Sasha Saidin, bekas anggota Elite akhirnya selamat dinikahkan selepas kegagalan perkahwinannya yang pertama. Harap kekal sehingga ke akhir hayat.amin
Sasha, Salyo selamat diijabkabul
Daripada: SOPHA SULAIMAN
www.utusan.com.my
JAKARTA 10 Nov. – Penyanyi dan pelakon, Sasha Mohamad Saidin hari ini selamat diijabkabulkan dengan kenalan lamanya, Salyo Priyanto, seorang penerbit video dari Indonesia.
Kedua-dua pasangan itu pernah gagal dalam perkahwinan pertama masing-masing sebelum ini mengambil keputusan mengikat pertunangan September lalu.
Sasha, 30, bekas anggota Kumpulan Elite dan Salyo, 31, yang berasal dari Solo, Jawa Tengah dinikahkan oleh bapa Sasha sendiri, Mohamad Saidin Osman, disaksikan oleh ibunya, Siti Aishah Abdullah, ibu bapa pihak lelaki dan anggota keluarga masing- masing dalam majlis sederhana yang berlangsung di Masjid Baitussalam, Duren Tiga, Jakarta Selatan.
Turut menyaksikan pernikahan pasangan itu yang bermula pada pukul 10 pagi (11 pagi waktu Malaysia) ialah wakil jabatan agama Jakarta Selatan, Penasihat Agama Kedutaan Malaysia, Tuan Ismail Tuan Abdullah.
Sasha menerima mas kahwin istimewa berupa set barangan kemas seberat 12 gram mirip perhiasan yang pernah ditempah oleh Lady Diana dari tukang emas terkenal Solo.
Dia yang kelihatan manis mengenakan pakaian gadis Jawa, iaitu kebaya putih bersulam, bertudung kepala dengan hiasan bunga melati dan bersarung batik sementara Salyo kelihatan tampan dengan baju Melayu putih dan bersamping gelap, memperlihatkan seperti pertukaran budaya antara kedua mempelai.
Salyo hanya melafazkan sekali akad nikah itu sebelum menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa barang kemas seperti rantai, subang dan gelang dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.
Majlis kesyukuran pernikahan Sasha dan Salyo diadakan malam ini di dewan serbaguna masjid berkenaan sementara majlis perkahwinan Sasha di Kuala Lumpur akan berlangsung secara sederhana di Hotel de Palma, Ampang pada 1 Disember ini.
Menurut Sasha, dia bersyukur kerana majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana harmoni dan menerima doa restu kedua keluarga, memperlihatkan hubungan baik antara rakyat Malaysia dan Indonesia.
Gambar shasha semasa bertunang
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar