Tampilkan postingan dengan label Memey Suhaiza. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Memey Suhaiza. Tampilkan semua postingan

Minggu, 19 Juni 2011

Gambar pra kahwin norman dan memey

Gambar untuk kad perkahwinan norman dan memey







Kredit foto AnnasEaskey.
sumber:FORUM CARI GOSSIP TEMPATAN

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 20 Januari 2009

Norman dan Memey Tak ngaku salah


Kes khalwat: Norman - Memey mengaku tidak bersalah
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR : Pelakon Norman Hakim dan bintang baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, hariini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Oktober lalu diMahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Hakim syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad membenarkan kedua-dua aktoritu dilepaskan dengan jaminan bon jamin mahkamah RM3,000 secara tunaisetiap seorang yang perlu dibayar hari ini.



"Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dengan syarat seorang penjamindan mahkamah juga menetapkan seorang penjamin kedua-dua tertuduhhendaklah terdiri daripada kakitangan awam.

"Ini bagi mengelakkan kedua-dua tertuduh menghilangkan diri semasa sesi perbicaraan nanti.

"Kedua-dua tertuduh ini dibebaskan dari mahkamah oleh seorangpenjamin berdasarkan peruntukan Seksyen 22 (4)(5) Enakmen TatacaraJenayah Syariah Selangor 2003.

"Perbicaraan ini ditangguhkan untuk sebutan semula pada 3 Mac depan,pukul 9 pagi untuk perbicaraan dalam kes ini," kata Wan Mahyudin.

Norman dan Memey datang berpakaian putih dan hitam sedondon secara berasingan seawal pukul 9 pagi tadi.

Norman hadir bersama ibunya, Kamariah Kamat, 66 dan dua orang abangnya manakala Memey pula ditemani seorang ibu saudaranya.

Mereka ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang, Selangorsekitar pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 13 Januari 2009

Memey muncul di WHI



Memey muncul di rancangan Wanita Hari ini untuk menjawab segala teka teki hubungannya dengan Norman Hakim dan adakah dia punca sebenar penceraian Norman dan Abby Abadi..apa pandangan anda?

Norman Lelaki Baik
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Walaupun Suhaiza Suhaimi, 20 atau Memey, masih berdolak-dalik mengenai hubungannya dengan Mohamed Norhakim Zaidon, 32 atau Norman Hakim, namun dia mengakui senang berkawan dengan pelakon itu yang disifatkannya baik, prihatin dan banyak memberi nasihat.

“Norman lelaki yang baik, suka ambil berat serta banyak memberikan nasihat dan pandangan dalam bidang seni kerana dia lebih berpengalaman.

“Dia beritahu apa yang perlu dan tidak perlu saya buat dan dia nampak aspek yang saya tidak nampak. Selepas kejadian itu (ditangkap kerana disyaki berkhalwat), kami ada berjumpa dan dia banyak memberi sokongan untuk berdepan masalah itu dan masyarakat,” katanya.

Dia berkata, Norman suka berbual dengannya tetapi tidak menyangka akan berkawan rapat sehingga mereka ditangkap khalwat.


“Kami tidak merancang berkahwin walaupun ada pihak membuat spekulasi kami sudah bernikah di Thailand. Itu semua tidak benar, kami belum berkahwin. Namun, saya tidak menolak jika ada jodoh antara kami kemudian nanti.

“Kalau boleh saya memang hendak mengelak menjalin hubungan dengan suami orang, tetapi tiada siapa tahu apa yang berlaku pada masa depan,” katanya yang ditemui selepas menjadi tetamu program Wanita Hari Ini di TV3, Seri Pentas, semalam.

Turut diundang ke program itu, pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang memberi pandangan kes Memey dan Norman yang menjadi tajuk utama media penghujung tahun lalu.

Apa juga tanggapan masyarakat, bagi Memey, dia baik dengan Norman atas dasar kawan.

Menyentuh pandangan keluarganya terhadap Norman selepas mereka ditangkap khalwat, Memey menjelaskan keluarganya tidak pula melarang dia terus berkawan.

“Segala-galanya terpulang kepada saya. Seperti diketahui ramai, Norman dan keluarganya ada mengunjungi keluarga saya di Felda Tenggaroh, Kota Tinggi, tahun lalu untuk mohon maaf dengan kejadian yang berlaku selain menjalin silaturahim.

“Saya juga ada membuat kunjungan balas menyuarakan kemaafan dengan keluarga Norman,” katanya yang tetap mempertahankan hubungannya dengan Norman hanya sebagai kawan meskipun diasak pelbagai soalan.

Norman dan Memey akan menghadapi kes perbicaraan tangkap khalwat mereka pada 20 Januari ini di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Hulu Klang.

Pasangan itu ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor di pejabat pelakon terbabit di Ukay Perdana, awal pagi 30 Oktober lalu.




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Senin, 27 Oktober 2008

Koleksi gambar Memey Suhaiza



Memey Suhaiza

NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi
TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PROFESION: Model, pengacara, pelakon
STATUS: Bujang
DRAMA TV: Antaranya - Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa , Pontianak Air Jernih

PENGACARAAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe