengan tohmahan yang dilemparkan. Bagaimanapun kontroversi itu menjadikan saya dengan Erra lebih rapat dan tabah,” katanya yang melamar Erra pada Julai lalu.

Pada sidang media itu, Erra memohon maaf kepada media kerana sering mengelak apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Engku Emran kerana dia mahu ia dibuat secara terbuka dengan semula pihak dapat hadir bagi mengelak ada yang berkecil hati.

“Saya juga ingin memohon maaf kerana sidang media ini diadakan agak mengejut,” kata Erra yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 tetapi berakhir pada 16 Jun tahun lalu.

all about ERRA FAZIRA

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe



Senin, 23 Juli 2007

gambar erra dan hans di singapura








klik untuk besarkan

credit pictures:isuhangat

Gambar percutian hans dan erra di singapura. Mesra cam orang bercinta. Mungkin seperti benar cerita -cerita yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Galeri gambar hans isaac
Gossip Hans Isaac dan Erra Fazira

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Senin, 09 Juli 2007

Erra kecewa gosip Hans, Engku Emran keterlaluan




Adegan kecoh di apartmen banyak diputarbelitkan
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Serimah Salehuddin www.bharian.com.my

TIADA kata hitam putih mengenai percintaan mereka yang pernah didengar peminat. Apa yang sampai ke telinga hanya khabar angin mengatakan dua pelakon popular, Erra Fazira dan Hans Isaac sebenarnya bukan sekadar berkawan.

Lalu, seluruh peminat tersentak apabila Hans tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya dengan si bekas ratu cantik ini sudah putus. Apa yang putus, seandainya mereka berdua tidak bercinta? Mengapa pula nada Hans dalam kenyataannya di akhbar Harian Metro itu cukup lain bunyinya sekiranya dia dan Erra rakan biasa?

Kerana sebuah gosip yang disiarkan mengenai seorang artis sudah mempunyai buah hati yang lain, maka cerita sebenar sudah hampir diketahui. Selepas kenyataan Hans, buah hati yang dimaksudkan, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran serta Erra sendiri juga sudah membuka mulut mereka menjelaskan keadaan.

Hip mendekati Erra pada petang Jumaat lalu untuk mendengar luahan hatinya.



"ADA beberapa perkara penting yang ingin Erra kongsikan di sini, yang Erra rasakan cukup mustahak untuk diketahui semua. Pertamanya, keadaan sudah kembali baik antara Erra dan Hans dan kekecohan yang berlaku beberapa hari lalu itu pun sudah diselesaikan dengan sebaiknya.

"Erra tidak menafikan, Hans agak beremosi sebelum ini dan agak panas dengan apa yang terjadi. Waktu itu, Erra sendiri pun tidak dapat bercakap dengan Hans. Syukurlah, kini kami sudah dapat berkomunikasi semula. Sejak dua tiga hari lalu Erra sudah dapat bercakap kembali dengannya.

"Ya, Erra dan Hans ada masalah, kami tidak menafikannya. Begitupun, semua itu sudah dapat diungkaikan. Maksudnya, Erra sudah berbicara bersama Hans. Jika baiklah perhubungan kami, baiklah, tetapi jika sebaliknya, hidup kita harus diteruskan.

"Erra sendiri mahukan kebahagiaan. Erra bukannya semakin muda. Erra mahu mencari lelaki yang boleh membimbing Erra. Begitupun, Erra tidak pernah mengeluarkan kenyataan, siapa lelaki yang akan menghabiskan hidup bersama Erra.

"Justeru, yang kedua ingin Erra tegaskan, Erra ada hak untuk mengenali hati budi sesiapa. Dalam proses pengenalan itu, mungkin pilihan Erra itu betul dan mungkin juga salah. Kita tidak tahu apa berlaku pada masa depan. Namun, peluang untuk mengenali hati

budi itu amat penting buat Erra. Kalau jodoh, ia tidak ke mana dan kita semua tahu, kita tidak boleh mengelakkan kalau itulah jodoh kita.

"Lalu, apabila kekecohan seperti ini terjadi, Erra jadi serba salah kerana ia sudah membabitkan maruah diri dan keluarga. Apa yang Erra minta ketika ini ialah masa untuk mencari jawapan Erra sendiri. Setiap individu itu mempunyai proses pengenalan mereka sendiri dan menerusi proses itu, jika dia berasakan ada kesesuaian, ia boleh diteruskan dan jika tidak ada, maka tiadalah.

"Erra menerima segala apa yang berlaku sebagai ujian daripada Tuhan. Sudah acap kali Erra menerima dugaan Ilahi, dan kali ini Erra laluinya sekali lagi. Meskipun begitu, kata orang tua, ujian yang menimpa menandakan Tuhan menyayangi kita. Jadi, Erra menerimanya dengan hati terbuka kerana Erra melihat secara positif, Tuhan menyayangi Erra.

"Tentunya Erra agak kecewa apabila pelbagai cerita disebarkan mengenai apa yang terjadi. Terus terang Erra katakan, apabila sesebuah cerita dipetik daripada sumber yang tidak menentu, maka ia menjadi keterlaluan. Lalu keluarlah cerita kami bergaduh di apartmen la, Engku Emran memakai boxer la... Memang ada salah faham berlaku antara Erra dan Hans, tetapi nyata sekali bukan sebagaimana yang digambarkan.

"Jika boleh, Erra sekelumit pun tidak mahu melanjutkan perkara ini. Cuma Erra ingin katakan, apa yang berlaku tidaklah seperti yang diceritakan oleh gosip dan sebagainya. Semua orang tahu Erra tidak tinggal di apartmen dan Erra pula tinggal di kediaman Erra

bersama beberapa orang lagi termasuk pembantu peribadi dan sepupu Erra (merujuk kepada tuduhan dia dan Emran hanya berdua).

"Yang ingin Erra tekankan juga, Erra dan Hans masih bersahabat. Erra bukannya hendak bermusuh dengan sesiapa dan Erra tahu, itu juga bukan cara Hans. Apa yang sudah berlalu, kami saling memaafkan dan seterusnya kami melupakan.

"Erra dan Hans berhak untuk mendapat hidup yang bahagia. Namun, cara mana kebahagiaan itu akan tiba, kita sendiri tidak mengetahuinya. Hans pula ialah lelaki yang sangat baik, jika kita mengenali dirinya. Erra tidak marah padanya. Tetapi kita semua manusia, sentiasa terdedah kepada melakukan kesilapan. Erra sendiri turut membuat kesilapan."

FAKTA: Gossip Erra Fazira

  • Erra Fazira Wan Chek, 33, Sabtu lalu dipetik mengakui menjalin hubungan rapat dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, sejak dua bulan lalu.
  • Katanya, dia dan Engku Emran, 32, berkawan rapat selepas hubungan dengan pelakon Hans Isaac, 36, tidak lagi serasi.
  • Erra apabila ditanya mengenai perkahwinan dengan Engku Emran berkata, ia adalah soal jodoh dan ketentuan Tuhan. Ketika ini, katanya, mereka masih baru berkenalan dan sedang mengenali hati budi masing-masing.
  • Wanita jelita ini mula berkawan dengan Hans sejak mereka berlakon bersama dalam filem Gemilang (arahan Datuk Yusof Haslam pada 2002). Bagaimanapun hubungan mereka semakin rapat selepas dia bercerai dengan Yusry.
  • Aktres yang kini rancak menjalani penggambaran filem Hidden itu turut menegaskan Hans bukan punca perceraiannya dengan Yusry.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sabtu, 10 Februari 2007

Awie dan Erra kembali bersama?





sekali diorang berlakon sama daa..
kali ni digandingkan dalam filem "cuci jangan tak cuci"
p/s:erra nampak dah kurus skit..kenapa erk..?

untuk gambar yang besar gedabak..gi ke sini
http://shahabudeenjalil.blogspot.com/2007/02/cuci-jangan-tak-cuci.html