Kamis, 24 Mei 2007

Jordin Sparks juara 'American Idol'


Jordin menyanyikan lagu This Is My Now selepas dinobatkan sebagai juara American Idol (Foto AP)

sumber dari www.mstar.com.my

KELANTANGAN serta kemantapan suara penyanyi berusia 17 tahun, Jordin Sparks, berjaya memikat pengundi-pengundi di Amerika Syarikat untuk meletakkan dirinya sebagai juara American Idol musim ke enam.

Bertempat di Kodak Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat, peserta yang berasal dari Arizona ini menewaskan Blake Lewis yang ke peringkat akhir setelah menyingkirkan peserta favourite Melinda Doolittle.

74 juta undi diterima pada malam akhir American Idol untuk menentukan bahawa gelaran Idol tersebut milik Jordin.

Persembahan pada hari Selasa lalu menunjukkan kemantapan Jordin menerusi lagu Fighter nyanyian Christina Aguilera dan Broken Wings oleh Martina McBright.

Walaupun vokal serta persembahan Jordin menerusi lagu Fighter kurang memberangsangkan, dia bangkit menerusi dua buah lagu berelemenkan balada untuk memastikan bahawa kemenangan miliknya.

Malah, panel pengkitik seperti Simon Cowell dan Randy Jackson menggelarkannya sebagai juara setelah menyaksikan persembahan penutup Jordin menerusi lagu This Is My Now yang merupakan sebuah lagu baru untuk juara pertandingan tersebut.

"Kamulah juara untuk malam ini dengan persembahan tersebut. Kamu berjaya mengatasi Blake," ujar Simon pada penghujung persembahan Jordin.

Manakala Blake muncul sebagai saingan yang kuat pada awal pertandingan semalam menerusi lagu You Give Love A Bad Name nyanyian kumpulan rock Bon Jovi yang disertakan dengan elemen beatboxing.

Namun, peserta dari Washington tersebut gagal meneruskan kerancakannya pada malam tersebut dengan menyanyikan sebuah lagu balada daripada Maroon 5 yakni She Will Be Love.

Persembahan menerusi lagu This Is My Now turut membuktikan bahawa Blake merupakan seorang penghibur yang baik tetapi bukan seorang penyanyi yang baik.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Rabu, 23 Mei 2007

Siapakah Ikon Malaysia?



klik untuk besarkan gambar

What is IKON™ and what does it hope to achieve?
IKON™ is a regional award designed to showcase and acknowledge the top artiste in each country to its local audience, and finally to an ASEAN audience, in a high-profile multimedia programme that includes television, radio and the Internet.

By doing so, IKON™ hopes to achieve greater fame, audience awareness and increased sales potential for local artistes across the region.
more info
http://www.ikonmalaysia.com/

antara artis yang disenaraikan
Artis Solo
- Adam
- Daniel Lee
- Dayang
- Dina
- Ezlynn
- Farah
- Jaclyn Victor
- Mawi
- Reshmonu
- Shanon Shah

Artis Berkumpulan
- Amuk
- DefGabC
- Disagree
- Flop Poppy
- Gerhana
- Jinbara
- May
- Mirwana
- OAG

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Jumat, 18 Mei 2007

Raja Nazrin-Zara selamat diijab kabul







ayu dan kacak sungguh kedua mempelai diraja ini. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..amin.

Oleh: ABDUL RAZAK DIN dan ANGELINA SINYANG
www.utusan.com.my


KUALA KANGSAR 17 Mei – Pasangan diraja, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson selamat diijab kabul sebagai suami isteri pada satu istiadat pernikahan diraja di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini hari ini.

Istiadat akad nikah itu disempurnakan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; kerabat diraja Perak dan keluarga Zara termasuk bapanya, Salim Davidson serta ibunya, Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabudin.

Majlis pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat diikuti Orang Kaya Temenggung Paduka Raja, Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain menghadap Sultan Perak untuk memulakan acara istiadat.

Ia disusuli dengan jejawat membawa masuk bingkisan Raja Muda untuk Zara sebanyak sembilan pahar berserta mas kahwin 250 gram emas tulen dalam bentuk lima kepingan emas berserta sebentuk cincin bertatahkan berlian.

Bernama yang dilantik sebagai media rasmi membuat liputan istiadat pernikahan itu melaporkan, rombongan pihak perempuan diketuai oleh Datuk Tunku Hamdy Tunku Ahmad Tajuddin yang membawa 11 bingkisan beserta sebentuk cincin perak untuk Raja Muda sebagai kurniaan balas yang dipersembahkan kepada ketua rombongan pengantin lelaki, Raja Datuk Seri Ashman Shah.

Kurniaan balas itu didahului dengan tepak sirih perak berkemasan emas, sirih junjung lima tingkat dengan dihiasi bunga ros berwarna krim dan tumbuhan kelompok putih.

Raja Nazrin, 50, yang kelihatan segak dan tampan dengan berbaju Melayu putih serta bersamping sedondon dengan tenang melafazkan akad nikah, dengan sekali lafaz pada pukul 11 pagi ini sambil disaksikan kira-kira 300 tetamu.

Adinda baginda, Raja Datuk Seri Ashman Shah yang juga Raja Kecil Tengah Perak serta Datuk Seri Mohd. Salleh Ismail, suami kepada adinda baginda, Raja Datuk Seri Azureen menjadi saksi pernikahan itu.

Bapa Zara, Salim Davidson semalam telah mewakilkan wali kepada Harussani untuk mengijabkabulkan anaknya dengan Raja Nazrin dan upacara menandatangani surat mewakilkan wali itu telah diadakan di Bilik Merah, Istana Iskandariah.

Majlis itu turut disaksikan ibu Zara, Sharifah Azaliah dan abangnya Jeffri.

Zara, 34, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan datuknya, Syed Omar adalah Menteri Besar Kedah yang ketiga.

Sejurus selesai akad nikah, Mufti Perak membacakan doa kesyukuran dan diikuti dengan bacaan selawat Nabi oleh kumpulan Haqqani Maulud Ensemble.

Selesai upacara tersebut, Sultan Perak dan Raja Permaisuri berangkat meninggalkan majlis sementara Raja Nazrin pula berangkat ke bilik bersebelahan Balai Istiadat di mana Zara, sedia menanti untuk menyarung cincin.

Pengantin perempuan berpakaian kebaya labuh kontemporari yang diperbuat daripada French lace dihiasi dengan taburan kristal dan manik serta dipadankan dengan kain sarung chiffon sedondon berwarna putih gading, hasil rekaan pereka fesyen terkemuka Radzuan Radzwil, anak kelahiran Bandar Diraja ini.

Keayuan dan kelembutan Zara tambah menyerlah apabila memakai hiasan selendang sepanjang tiga meter yang ditaburi dengan kristal.

Selepas Raja Nazrin menyarung cincin ke jari Zara, baginda pula disarungkan cincin perak oleh isterinya. Majlis pernikahan itu selesai apabila Zara mencium tangan suaminya dan Raja Nazrin pula mengucup dahi isterinya.

Pasangan pengantin itu kemudian dibawa bersalam-salaman dengan ahli keluarga terdekat masing-masing serta tetamu yang hadir. Zara dilihat sedikit sebak apabila menerima ucapan tahniah dan dipeluk oleh saudara- maranya.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Kamis, 17 Mei 2007

Galeri gambar Jue ( Zuliana Aziz )











klik untuk besarkan


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Galeri gambar Zul Huzaimi





Zul huzaimi, Aktor hensem yang sedang meningkat naik dalam industri perfileman malaysia. Popular dengan watak antagonis, bengis, jahat, cool dan macam2 lagi.

Bakat lakonannya diharap semakin bersinar dan bakal menjadi pengganti kepada pelakon2 senior dalam industri perfileman.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Rabu, 16 Mei 2007

Raja Nazrin-Zara diijab kabul hari ini








Oleh Abdul Razak Din dan Angelina Sinyang
www.utusan.com.my



KUALA KANGSAR 16 Mei –
Perkahwinan diraja antara Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, esok menamatkan penantian selama dua dekad rakyat negeri ini untuk mendapatkan seorang Raja Puan Besar Perak.

Jawatan tersebut tidak diisi sejak kemangkatan Raja Muda Perak ketika itu, Raja Ahmad Siffuddin ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, pada April 1987.

Sebelum ini, gelaran itu disandang oleh Raja Nor Izan Raja Abdul Rashid selama tiga tahun dari tarikh Raja Ahmad Siffuddin dilantik sebagai Raja Muda Perak pada 3 Februari 1984, menggantikan Sultan Azlan Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Perak.

Gelaran itu bagaimanapun kembali kosong ekoran kemangkatan Raja Ahmad Siffuddin akibat serangan jantung di Kuala Terengganu pada 12 April 1987.

Raja Nor Izan kemudian digelar Yang Teramat Mulia sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Julai 1998.

Memandangkan Raja Muda Perak kini masih bujang, gelaran Raja Puan Besar Perak tidak diisi sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Oleh itu, Zara akan mengisi kekosongan dan penantian yang ditunggu selama 20 tahun itu apabila bernikah dengan Raja Dr. Nazrin esok dan kemudian dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak dalam satu istiadat Jumaat ini.

Ini juga adalah pertama kali dalam sejarah negeri Perak, istiadat perkahwinan Raja Muda diadakan. Sebelum ini, Raja Muda yang dilantik terdiri daripada yang telah berkahwin.

Selain itu, kali terakhir majlis perkahwinan diraja diadakan ialah 20 tahun lalu apabila adinda bongsu Raja Dr. Nazrin, Raja Yong Sofia melangsungkan perkahwinan baginda dengan Tunku Kamil Tunku Rijaldin di Istana Iskandariah.

Majlis pernikahan bersejarah ini akan disempurnakan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria di Balai Istiadat, Istana Iskandariah, esok.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Iklan Konsert akhir AF5


klik untuk besarkan

Iklan konsert final AF5 yang dikeluarkan di media utama harini. Tertarik betul dengan fesyen baju heliza , candy dan Mila. Aswad dan Ebi nampak macho dan bergaya dengan suit tuxedo yang dikenakan.

Siapa agaknya yer yang bergelar juara AF5 ni..Mungkin peserta perempuan pecah monopoli peserta Af sebelum ni?..Sila lah undi di Poll sebelah ni..kut2 boleh nampak gambaran awal..:-)


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 15 Mei 2007

Catriona Ross beransur pulih


catriona yang semakin beransur pulih.

www.bharian.com.my

KOTA BHARU: Pelakon wanita Catriona Bahrin Ross yang parah akibat kemalangan jalan raya sebulan lalu, kini beransur pulih dan dijangka keluar hospital tidak lama lagi.


Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di sini sejak dua minggu lalu dan sudah boleh menikmati makanan kegemarannya laksam sambil menonton drama bersiri lakonannya Datin Diaries.

“Saya sudah sihat berkat doa rakan-rakan dan peminat semua dan sudah boleh menggerakkan kaki saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di wad hospital di sini, semalam.

Catriona, 27, patah kedua-dua kaki selepas kereta dipandu rakannya terbabit dalam kemalangan di kilometer 230.8 Lebuhraya Utara-Selatan ketika dalam perjalanan dari Senawang ke Air Keroh, Melaka pada jam 6.45 pagi, 14 April lalu.

Beliau dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum menjalani rawatan di sebuah hospital di sini, dua minggu lalu.

Katanya, beliau tidak kesunyian ketika menjalani rawatan di sini kerana sentiasa ditemani anggota keluarga dan dikunjungi rakan artis.

Catriona berkata, tangan kanannya tidak patah seperti dilaporkan media sebelum ini tetapi cuma calar dan selepas keluar hospital beliau akan berehat di kampung keluarganya di Kota Bharu.

Pelakon itu berkata beliau berhasrat mengerjakan umrah bersama ibunya apabila sihat nanti.

Sementara itu, beliau meminta pengurusan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mengambil tindakan tertentu bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan di kilometer 230.8 kerana lokasi yang sama menyaksikan beberapa kemalangan maut termasuk pada Ahad lalu membabitkan dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut dan tiga rakan mereka cedera parah dalam kemalangan pada jam 1.45 pagi.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar terbabit,” katanya.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scottish itu pernah membintangi filem dan drama termasuk Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia, Sephia dan Mek Salmah.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Senin, 14 Mei 2007

Shawal kecewa tersingkir dari AF



Shawal rasa nak menjerit bila tersingkir
Oleh WAHIDA ASRANI
www.mstar.com.my


Tinggal satu tapak saja lagi untuk Mohd Shawal Roslan atau lebih dikenali dengan panggilan Shawal melangkah ke peringkat akhir Akademi Fantasia musim kelima (AF5) yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu ini.

Namun, impian jejaka berusia 23 tahun ini hancur lebur apabila dia menjadi peserta terakhir yang disingkirkan daripada program realiti popular itu Sabtu lalu dan sekaligus melenyapkan harapannya untuk mara ke pusingan akhir itu dan berpeluang untuk merangkul gelaran juara AF5.

"Saya sangat-sangat kecewa. Bayangkan selangkah saja lagi untuk saya ke final. Hari tu rasa macam nak menjerit ada, nak menangis pun ada.

Shawal amat kecewa gagal ke peringkat akhir (Foto The Star oleh M. Azhar Arif)
"Tapi nak buat macam mana, rezeki saya sampai di situ saja," ujar Shawal ketika ditemui pada sidang akhbar di pejabat Astro, semalam.

Shawal yang membawakan lagu Copacabana pada malam itu gagal meraih undian penonton dan terpaksa akur dengan keputusan penyingkiran itu apabila dia menerima undian terendah berbanding lima lagi rakannya yang berjaya ke peringkat akhir AF5 iaitu Candra Clement, 18 (Candy, Sabah); Norsyarmila Jiri, 19 (Mila, Pulau Pinang); Nur Haliza Helmi, 21 (Heliza, Kuala Terengganu); Ebi Kornelis@Firdaus Yamal, 23 (Ebi, Kota Kinabalu) dan Muhammad Nur Aswad Jaafar, 22 (Aswad, Pulau Pinang).

Akui penyingkirannya berpunca daripada kesilapan sendiri, kata Shawal, dia juga menafikan pengecualian Aswad daripada membuat persembahan untuk lagu pembuka tirai serta lagu bonus telah menimbulkan rasa tidak puas hati apabila dirinya yang tersingkir pada malam itu.

"Tidak timbul isu tidak adil di sini. Inilah Akademi Fantasia. Apa saja kejutan, kami kena terima. Ini adalah rezeki masing-masing.

"Saya sudah dapat rasakan saya mungkin akan terkeluar kerana pembawaan lagu saya pada konsert itu tidak berapa bagus, lebih-lebih lagi lagu Inggeris.

"Tapi saya bangga kerana saya berani juga cuba bawa lagu Inggeris walaupun mula-mula dapat lagu itu agak sukar juga nak sebut perkataan-perkataan tersebut," kata Shawal yang akan meneruskan kerjaya seninya yang akan diaturkan oleh Maestro.

Ditanya pendapatnya sendiri siapakah yang layak digelar juara AF5, jejaka tinggi lampai ini tidak menafikan kemungkinan salah seorang peserta wanita boleh dinobatkan sebagai juara untuk tahun ini.

"Semuanya sukar diramalkan. Ada kemungkinan juga peserta wanita yang jadi juara sebab ada tiga finalis wanita. Tetapi, apa yang saya boleh katakan setiap finalis ada kekuatan tersendiri.

"Sebagai contoh, Aswad memang bagus kalau menyanyi lagu slow rock dan Ebi pula jenis yang selamba, apa saja lagu dia akan cuba nyanyikan dengan baik.

"Saya hanya ingin ucapkan 'good luck' buat mereka kerana apapun, ini terletak pada rezeki masing-

Shawal akui sudah mempunyai 'teman rapat' (Foto The Star oleh M. Azhar Arif)
masing," jelas Shawal yang mula mencuba nasib menyertai ujibakat AF sejak musim kedua lagi.

Akui ada "teman rapat"

Ketika berada di dalam akademi, Shawal pernah dikaitkan dengan seorang peserta wanita yang juga tersingkir awal, iaitu Noni.

Mengulas mengenai hal ini, Shawal akui, hubungannya dengan Noni memang rapat berbanding peserta wanita lain.

"Memang kami agak rapat dan kami sering berkongsi cerita dan pendapat. Dia seorang yang kelakar dan saya memang amat menyenanginya.

"Tetapi, tidak lebih sebagai seorang kawan," ujar Shawal tersenyum.

Sambil membuat pengakuan dia sememangnya sudah mempunyai "teman rapat" sebelum menyertai AF5 lagi, Shawal secara ringkas berkata, 'teman'nya itu memang memahami minat mendalam Shawal terhadap bidang seni ini.

Dia juga merasakan tidak timbul isu cemburu lebih-lebih lagi ekoran dirinya dikaitkan dengan Noni.

"Saya rasa dia faham situasi saya. Di dalam akademi, kami semua sudah anggap setiap peserta seperti sebuah keluarga," kata Shawal ringkas sambil enggan mendedahkan dengan lebih lanjut tentang 'teman rapat'nya itu.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Pengacara TV Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Penyalahgunaan Dadah

JOHOR BAHARU, 14 Mei (Bernama) -- Pengacara TV3, Mazidulakmal Sidik dan tiga yang lain hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan penyalahgunaan dadah.

Mazidulakmal, 40, Fadzli Ramli, 40, Tumijah Adras, 34, dan Umaisyah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam tubuh mereka di Bilik 88, Groove City Sdn Bhd, Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir, di sini, pada pukul 2.45 pagi, Sabtu lepas.

Mengikut Akta Dadah Berbahaya, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 seorang jika sabit kesalahan.

Majistret Rasidah Roslee membenarkan kesemua mereka diikat jamin sebanyak RM3,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept sebagai tarikh perbicaraan.

Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A.Vimala manakala Tumijah dan Umaisyah tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan Cif Insp David Chong Seng Yong.

--sumber BERNAMA

---------------

Mula2 cam tak percaya je..tapi sekali Bernama dah keluarkan berita ni..apa-pun tunggu siastan dulu abis.. baru boleh pastikan dia salah atau tidak...


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Minggu, 13 Mei 2007

Shawal tersingkir dari AF5



AF5: Mila, Aswad, Candy, Ebi dan Heliza ke konsert akhir
www.mstar.com.my

PETALING JAYA: Pelajar-pelajar dari Pulau Pinang - Mila dan Aswad serta Ebi dan Candy dari Sabah mendominasi kutipan sms untuk ke konsert akhir Akademi Fantasia Sabtu depan dengan diiringi oleh gadis Terengganu, Heliza.

Pelajar dari Kuala Lumpur Shawal menjadi pelajar terakhir yang meninggalkan Akademi Fantasia musim ke lima ini.

Di awal persembahan, kesemua pelajar kecuali Aswad telah menyanyikan lagu Let's Dance Together yang dipopularkan oleh Melly Goeslow (feat BBB).

Hos Aznil Nawawi kemudiannya memberitahu para penonton bahawa Aswad tidak dapat membuat persembahan yang memerlukan dia menari kerana masalah kekejangan otot.

Lagu Menari Dengan Ku yang dinyanyikan secara duet oleh Shawal & Candy menggamatkan Dewan MBPJ sebelum Aswad memulakan persembahan individu dengan menyanyikan lagu Mawi, Mungkin Langitmu Lebih Biru.

Heliza menyanyikan lagu Ya Atau Tidak, Ebi (Bukan Diriku), Candy (Cahaya Cinta), Mila (Pudar) dan Shawal (Copacobana)
,
Lagu duet Joget Cinta Sakti dinyanyikan oleh Heliza & Aswad manakala Ebi & Mila menggamatkan lagi dewan dengan paduan suara yang mantap lagu My Heart - Irwansyah & Acha.

Lagu bonus yang dinyanyikan pada malam ini adalah Lagu Gembira yang pernah dinyanyikan oleh Jamal Abdillah dan Ning Baizura.

Pengkritik malam ini adalah Fauziah Latif, Loloq, Fauziah Ahmad Daud dan Datuk Siti Nurhaliza.




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar kahwin Farah OIAM dan Dr Fariz









Farah Asykin selamat dinikahkan dengan Dr Fariz Yahya, Sabtu lalu
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
www.bharian.com.my

SEBUAH mahligai indah dihadiahkan buat sang isteri sebagai tanda cinta Dr Fariz Yahya terhadap isteri tersayang Farah Asyikin Datuk Zulkifli sempena perkahwinan mereka.


Lebih setahun memadu cinta, Farah, 28 dan Fariz, 29 mengambil keputusan mengakhiri percintaan yang terpatri selama ini dengan ikatan yang suci dan sah. Senyuman meleret tidak lekang di wajah kedua-dua mempelai di hari pernikahan mereka yang berlangsung Sabtu lalu.

“Lega sangat-sangat kerana semuanya berjalan lancar. Semalam memang berdebar sungguh menanti saat untuk disatukan. Mula-mula terasa hendak menangis tetapi apabila Fariz melafazkan nikah sebanyak empat kali, air mata saya masuk semula. Terasa lucu pula dan terus tidak jadi hendak menangis,” kata Farah yang kelihatan ayu dengan kebaya lace warna krim rekaan Cosry.

Fariz yang duduk di sisi isterinya hanya tersenyum mendengar kata-kata Farah. Dia juga meluahkan perasaan yang sama, lega akhirnya mereka disatukan.

“Saya gembira kerana semuanya sudah selesai (akad nikah). Tetapi kehidupan kami masih belum selesai lagi, tanggungjawab saya sebagai suami baru bermula,” kata Fariz.

Tidak seperti pasangan pengantin baru lain yang sibuk memikirkan mengenai destinasi bulan madu, Farah dan Fariz pula tidak terfikir untuk itu semua kerana mereka mahu melabur untuk kediaman baru yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.

“Banyak yang perlu dilakukan untuk rumah kami, jadi tidak terfikir soal berbulan madu. Hendak tunggu semuanya lengkap dalam masa terdekat ini memanglah mustahil. Tetapi keutamaan kami kini adalah pada kediaman itu,” kata Farah lagi.

Menceritakan mengenai detik pertemuan mereka, Farah dan Fariz bertemu buat kali pertama pada 2002 di rumah seorang teman meraikan majlis hari jadi. Mereka bertentang mata sekali lagi tahun lalu dan hubungan itu menjadi lebih serius.

Telefon dan e-mel menjadi penghubung cinta jarak jauh memandangkan ketika itu Fariz bertugas di Ireland. Hampir tiga bulan berjauhan, Fariz melakukan pengorbanan besar apabila mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di tanah air.


“Sifatnya yang lembah lembut, sangat merendah diri serta kecantikan luaran dan dalam yang dimiliki Farah memikat hati saya. Lebih istimewa lagi, dia tidak memberitahu saya yang dia seorang penyanyi hanya setelah lama mengenali barulah Farah beritahu.

“Saya tidak kisah jika dia mahu meneruskan kerjayanya dalam bidang nyanyian. Lagi pun isteri saya sudah menanti kehadiran album solonya selama lapan tahun dan saya akan terus memberikan sokongan kepadanya,” kata Fariz yang kini bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Album sulung yang paling dinantikan Farah bakal berada di pasaran minggu ini. Katanya, itu juga hadiah perkahwinan yang cukup istimewa buat dirinya. Sebagai tanda cintanya buat Fariz pula, dia menuliskan sebuah lagu berjudul Sempurna yang disusun oleh Audi Mok.

Mengenai Fariz, kata Farah suaminya itu amat memahami kerjayanya. Ketika masih bercinta, Fariz sering mengikutinya ke mana-mana malah ke majlis bertemu peminat. Selama manapun, Fariz sanggup menanti biarpun terpaksa duduk terperuk seorang diri di satu sudut.

“Harap-harap Fariz akan terus memberikan sokongan kepada saya. Dia tahu saya sudah lama menanti kehadiran album jadi dia sangat menyokong saya,” katanya lagi.

Ditanya tidakkah dia bimbang popularitinya akan merudum kerana mengambil tindakan berani berkahwin kala album baru hendak diluncurkan, Farah pula nyata optimis rezeki berada di mana-mana. Jujur dia mengakui langsung tidak terlintas di fikirannya berhubung hal itu tetapi orang di sekeliling pula yang sibuk bertanya.

“Farah tak ada fikir soal populariti cuma apabila ramai yang bertanya barulah terfikir. Bagi Farah rezeki ada di mana, kalau tidak ada album juga boleh glamor. Tetapi kalau sudah ada album pun belum tentu akan jadi glamor,” katanya.

Menyentuh soal cahaya mata, dalam masa terdekat ini dia belum terfikir akan soal itu kerana mahu mengukuhkan dulu kedudukan ekonomi mereka. Kata Farah, dia mahu anak-anak yang bakal dilahirkan melalui hidup yang selesa.

Baginya memadai hanya dua cahaya mata, sepasang lelaki dan perempuan. Fariz juga mengangguk setuju apabila Farah meluahkan pendapatnya.

Kedua-dua mempelai itu diraikan dalam tiga majlis berasingan iaitu di kediaman keluarga Farah pada sebelah malam, pada hari Ahad pula satu lagi majlis diadakan di Dewan Perdana Felda bagi meraikan tetamu kehormat keluarga Farah. Majlis menyambut menantu pula diadakan di pihak lelaki pada 20 Mei bertempat di Kelab Shah Alam.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Senin, 07 Mei 2007

Galeri Gambar Bunga Citra Lestari















Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Gambar fiesta media idola 2007
















request by pembaca blog ni, alex

picture kredit to: http://monsoon.fotopages.com
enjoy..


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe