Selasa, 26 Juni 2007

Jimmy shanley dari Trek Selebriti..Yeszaaaa




Jimmy Shanley di awal kemunculannya sebagai seorang penyanyi kumpulan TREZ... macam pompuan..huhuh






Sekarang MACHO+hensem

klik untuk besarkan

Azmy@Jimmy Shanley Norjahan Saleh atau lebih dikenali sebagai Jimmy Shanley merupakan berdarah kacukan Melayu-Australia. Dilahirkan pada 13 Julai 1980 di Ipoh, Perak.

Mendapat pendidikan Chartered Institute of Transport United Kingdom (Business Administration), merupakan penyanyi, pengacara & Akauntan.

Pernah menganggotai kumpulan Trez sebelum dipanggil untuk ujibakat pengacara, tiga hari sebelum menduduki peperiksaan. Diberi tanggungjawab mengendalikan rancangan Trek Selebiriti sehingga 53 episod, dan juga bertugas sebagai akauntan.

BIODATA:

Nama Penuh: Azmy@Jimmy Shanley Norjahan Saleh
Tarikh Lahir: 13 Julai 1980
Asal: Ipoh
Keluarga: Anak bongsu
Kacukan: Melayu-Australia
Tahap Pendidikan: Chartered Institute of Transport United Kingdom (Business Administration)
Tinggi: 5’8”
Berat: 56kg
Status: Single
Saiz Baju: S
Pekerjaan: Pengacara & Akauntan
Warna Kegemaran: Jingga
Muzik Kegemaran: R&B

sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jimmy_Shanley
tokeikedaionline


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Senin, 25 Juni 2007

Pelakon Izi Yahya meninggal dunia


sumber: www.mstar.com.my

Pelakon dan dramatis Izi Yahya yang cukup terkenal dengan lakonannya yang berani dan mengesankan telah meninggal dunia pada hari ini di Hospital Johor Bahru pada jam 10.30 pagi kerana sakit jantung.

Pelakon yang berusia dalam lingkungan 40an itu cukup sinonim dengan watak-watak negatif dan antagonis.

Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana Allahyarham merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A.Rahim.

Watak negatif yang ditangani arwah Izi Yahya mampu melakari sejarah perfileman dan akan meninggalkan impak dalam perkembangan industri filem Melayu.

Izi pernah menggegarkan industri perfileman kerana aksi beraninya melakonkan watak tenteta Jepun bernama Lieutenant Akaishi yang cuba memperkosa Embun (Umi Aida) dalam filem Embun pada tahun 2002.

Gara-gara aksi panasnya itu, Izi pernah mengundang kontroversi pada tahun yang sama. Filem Embun berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Skrin ke 6 pada tahun 2003.

Pelakon berbakat besar itu telah berlakon dalam puluhan drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebua Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

gambar Aaron Aziz






Aaron aziz yang sedang hot dalam telenovela emil emilda di tv3. klik untuk besarkan

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Senin, 18 Juni 2007

Koleksi gambar krisdayanti 2










klik untuk besarkan gambar krisdayanti
koleksi gambar krisdayanti 1

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Jumat, 15 Juni 2007

Siapa Juara Gangstarz Malam Esok?



Glamor: Misi rebut AS$100,000
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

MEREKA membawa harapan yang sama iaitu memburu cita-cita untuk menyandang gelaran juara pertama program realiti pencarian vokal berkumpulan, Gang Starz.

Empat kumpulan - dua daripadanya mewakili Malaysia manakala dua kumpulan lagi membawa nama Indonesia akan mengakhiri perjuangan mereka di Stadium Malawati, Shah Alam, esok.

Malaysia menyandarkan harapan kepada Infinatez dan Flava, manakala Indonesia pastinya berbangga dengan pencapaian besar yang dicipta The Lima dan Mendua.

Bermula empat bulan lalu, empat finalis ini bersama 10 kumpulan vokal lain daripada tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura cuba menagih perhatian masyarakat dan juri profesional untuk menilai bakat mereka.

Perjalanan panjang, juga penuh berliku menyaksikan bukan hanya keringat malah air mata turut tumpah demi memburu impian untuk bergelar anak seni.

Berdikit-dikit keyakinan dibina, hari ini empat kumpulan itu berlari laju meninggalkan saingan mereka untuk berada dalam kelompok empat terbaik pilihan juri profesional dan penonton.

Siapa bakal juara pertama Gang Starz yang menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai AS$100,000 (RM340,000) serta kontrak rakaman? Ikuti temu bual bersama finalis Gang Starz.

Siaran langsung Gang Starz juga dapat diikuti penonton Indonesia dalam siaran tertunda menerusi saluran Televisi Penting Indonesia (TPI).

The Lima:

DIANGGOTAI tiga anak muda dari Indonesia - C Taufani Rahadian (Taura), Bony Adam (Bony) dan Arif Topan Sanjaya (Arif), kumpulan yang membentuk The Lima ini dari awal lagi berjaya meyakinkan umum mereka layak untuk berada di gelanggang akhir.

Sejak cabaran Gang Starz bermula, The Lima memberikan persembahan yang cukup mantap, malah keampuhan vokal mereka juga dikagumi hingga juri profesional kerap memberi lima bintang setiap kali selesai mengadakan persembahan.

Bagaimanapun, keyakinan yang berputik itu mula goyah apabila prestasi persembahan mereka mula menurun. Kedudukan The Lima sedikit tergugat apabila gagal tampil bertenaga sebagaimana kemunculan mereka pada permulaan Gang Starz.

“Konsert final ini adalah peluang untuk kami menebus kembali kepercayaan juri dan pengundi yang selama ini meletak harapan yang cukup tinggi kepada The Lima.

“Kami tidak mahu terus selesa dengan hanya satu konsep, sebaliknya cuba mempelbagaikan bentuk persembahan supaya penonton tidak jemu melihat kami.

“Namun formula yang menjadi acuan persembahan terbaru kami itu ada kalanya tidak diterima. Justeru, ia mencabar kami untuk mencari konsep baru yang bukan saja menghiburkan namun diterima umum. Itu yang paling sulit,” kata Arif mewakili dua rakannya.

Katanya, biarpun mereka dihadapkan dengan pelbagai dugaan malah paling mencabar isu patriotisme kerap dijadikan bahan di media namun mereka langsung tidak patah semangat.

Berada di bumi asing, bekalan mereka hanya semangat serta bakat untuk dikongsi bersama pencinta muzik nusantara tanpa sedikit pun menyimpan niat memandang rendah kepada keupayaan peserta Malaysia.

Di pentas mereka adalah ‘musuh’, namun apabila di luar mereka umpama sebuah keluarga besar yang sering menghulur tangan untuk membantu apabila diperlukan.

“Kami sangat menghargai apabila peminat di Malaysia menghargai bakat serta mendokong perjalanan kami di Gang Starz. Lebih membuat kami terharu apabila mereka menyokong perjuangan The Lima malah turut sama mendoakan kejayaan kami.

“Kami datang untuk membahagiakan peminat muzik di sini, di samping berkongsi apa yang dimiliki. Pada masa sama kami juga belajar dan bersyukur kerana berhasil memberikan nuansa baru kepada muzik Melayu.

“Kami bukan yang terbaik namun kami berusaha untuk memberikan yang terbaik dan malam final menjadi detik penentu kepada segala usaha selama ini,” kata Taura.

Mendua:

AGAK kurang diberi perhatian pada permulaan Gang Starz, Mendua perlahan-lahan membina reputasi yang meyakinkan. Nama mereka semakin kukuh apabila prestasi persembahan The Lima mula merosot.

Sesuatu yang wajar diberi pujian kepada kumpulan yang dianggotai Hendra Purnanto (Pungky), Marisha Friska Halauwet (Sasha) dan Diana Puspitasari (Diana) adalah keberanian mereka untuk mencuba pelbagai irama ketika persembahan.

Biarpun pernah dikritik teruk terutama apabila membabitkan soal kostum, prestasi vokal Mendua jarang sekali dipertikai. Ketika Gang Starz mendekati kemuncak, Mendua dilihat semakin memberi cabaran untuk muncul sebagai juara.

Mampukah mereka?

“Tuntutan di Gang Starz terlalu besar dan selepas empat bulan, perjalanan itu menjadi semakin sulit. Mental harus kuat kerana kami menanggung rindu yang cukup sarat kerana berjauhan dengan keluarga.

“Paling menyukarkan adalah memilih lagu yang bersesuaian. Bukan saja iramanya enak tetapi ia juga popular dan mampu menarik perhatian masyarakat di sini.

“Ia cukup sulit kerana kami harus mengkaji selera peminat di sini. Namun, alhamdulillah apabila tenaga pengajar banyak memberi tunjuk ajar dan membantu kami supaya tidak tersasar dalam membuat pemilihan,” kata Sasha.

Mengakui semakin Gang Starz mendekati kemuncak, debaran mereka bertambah kencang. Namun Mendua menaruh harapan persembahan mereka dapat memberikan kepuasan malah menghasilkan sesuatu yang kreatif untuk dikongsi bersama peminat di sini.

Akur bebanan mendekati final terbawa-bawa hingga dalam tidur, Mendua mengakui tanggungjawab besar kini tergalas di bahu mereka.

“Apabila sudah berada pada tahap ini, harapan khalayak terhadap kami semua lebih tinggi. Justeru, kami menetapkan standard serta sasaran persembahan dan nyata ia tidak semudah yang disangkakan.

“Banyak faktor yang harus diambil kira dan kami harus pantas belajar supaya persembahan pada malam final nanti lebih kompak dan tersusun,” kata Diana.

Flava:

PERNAH hampir tersingkir apabila berada pada kedudukan tiga terbawah, malah saban minggu mereka menjadi sasaran kritikan terutama imej mereka yang bercelaru, Flava membuktikan mereka punya lebih daripada itu.

Permulaan Gang Starz Flava cenderung memilih lagu ‘selamat’ atau menepati cita rasa mereka, namun ketika persaingan Gang Starz mendekati kemuncak, mereka seperti baru dilahirkan.

Bintang Flava mula menyinar terang. Mereka juga semakin berani menyusur arus perubahan. Lihat saja perubahan kepada gaya mereka berpakaian, Flava hari ini jauh berbeza dengan Flava yang dikenali empat bulan lalu.

Mereka matang mengejar perubahan namun mampukah Flava menangkis ‘serangan’ dua kumpulan Indonesia yang cukup konsisten sepanjang pertandingan berlangsung?

“Sukar untuk dipercayai Flava mampu melangkah ke final, namun berkat usaha dan memberikan persembahan yang sehabis baik kami berjaya untuk berada dalam kelompok empat terbaik.

“Kami akur ketika ini perhatian penonton lebih berpihak kepada peserta Indonesia. Namun, itu tidak bermakna kumpulan tempatan tidak mampu bersaing dengan mereka.

“Apa yang penting ketika ini ialah berusaha untuk berada sama tinggi dengan kumpulan lain. Sesuatu yang kami belajar sepanjang Gang Starz ialah untuk menjadi lebih baik kami harus berani memberikan sesuatu yang baru,” kata ketua kumpulan itu, Mohd Shahdan Salleh.

Flava yang turut dianggotai Arif Asyraf Mohammed Khalim, Mohd Farouk Abd Razak, Shafiq Hasif Abdul Jalil dan Nasnoor Zulfadhli Mohd Nasiruddin ialah kumpulan tempatan tunggal yang layak ke final sebelum Infinatez terpilih menerusi pusingan wild card.

Jika dulu mereka terlalu terikat dengan imej nasyid hingga tidak berani mencuba sesuatu yang baru dan berbeza, tetapi hari ini Flava semakin bergaya.

Pun begitu, kumpulan ini masih berpegang kepada janji mereka untuk tidak hanyut serta lalai dengan janji manis yang ditabur oleh dunia yang penuh glamour itu.

“Kami percaya usaha penting untuk berjaya dan kami sendiri sanggup melakukan apa saja untuk mengharumkan nama negara. Namun, kami sentiasa sematkan dalam diri supaya tidak sesekali melupakan Allah.

“Jaga hati serta kelakuan dan kami percaya keikhlasan yang ditampilkan Flava dalam setiap persembahan memberi kekuatan kepada kami untuk terus bertahan hingga ke final,” katanya.

Infinatez:

PADA permulaan, Infinatez dilihat sebagai antara peserta dari Malaysia yang bakal memberi saingan kepada kumpulan vokal dari Indonesia.

Juri profesional, Maple Loo melihat Infinatez sebagai sebuah kumpulan yang mempunyai vokal harmoni yang sangat baik. Namun, disebabkan salah percaturan serta pemilihan lagu yang kurang bersesuaian, nama Infinatez mula terhakis daripada senarai kumpulan pilihan peminat.

Infinatez yang dianggotai Danial Mohd Hashim, 24, Alvin Mahathir Yunus, 26, Mohd Rafiq Mohd Talib, 23, Andy Merican, 24 dan Muhammad Yassir Shah Abdul Aziz, 22 akhirnya mengakhiri perjuangan mereka pada episod ke-12.

Namun, kejutan yang diberikan penganjur apabila tujuh peserta tersingkir diberi peluang kedua untuk bersaing pada pusingan wild card, Infinatez nyata tidak mempersiakan kesempatan berharga itu.

“Kami bertuah kerana terpilih ke final dan dapat bersaing dengan semua 13 kumpulan yang mempunyai bakat serta keistimewaan tersendiri dalam program ini,” kata Andy.

Mahu bangkit daripada kesilapan lalu kerana lebih menumpukan kepada koreografi persembahan berbanding vokal, Infinatez kini tampil lebih santai namun bersemangat. Itu yang cuba diterapkan pada malam final nanti.

Biarpun masa latihan untuk mereka lebih singkat berbanding tiga finalis lain, Infinatez percaya kepada pengurusan masa untuk merangka bentuk persembahan pada malam final nanti.

“Pengurusan masa yang betul adalah kunci kepada kejayaan. Biarpun terikat dengan pelbagai komitmen menjelang pertandingan akhir, kami tetap akan mencuri masa untuk membuat persiapan ke final.

“Apatah lagi, pertandingan ini membabitkan nama negara. Kami perlu serius kerana tidak mahu menghampakan mereka yang memberi kepercayaan hingga Infinatez mampu melangkah ke final.

“Insya-Allah berkat doa semua dan kekuatan semangat ada, Infinatez akan cuba memberikan yang terbaik untuk membantu menjulang nama negara. Doakan kejayaan kami,” katanya.

Turut berdepan dengan dilema yang dilalui The Lima dan Mendua terutama dalam pemilihan lagu, Infinatez cuma berharap lagu yang bakal dipersembahkan memenuhi cita rasa peminat serta bersesuaian dengan karektor vokal mereka.

Pastinya, malam final itu juga menjadi detik penting untuk mereka memberitahu kepada umum siapa Infinatez yang sebenar, hasil kematangan selepas hampir empat bulan berjuang dalam Gang Starz.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Kamis, 14 Juni 2007

Gambar heliza dan kakak - sweet je





klik untuk besarkan

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Rabu, 13 Juni 2007

Local Actress In Hot Kissing Scene



Berita utama dari akhbar malay mail hari ni
sila lihat video dibawah...
siapa dia erk....?

kalau dilihat dari video tu macam Deanna Yusof je.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar Sharifah Amani Botak





Wajah baru pelakon Sharifah Amani yang nekad membotakkan kepala demi memenuhi kehendak watak lakonan filem terbarunya, MUALLAF arahan Yasmin Ahmad.

Gambar Sharifah Amani sebelum membotakkan dirinya

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 12 Juni 2007

Gambar Ina Naim tunang





klik untuk besarkan gambar

sumber:
forum cari.com.my

Ina naim bertunang dengan anggota nasyid in-team

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Senin, 11 Juni 2007

Siti mengidam jadi ibu


Siti dan Datuk K ketika hadir pada majlis sambutan ulangtahun ke-33 Lord's Tailor semala (Foto The Star oleh Samuel Ong)



Siti dan Ziana bersama 16 selebriti lelaki yang diundang untuk memperagakan pelbagai konsep tuksedo rekaan Lord's Tailor (Foto The Star oleh Samuel Ong)


oleh Wahida Asrani
www.mstar.com.my

Tanggal 21 Ogos nanti, genap setahun usia rumahtangga yang dibina oleh Diva Malaysia ini dan suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K.

Ternyata, sejak baru bergelar suami isteri lagi sehinggalah sekarang, kehidupan pasangan ini memang sentiasa menjadi tumpuan ramai. Kini, hampir setahun hidup bersama, Datuk Siti Nurhaliza akui kehidupannya kini lebih terisi.

"Baru setahun usia rumahtangga kami dan masih banyak cabaran yang perlu dilalui.


"Perlahan-lahan kami masih cuba lagi untuk fahami perasaan masing-masing dan sudah tentu apa yang Siti harapkan agar perkahwinan ini biarlah kekal sampai ke akhir hayat," ujar Siti ketika ditemui pada majlis sambutan ulangtahun ke-33 penubuhan Lord's Tailor di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, semalam.

Lord's Tailor, yang diasaskan oleh Robert Loh amat terkenal dengan rekaan fesyen sut dan tuksedo di mana salah seorang pelanggannya adalah Datuk K yang telah lebih lapan tahun menggunakan khidmat Robert.

Mengulas dengan lebih lanjut tentang setahun perkahwinan mereka, Siti berkata, dia amat bersyukur kerana sehingga hari ini, suaminya amat memahami perjalanan seninya yang agak sibuk.

"Siti pegang pada satu benda saja iaitu perlu menghormati antara satu sama lain. Itu yang Siti amalkan.

"Tentang anniversary kami, Siti dan suami masih belum fikir apa-apa lagi mengenainya," katanya sambil tersenyum.

Berbicara mengenai rumahtangga, pastinya soalan berkisarkan 'cahayamata' turut diajukan kepada penyanyi popular ini.

Masakan tidak, usia perkahwinan sudah hampir setahun, pastinya kehadiran 'orang baru' akan lebih menyerikan keharmonian rumahtangga pasangan ini.

"Siti dan lali dengan soalan macam ni. Terus-terang Siti katakan, Siti tidak pernah merancang bila untuk mempunyai anak.

"Ada pasangan yang menunggu enam hingga tujuh tahun untuk dapat anak, tapi Siti harap kami tidak payahlah tunggu selama itu. Jika ada rezeki, adalah. Buat masa ini, cukuplah Siti jumpa pakar untuk dapatkan khidmat nasihat mereka," jelas Siti.



Dalam pada itu, pada majlis sambutan ulangtahun ke-33 Lord's Tailor, Siti turut diberi penghargaan untuk merasmikan 'Power Suit For Powerful Women', sut untuk golongan wanita yang pertama keluaran Lord's Tailor.

16 selebriti lelaki juga turut diundang untuk memperagakan pelbagai konsep tuksedo rekaan Lord's Tailor antaranya adalah Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Arash Muhammad, Ashraf Sinclair, Awal Ashaari, Vince, Rashidi Ishak, Aman (pemenang tempat kedua Mr. Maskulin), Dafi, Shawal, Ebi dan Alan Yun.

Siti turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan beberapa buah lagu seperti Aku Cinta Padamu, I Will Always Love You serta duet bersama Ziana Zain menerusi lagu Hanya Memuji dan sebuah lagi duet untuk lagu mandarin bersama pemenang International Chinese New Talent Singing Champion 2006, Andrew Tan.






Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Sabtu, 09 Juni 2007

Ina Naim bertunang dengan jejaka pilihan



Ina Naim, bekas anggota nasyid In-Team bertunang

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nor Diana Mohd Naim, 23, atau Ina Naim menerima kehadiran bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 27, yang kini penyanyi nasyid solo sebagai teman hidupnya selepas kedua-duanya mengikat tali pertunangan di kediaman Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Baharu, Rabu lalu.


Ina yang juga bekas tunang penyanyi lelaki nombor satu negara Asmawi Ani atau Mawi, bersetuju mengikat tali pertunangan kurang daripada setahun, selepas empat bulan mengenali Mohd Suhaimi yang juga bekerja di bawah satu bumbung di Hijjaz Records Sdn Bhd.

“Ina terkejut kerana pada mulanya keluarga Suhaimi datang sekadar untuk berkenalan dan merisik bagaimanapun akhirnya bertukar menjadi majlis pertunangan.

“Ina bersyukur dengan peristiwa yang melanda kehidupan sebelum ini, Tuhan akhirnya membuka hati Ina dan keluarga untuk menerima Suhaimi dalam keluarga kami.

“Ina kenal dia (Suhaimi) ketika Ina mula bekerja dengan Hijjaz Records dan di situlah mulanya perkenalan kami. Sepanjang perkenalan ini, kami tidak pernah keluar bersama dan hanya berjumpa dan bersembang ketika di pejabat saja,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Ina yang putus tunang dengan Mawi hampir 11 bulan lalu iaitu 8 Julai 2006, bagaimanapun tidak mahu bercerita secara terperinci berkaitan majlis pernikahan yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi kerana ia terlalu awal.

“Buat masa ini Ina perlu menjaga hati kedua-dua belah pihak dan Insya-Allah kami akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini untuk berkongsi bersama media dan peminat,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama Air Mata Maria arahan Datuk Yusof Haslam.

Sementara itu, Suhaimi yang berasal dari Felda Tementi Triang, Pahang berkata, perkenalan mereka mula serius ketika mengadakan persembahan Hits 1 yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini.

“Seperti yang dijanjikan, saya tidak boleh mengulas lanjut berkaitan perkara ini memandangkan semuanya masih terlalu awal dan saya juga belum memberitahu syarikat rakaman berkaitan hal ini.

“Saya berharap dengan ikatan pertunangan ini, peminat dapat menerima berita gembira ini dengan iringan doa restu daripada semua,” katanya yang kini menjadi tenaga pengajar tetap di Sekolah Agama Al-Irsyad, Kuantan Pahang, ketika dihubungi Berita Harian.

Galeri gambar ina naim
Lagi galeri gambar ina naim

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Rabu, 06 Juni 2007

Perdana Menteri Kahwini Jeanne Abdullah Sabtu Ini

PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah pada hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.


JEANNE ABDULLAH Foto ihsan Jabatan Perdana Menteri

Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt 2005 akibat kanser payudara.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori.

-- BERNAMA

-------------------------

SELAMAT PENGANTIN BARU PAKLAH...:)

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 05 Juni 2007

Aziz, Vee sah bercerai



Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

mriduwan@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Sah. Pengarah filem terkenal, Aziz M Osman, 45, sudah menceraikan isterinya, pelakon Nur Aliah Lee Abdullah atau Vee, 33, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, minggu lalu.
Selepas memeterai ikatan perkahwinan selama 15 tahun, akhirnya Aziz yang juga Pengarah Urusan Ace Motion Pictures tidak lagi tinggal sebumbung dengan Nur Aliah.
Pengesahan lafaz cerai kali kedua itu diputuskan Hakim Syarie Ghazali Ahmad, sekali gus menjawab desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga pasangan itu, bulan lalu.

Menurut sumber, Ghazali dalam penghakimannya sebelum ini memutuskan lafaz cerai kali pertama dibuat Aziz terhadap Nur Aliah pada 18 Mac lalu, kira-kira jam 10 malam di rumah mereka di Damansara, dekat sini, adalah tidak sah.

Ini kerana lafaz cerai pertama terhadap responden itu dibuat di luar dan tanpa izin mahkamah.

Aziz kemudian memfailkan pendaftaran perceraian dengan isterinya pada 15 Mei lalu dan mahkamah menetapkan 28 Mei lalu untuk pengesahan lafaz cerai kedua.

Sumber itu berkata, Aziz melafazkan cerai talak satu terhadap Nur Aliah di hadapan Ghazali pada 28 Mei, namun tiada sebarang sebab dinyatakan dalam afidavit perceraian yang difailkan itu.

Aziz memfailkan permohonan cerai itu melalui tetuan Amri & Associate mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor.

Difahamkan, kes itu sudah selesai dan Aziz dan Nur Aliah kini hanya menunggu sebarang perintah selanjutnya daripada mahkamah, termasuk berhubung soal pembayaran nafkah edah dan nafkah anak.
Keretakan rumah tangga Aziz dengan Nur Aliah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, termasuk laporan sebuah akhbar tabloid mendakwa Aziz dan Vee bukan lagi pasangan suami isteri atau sudah bercerai.

Pasangan itu berkahwin pada 19 Januari 1992 dan dikurniakan empat anak, Puteri Asyiqin, 14, Putera Nur Iman, 12, Puteri Nur Aisya, 9, dan Puteri Nur Ain, 6.
Aziz turut mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya iaitu Puteri Nurul Fatehah, 19 tahun.

Dalam industri perfileman, Aziz yang masih aktif pernah dianugerahkan Pengarah Terbaik, Anugerah Skrin TV3 menerusi filem Baginda.

Setakat ini, dia mengarah lebih 100 drama dan 23 filem, termasuk siri Senario yang mendapat sambutan hangat.

Nur Aliah pula terkenal menerusi lakonan dalam dalam filem Idola (2002), Senario Lagi (2000), Puteri Impian 2 (1998), Puteri Impian (1997) dan XX Ray (1992) selain pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Puteri Impian) Anugerah Skrin/Bintang Popular TV3 97/98.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Minggu, 03 Juni 2007

Galeri gambar Iqram Dinzly







klik untuk besarkan gambar iqram

Biodata:

Nama Komersil: Iqram Dinzly
Nama Sebenar: Muhammad Iqram Dinzly
Usia: 26 tahun
Tarikh Lahir: 29 September 1981
Tempat Lahir: Ipoh Specialist Centre
Pendidikan: Diploma Pengajian Seni Persembahan di UiTM
Profesion: Pelakon & model
Drama: Bukan Yang Pertama, Janji Diana 1 & 2, Dua Hati, Dunia Baru, Cinta Medik, Mat Burger, Mentari Jingga, Cafe@KLIA, Ayah, Gua dan Cinta Bulan & Mentari
Filem: Dunia Baru The Movie, 1957 - Hati Malaya dan Evolusi KL Drift (sedang dalam pembikinan).
Pencapaian: Eligible Bachelor Cleo 2006

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Jumat, 01 Juni 2007

Gambar Zhana Af5 Dalam URTV







Zhana Af5 yang bikin gempar akibat tindakannya keluar dari AF5. Gossip mengatakan gambar bogel Zhana yang tersebar di internet menjadi puncanya.. Ni gambar terbaru beliau dalam URTV..klik untuk besarkan

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Koleksi Gambar Jaclyn Victor





klik untuk besarkan gambar Jaclyn Victor

Quote dari answer.com
Jaclyn d/o Joshua Thanaraj Victor (b. December 4 1978) was the winner of the first season of Malaysian Idol, and has since become a successful singer. Victor, popularly known as Jac, was the first to gain the title of Malaysian Idol, a singing competition spawned from the "Idol" series that started off as Pop Idol in the United Kingdom. As a result, she won a recording contract under Sony BMG Entertainment and collaborated with famous composers such as Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, and Ajai. She is under the management of The 8 Unit.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe