Kamis, 08 November 2007

Anak Mustapha Kamal meninggal


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Anak pelakon Mustapha Kamal dengan bekas isterinya, Yong Rahimah Johari, Ayuna Mustapha Kamal, 15, yang terjatuh dari tingkat 13 Kondominium Danau Impian, Taman Desa, di sini pada 22 Oktober lalu meninggal hari ini.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Wahaya A. Hamid, Ayuna meninggal pada pukul 10.22 malam ini.



“Allahyarham meninggal di wad unit rawatan rapi kardiaotorasik PPUM pada pukul 10.22 malam ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ahli keluarga Ayuna telah dimaklumkan manakala ibu bapanya telah pun berada di PPUM sejak pukul 6 petang tadi.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Ayuna, yang baru selesai menduduki peperiksaan Pernilaian Menengah Rendah (PMR) cedera teruk di pinggang dan jantung selepas terjatuh dari tingkat 13 kondominium berkenaan.

takziah diucapkan, semoga Mustapha kamal dan keluarga bersabar diatas dugaan ini. Ada orang kata anaknya ni mati sebab bunuh diri. Wallahu alam



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Tidak ada komentar:

Posting Komentar