Kes khalwat: Norman - Memey mengaku tidak bersalah
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
KUALA LUMPUR : Pelakon Norman Hakim dan bintang baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, hariini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Oktober lalu diMahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
Hakim syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad membenarkan kedua-dua aktoritu dilepaskan dengan jaminan bon jamin mahkamah RM3,000 secara tunaisetiap seorang yang perlu dibayar hari ini.
"Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dengan syarat seorang penjamindan mahkamah juga menetapkan seorang penjamin kedua-dua tertuduhhendaklah terdiri daripada kakitangan awam.
"Ini bagi mengelakkan kedua-dua tertuduh menghilangkan diri semasa sesi perbicaraan nanti.
"Kedua-dua tertuduh ini dibebaskan dari mahkamah oleh seorangpenjamin berdasarkan peruntukan Seksyen 22 (4)(5) Enakmen TatacaraJenayah Syariah Selangor 2003.
"Perbicaraan ini ditangguhkan untuk sebutan semula pada 3 Mac depan,pukul 9 pagi untuk perbicaraan dalam kes ini," kata Wan Mahyudin.
Norman dan Memey datang berpakaian putih dan hitam sedondon secara berasingan seawal pukul 9 pagi tadi.
Norman hadir bersama ibunya, Kamariah Kamat, 66 dan dua orang abangnya manakala Memey pula ditemani seorang ibu saudaranya.
Mereka ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang, Selangorsekitar pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar