Senin, 11 Juni 2007

Siti mengidam jadi ibu


Siti dan Datuk K ketika hadir pada majlis sambutan ulangtahun ke-33 Lord's Tailor semala (Foto The Star oleh Samuel Ong)



Siti dan Ziana bersama 16 selebriti lelaki yang diundang untuk memperagakan pelbagai konsep tuksedo rekaan Lord's Tailor (Foto The Star oleh Samuel Ong)


oleh Wahida Asrani
www.mstar.com.my

Tanggal 21 Ogos nanti, genap setahun usia rumahtangga yang dibina oleh Diva Malaysia ini dan suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K.

Ternyata, sejak baru bergelar suami isteri lagi sehinggalah sekarang, kehidupan pasangan ini memang sentiasa menjadi tumpuan ramai. Kini, hampir setahun hidup bersama, Datuk Siti Nurhaliza akui kehidupannya kini lebih terisi.

"Baru setahun usia rumahtangga kami dan masih banyak cabaran yang perlu dilalui.


"Perlahan-lahan kami masih cuba lagi untuk fahami perasaan masing-masing dan sudah tentu apa yang Siti harapkan agar perkahwinan ini biarlah kekal sampai ke akhir hayat," ujar Siti ketika ditemui pada majlis sambutan ulangtahun ke-33 penubuhan Lord's Tailor di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, semalam.

Lord's Tailor, yang diasaskan oleh Robert Loh amat terkenal dengan rekaan fesyen sut dan tuksedo di mana salah seorang pelanggannya adalah Datuk K yang telah lebih lapan tahun menggunakan khidmat Robert.

Mengulas dengan lebih lanjut tentang setahun perkahwinan mereka, Siti berkata, dia amat bersyukur kerana sehingga hari ini, suaminya amat memahami perjalanan seninya yang agak sibuk.

"Siti pegang pada satu benda saja iaitu perlu menghormati antara satu sama lain. Itu yang Siti amalkan.

"Tentang anniversary kami, Siti dan suami masih belum fikir apa-apa lagi mengenainya," katanya sambil tersenyum.

Berbicara mengenai rumahtangga, pastinya soalan berkisarkan 'cahayamata' turut diajukan kepada penyanyi popular ini.

Masakan tidak, usia perkahwinan sudah hampir setahun, pastinya kehadiran 'orang baru' akan lebih menyerikan keharmonian rumahtangga pasangan ini.

"Siti dan lali dengan soalan macam ni. Terus-terang Siti katakan, Siti tidak pernah merancang bila untuk mempunyai anak.

"Ada pasangan yang menunggu enam hingga tujuh tahun untuk dapat anak, tapi Siti harap kami tidak payahlah tunggu selama itu. Jika ada rezeki, adalah. Buat masa ini, cukuplah Siti jumpa pakar untuk dapatkan khidmat nasihat mereka," jelas Siti.



Dalam pada itu, pada majlis sambutan ulangtahun ke-33 Lord's Tailor, Siti turut diberi penghargaan untuk merasmikan 'Power Suit For Powerful Women', sut untuk golongan wanita yang pertama keluaran Lord's Tailor.

16 selebriti lelaki juga turut diundang untuk memperagakan pelbagai konsep tuksedo rekaan Lord's Tailor antaranya adalah Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Arash Muhammad, Ashraf Sinclair, Awal Ashaari, Vince, Rashidi Ishak, Aman (pemenang tempat kedua Mr. Maskulin), Dafi, Shawal, Ebi dan Alan Yun.

Siti turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan beberapa buah lagu seperti Aku Cinta Padamu, I Will Always Love You serta duet bersama Ziana Zain menerusi lagu Hanya Memuji dan sebuah lagi duet untuk lagu mandarin bersama pemenang International Chinese New Talent Singing Champion 2006, Andrew Tan.






Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Tidak ada komentar:

Posting Komentar