Tampilkan postingan dengan label Siti Nurhaliza. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Siti Nurhaliza. Tampilkan semua postingan
Rabu, 21 Desember 2011
Siti Nurhaliza macam Madonna
Dah lama tak dengar berita mengenai idola ramai ini. Kini Datuk Siti muncul dalam maajalah GLAM dengan wajah baru, seakan-akan gamabr diva antarabangsa terkenal, Madonna..apa pendapat anda..? bincangkan
Rabu, 01 Desember 2010
Penampilan terbaru datuk Siti Nurhaliza

gambar terbaru Datuk Siti di majlis Rumah terbuka Simply Siti di Saloma Bistro, baru-baru ini. Maintain anggun dengan warna merah menyala..apa komen anda?
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Minggu, 16 Agustus 2009
Penampilan Terbaru Datuk Siti Nurhaliza

Penampilan datuk siti yang terbaru..Erm nampaknya selendang tudung datuk dah makin hilang sikit2. kalau datuk tak mau pakai tudung, datuk boleh maintain sebelumdatuk pergi haji/ umrah dulu..
gambar kredit to
kerill
Forum cari
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Selasa, 04 Agustus 2009
Datuk Siti buat rancangan masakan

sumber: www.mstar.com
PARA peminat Datuk Siti Nurhaliza sudah terbiasa melihat tangannya memegang mikrofon untuk mengalunkan lagu merdu.
Pernah tak melihat penyanyi kesayangan ramai ini 'bermain' dengan periuk belanga sambil tangannya tangkas memasak pula?
Tak ada lirik lagu yang perlu Siti hafal. Kali ini penyanyi manis ini memberi tips memasak dan resipi masakan.
Lihatlah bagaimana seorang diva berjaya mentransformasikan diridaripada seorang penyanyi kepada chef dalam program masakan, 'CitarasaBersama Datuk Siti Nurhaliza".
Program masakan terbitan Global Station Sdn Bhd sebanyak 15 episoditu bakal menemui penonton sepanjang Ramadan ini iaitu bermula 21 Ogosini setiap Rabu, Khamis dan Jumaat pada jam 11 pagi di saluran TV1.
Berkesempatan melihat set penggambaran program masakan tersebut dikediaman agamnya di Bukit Antarabangsa, terbit rasa kagum terhadapisteri usahawan Datuk Khalid Mohd.
Rupa-rupanya, Siti adalah diva baik di pentas mahupun di dapur!Lebih luar biasa, Siti tidak kekok langsung dan kerja memasak inidikuasainya seperti seorang yang sudah mahir ke dapur .
"Sekarang tinggal letakkan sotong dan udang. Kalau masak sotong terlalu lama, ia akan menjadi "menyah" tak sedaplah.
"Dalam dua hingga tiga minit, siaplah masakan 'Tom Yam campurPancawarna'. Sebelum dihidangkan, buat 'solekan (garnishing)' terlebihdahulu," pesan Siti sambil sebelah tangannya menggaul sup Tom Yamsementara sebelah tangan lagi meletakkan hiasan pada pinggan.
Aroma lazat yang mengisi ruang udara menusuk hidung sehinggaberkeroncong perut kru dan sesiapa sahaja di dapur ketika itu yangteringin sekali mencuba masakan Siti.
Buah tangan Siti yang lain termasuklah 'Sup Cendawan PurnamaMerindu', 'Ikan Bawal Cili Padi Kau Kekasihku', 'Ayam Tiram SeraiBadarsila' dan 'Ikan Patin Tempoyak Ku Mahu'.
Ketika penggambaran masakan itu dilakukan, Siti berpakaian kurungberona biru, hijau dan kuning dengan bertudung longlai menutupi rambuthitam bersanggul kemas rapi.
Tidak keterlaluan dikatakan Siti adalah chef yang paling cantik didapur. Bukan itu sahaja. Dia pandai berinteraksi dengan penonton.
Seperti kata Chef Zam yang memantau masakan Siti, "Siti menjadikandapur umpama satu pentas persembahannya. Dia menghidangkan lagunyadalam bentuk masakan."
Mana tidaknya, nama 'Pancawarna' yang digunakan bersama Tom Yam itu sebenarnya adalah nama salah satu album Siti.
Menjadikan program masakannya lebih personal, Siti menyelitkan kisah hidupnya dalam membentangkan resipi masakannya.
Misalnya, semasa memperkenalkan hidangan pencuci mulut 'pulut durianseribu kemanisan', Siti mengisahkan suami tercintanya mampu memakansebiji durian seorang diri.
"Keluarga saya suka sangat makan durian. Semasa makan durian, sayaakan terkenang nostalgia masa kecil. Masa itu, rumah saya berdekatandengan kebun durian.
Siti tidak kekok 'bermain' dengan alat-alat dapur kerana dia telah memasak sejak kecil lagi.
"Apabila berpindah ke Kuala Lumpur, saya dah jarang makan durian sehinggalah berkahwin dengan Datuk Khalid.
"Bagaimanapun, saya perlu menghadkan pemakanan durian untuk menjagasuara," katanya secara spontan semasa mengimbau nostalgia lampau.
Perkongsian kisah hidup serta tip masakan menjadikan Siti 'diva' di pentas mahupun di dapur!
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Minggu, 15 Februari 2009
Bapa Datuk Siti Nurhaliza ke Rahmatullah
Arwah bapa Datuk Siti, Tarudin Ismail, 67 tahun dikhabarkan meninggal dunia atas sebab kesihatan iaitu serangan jantung, komplikasi buah pinggang dan kencing manis di Hospital Ampang Puteri jam 11.50 pagi

Datuk Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Khalid Jiwa mensedekahkan doa selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang.

Datuk Siti tidak menahan kesedihan atas kehilangan orang yang tersayang. Semoga beliau tabah atas ujian tuhan ini.
sumber:www.bharian.com.my

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Datuk Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Khalid Jiwa mensedekahkan doa selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang.

Datuk Siti tidak menahan kesedihan atas kehilangan orang yang tersayang. Semoga beliau tabah atas ujian tuhan ini.
sumber:www.bharian.com.my

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags: Siti Nurhaliza
Kamis, 08 Januari 2009
Siti, Datuk K mahu saman
Siti, Datuk K mahu saman penyebar fitnah cerai
Oleh Farihad Shalla Mahmud
www.bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dan gosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.
Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu.
"Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu," kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita semalam.
Oktober lalu, pasangan ini menarik perhatian apabila tersebar berita kononnya Khalid berkahwin dengan seorang pramugari. Sebelum itu, Khalid pernah membuat laporan polis mengenai fitnah kononnya beliau memukul Siti.
Terbaru, gosip tersebar luas di internet dan khidmat pesanan ringkas kononnya rumah tangga mereka di ambang keruntuhan.
Khalid berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain jika gosip seumpama itu berterusan kecuali mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dan memastikan kehidupan mereka tidak diganggu.
"Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat.
"Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas ini tersebar," katanya.
Khalid berkata, pernah satu ketika kerana terlalu tertekan dengan gosip, hampir saja beliau menyuruh Siti meninggalkan nyanyian.
"Saya faham apabila berkahwin dengan Siti secara tidak langsung saya terdedah dengan gosip tapi apabila didiamkan, semakin menjadi-jadi," katanya.
Sementara itu, Siti mengaku terkilan rumah tangga mereka sering digosipkan.
"Siti ingin diamkan perkara ini kerana sebagai selebriti, ia adalah asam garam. Namun Siti memahami perasaan suami. Sebagai ahli perniagaan, gosip seperti ini menjejaskan reputasinya," katanya.

Kamis, 23 Oktober 2008
Gambar Dato' Siti di Majalah Singapura

Kelihatan cantik Dato' Siti Nurhaliza dalam muka depan majalah MANJA dari Singapura, dan Siti kelihatan kurus berbanding semasa lepas kahwin dulu...
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags: Siti Nurhaliza, gambar artis
Rabu, 15 Oktober 2008
Gambar Datuk Siti di Majlis Hari Raya

Acara : Rumah Terbuka Aidilfitri
Tuan rumah : Dato' Abdul Rauf Yusuf
kredit gambar
minaq jinggo
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Minggu, 20 April 2008
Siti Nurhaliza menang lagi

Tahniah Datuk Siti atas kemenangan
Siti raih Anugerah Planet Muzik 8 tahun berturut-turut
sumber:www.utusan.com.my
KUALA LUMPUR 20 April – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 29, mengharumkan nama negara sekali lagi selepas berjaya memenangi anugerah Artis Wanita Paling Popular untuk lapan tahun berturut-turut dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2008.
Sejak APM kali pertama dianjurkan pada 2001, penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu tidak pernah pulang dengan tangan kosong dalam kategori itu yang dipilih menerusi undian peminat muzik dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“Syukur kepada Allah yang memberi saya peluang kemenangan ini. Kemenangan ini juga sebenarnya daripada tangan para peminat saya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan di mana sahaja.
“Saya akan kenang kesetiaan anda semua,'' kata Siti semasa berucap menerima anugerah tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.
Beliau menewaskan empat calon lain iaitu Bunga Citra Lestari, Dayang Nurfaizah, Elyana dan Kris Dayanti.
Selain Siti, pendatang baru berbakat besar, Faizal Tahir juga mengharumkan nama negara apabila dipilih sebagai Artis Baru Lelaki Terbaik. Apa yang lebih membanggakan ialah albumnya, Aku. Muzik. Kamu, diangkat sebagai Album Terbaik menewaskan album Anuar Zain, Kerispatih, Gigi dan Padi.
Dengan kemenangan itu, Faizal menjadi artis Malaysia pertama memenangi Album Terbaik selepas kategori tersebut didominasi artis-artis Indonesia selama tujuh tahun berturut-turut.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags: siti nurhaliza, apm 2008, siti, gossip siti
Kamis, 17 April 2008
Tudung Datuk Siti semakin singkat?

Gambar ni diambil semasa konsert Celine Dion di Kuala Lumpur baru-baru ini. Berbeza sungguh pemakaian tudung datuk jika dibandingkan pada permulaan beliau baru pulang dari haji. Apa pandangan anda?
p/s: datuk kelihatan semakin berisi..:-)
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Label:
gambar artis,
Gambar menarik,
Siti Nurhaliza
Rabu, 23 Januari 2008
penampilan terbaru Datin Seri Siti Nurhaliza

klik untuk besarkan gambar
kredit gambar to
http://minaq-jinggo.fotopages.com/
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Minggu, 13 Januari 2008
Kakak dan Adik Siti Nurhaliza Cuba Nasib

Kakak dan Adik Siti Nurhaliza Cuba Nasib di uji bakat Akademi fantasia 6..
KUALA LUMPUR, 13 JAN 2008: Dalam ribuan peserta yang datang ke uji bakat Akademi Fantasiamusim keenam (AF6) di Pusat Penyiaran Astro di Bukit Jalil, semalam,kakak dan adik kepada Datuk Siti Nurhaliza pun turut kelihatan.
Mereka adalah Siti Nursaidah Taruddin, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Ida (gambar atas, kiri) dan adiknya, Siti Nursaerah, 25 (kanan).
Ida yang juga ibu kepada 4 orang anak akui ingin membuat kejutan kepada Siti Nurhaliza sendiri kerana sebelum ini beliau tidak pernahmengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan nyanyian. Penyertaannya memang mendapat restu daripada suami yang tidak pernah menghalang minatnya dalam bidang nyanyian.
Berbeza dengan Saerah kerana dia tidak pernah berputus asa mencuba nasib dalam beberapa program realiti TV sebelum ini.
"Sebenarnya saya hanya menemankan Saerah. Alang-alang syaratumur sudah dinaikkan, apa salah saya cuba tonjolkan bakat terpendamdalam diri saya. Lagi pun suami saya tak kisah. Ini sebenarnya satukejutan untuk Siti (Nurhaliza)," kata Ida yang membawakan lagu Pastikan nyanyian siapa lagi kalau bukan adiknya sendiri.
Sementara itu, Saerah yang lebih dikenali berbanding Ida terlebih dulu mendapat restu daripada Siti. Malah, dia meminta pendapatdari Siti mengenai lagu dan selok belok pertandingan. Saerah yang sudah bertunang, mulanya tidak begitu yakin untuk menyertai AF kali ini. Inisemua kerana syarat AF yang mewajibkan pelajar tinggal berjauhan dari keluarga.
"Saya mencuba hanya untuk mencari pengalaman dan menambah pengetahuan. Dari AF musim pertama lagi ada kawan ajak saya cuba, tapi saya tak bersedia. Kali ini, saya fikir apa salah mencuba dan tidak mahu menunggu lagi.
"Kak Siti tahu saya datang uji bakat dan dia tidak pernah melarang saya. Dia selalu ingatkan saya supaya buat yang terbaik," kata Saerah yang nyata bernasib baik kerana berjaya melepasi ujian peringkat kedua AF6 bersama Ida.
sumber:www.murai.com.my
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Rabu, 02 Januari 2008
Gambar Datin Seri Siti Nurhaliza di Jeddah

dapat dari email hari ni gambar datin seri Siti Nurhaliza berada di jeddah ( mengikut email. Sejuk je tengok dia dah bertudung. harap dia kekalkan momentum ni ( cewah ayat ) setibanya dia berada di malaysia. Kot2 boleh buat album nasyid ke satu hari nanti..amin
P/s:bertambah segar bugar badan datin seri ni..heheh
macam biasa, klik untuk besarkan gambar
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Selasa, 11 Desember 2007
Siti nak bertudung Selepas ke Mekah?

Gambar-gambar ini menunjukkan fesyen terbaru Datin Seri Siti Nurhaliza pada majlis sidang media pelancaran album solo terbarunya berjudul "Hadiah Daripada Hati", di Hotel Legend Kuala Lumpur.
apa pandangan anda mengenai fesyen ini, pandangan saya? tak sesuaiii...
apapun niat dia untuk memakai tudung tu seharusnya disokong..aminnn
klik untuk besarkan gambar
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Senin, 26 November 2007
Sekitar AJL 22 kategori poprock

Kumpulan Jinbara antara persembahan yang memukau penonton

Wajah ceria finalis kategori Pop Rock AJL22 (Foto The Star oleh Kamarul Ariffin)

Amer Sofaz gementar dan akui tidak melakukan persembahan dengan baik

Datin Seri Siti Tebus kekalahan

Mawi dengan gaya tarian tersendiri

Estranged bangga kerana pertama kali berjaya ke AJL

misha dan andy membawakan lagu sembunyi
Finalis kategori Pop Rock AJL22
Datin Seri Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta
Estranged - Itu kamu
Sofaz - Janjiku
Jinbara - Puteri Bumi kenyalang
Misha dan Andy - Sembunyi
Mawi - Angan dan sedar
Siapa yang akan jadi juara?. My vote goes to Estranged - Itu kamu..heheh
sumber mstar.com.my
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Langganan:
Postingan (Atom)