Lagi salah sorang artis dimalaysia memfailkan penceraian. kesian kat anak2 kalau perkara ni terjadi.Sebelum ni dia menafikan rumahtangganya bermasalah, tapi bila dah macamni, nampaknya benarlah gossip sebelum ni..apapun doakan yang terbaik buat dia dan semoga kerjaya lakonannya maintain sebab dia ni aku cukup suka sebab versatile boleh bawak pelbagai watak...
Jasmin Hamid tuntut cerai
Oleh Mohd Sabran Md Sani
www.hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menetapkan 18 Disember depan untuk mendengar permohonan perceraian pelakon drama popular, Jasmiah Abd Hamid, 33, atau Jasmin Hamid dan suaminya, Ian Rashid Macquistan, 35.
Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan kes perceraian antara Jasmin (plaintif) dan Ian (defendan) dirujuk mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.
Penetapan tarikh pada sebutan semula kes itu dilakukan dalam kamar, selepas Jasmin yang diwakili peguam Zulkifli B C Yong bersetuju menyelesaikan kes secara baik.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Zulkifli berkata, anak guamnya bersetuju menyelesaikan perceraian secara baik dan perkara itu dirujuk mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.
“Berdasarkan seksyen itu, apabila permohonan dibuat satu pihak, ia mengkehendaki satu pihak yang lain memberi persetujuan. Sebaliknya, kalau satu pihak tidak bersetuju mahkamah akan melantik jawatankuasa pendamai.
“Sekiranya jawatankuasa pendamai yang dilantik mahkamah gagal menyelesaikan kes mahkamah akan melantik dua hakam sebagai jalan terakhir dan masing-masing mewakili setiap pihak,” katanya.
Sementara itu, Ian Rashid yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam hadir ke mahkamah kira-kira jam 2.30 petang untuk mendengar sebutan semula kes itu.
Sejurus kemudian, seorang wanita tidak dikenali dan berkaca mata hitam dilihat hadir ke mahkamah sambil memerhatikan sekumpulan wartawan dan jurugambar yang mengikuti kes berkenaan.
Kira-kira jam 2.45 petang, Zulkifli pula memasuki Mahkamah Rendah Syariah 5, tetapi keluar semula dan memasuki bilik hakim untuk mendengar permohonan perceraian.
Pelakon yang pernah mengungguli trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1996 (drama Jutawan Segera) itu memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 14 November lalu.
Jasmin yang terkenal dengan watak penggoda dan antagonis dalam drama lakonannya melangsungkan perkahwinan dengan Ian Rashid pada 15 Januari 2000 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ian Haziq, 6.
Jasmin yang beraksi dalam tiga projek drama baru iaitu Dilema Wanita, Diari Datin dan drama bersiri keluarga Bong turut memiliki dua lagi anak angkat dipelihara ibunya, Rohana, 21, dan Lokman Hakim, 12.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar