Tampilkan postingan dengan label Mawi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Mawi. Tampilkan semua postingan

Minggu, 21 Desember 2008

Sekitar majlis pernikahan Mawi Ekin









Tahniah kepada mawi dan ekin sempena pernikahan mereka pada 20 disember 2008 yang lepas. .Apapun, doakan mereka agar berbahagia kerana jodoh mereka telah ditentukan oleh yang maha Esa..

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Rabu, 17 Desember 2008

Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi-Ekin


gambar hiasan

Apa komen anda? Komen saya, baguslah tindakan ina ni...nanti kalau dia pergi mesti ada wartawan nak kait2kan cerita lama mereka dan kesian pulak kat suami tercintanya encik suhaimi itu.. Biarlah yang dah lepas tu...kita buka buku baru...


KUALA LUMPUR, 17 DIS 2008: Wanita yang pernah singgah dan bertakhta di hati Mawi satu ketika dulu, Nordiana Naim atau Ina Naim, 23, mengakui tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bekas tunangnya itu dengan Ekin, sekalipun bakal diundang untuk majlis persandingan nanti.

"Terima kasihlah kerana bakal pengantin masih ingatkan saya. Tetapi rasanya saya tidak dapat datang. Lagipun kalau saya datang, macam-macam pula spekulasi yang timbul nanti. Sekarang ini pun, apa yang orang tak cakap pasal diri saya.

"Cukuplah dengan segala tohmahan yang saya terima selama ini. Sekarang lebih penting, saya kena jaga hati dan perasaan suami saya (Mohd Suhaimi Saad, bekas anggota In-Team). Saya juga kena hormati kedudukan dia sebagai suami dan ketua keluarga.


Dia sendiri yang bagi nasihat kepada saya supaya usah dikaitkan lagi dengan Mawi. Sebab, kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat hati saya terluka lagi dengan segala tuduhan dan kata-kata yang dilemparkan orang terhadap saya," katanya Ina kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ina berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mawi yang mahu menjemputnya bersama Suhaimi ke majlis persandingan mereka di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan pada 11 Januari 2009 nanti.

Bukan itu saja, Ina juga keberatan untuk mengulas apa-apa tentang perkahwinan Mawi & Ekin yang kini mendapat liputan yang begitu meluas daripada pihak media tempatan.

"Maaflah, kalau boleh saya memang tidak mahu beri apa-apa komen lagi tentang hal-hal yang berkaitan dengan Mawi. Cukup-cukuplah mengaitkan saya dengan Mawi lagi. Apa yang berlalu sudah pun berlalu.

"Saya sekarang sudah bahagia dengan kehidupan baru saya dan Mawi saya anggap tidak lebih sekadar rakan artis biasa," katanya yang kini sudah bergelar ibu selepas dikurniakan anak lelaki, Ehmad Hadie Alfardie, 8 bulan.

Menjelaskan mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu, Ina berkata, dia kini sibuk memberikan tumpuan dan jagaan terhadap Ehmad.

"Tambah-tambah lagi sekarang ini dia cukup lasak. Memang lelah jugalah hendak mengawal serta menjaganya. Pada masa yang sama, saya turut membantu Suhaimi untuk memasarkan album solo barunya yang berjudul Kalamak serta meluaskan pasaran Kopi Sawda' keluaran Corpora Corporation Sdn Bhd.

"Alhamdulillah penerimaan masyarakat terhadap produk itu baik sekali. Mungkin kerana kelebihannya yang memiliki campuran Habbatul Sawda' iaitu sejenis bijirin hitam bersama Tongkat Ali dan beberapa ramuan herba yang lain.

"Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, Kopi Sawda' ini akan dipasarkan ke negara Arab tidak lama lagi. Untuk memenuhi permintaan pasaran Kopi Sawda' di sana, produk itu akan ditukarkan namanya kepada Barakah," katanya.

Selain itu, Ina juga kini giat menyertai kursus yang berkaitan dengan perniagan multi-level HPA.

Ina sebelum ini pernah mendapat perhatian pihak media apabila menjadi tunangan Mawi selama lebih kurang 2 tahun bermula 10 Februari 2004 hingga 10 Julai 2006. Sesudah putus tunang dengan Mawi, Ina terus menceburi bidang seni sebagai penyanyi rakaman dan tidak lama kemudian, dia mengahwini Suhaimi pada 12 Ogos 2007.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Senin, 08 Desember 2008

Along, Zila jadi pengapit Majlis Mawi, Ikin


Sumber:www.murai.com.my

Sebelum ini Murai Batu ada menulis tentang Along Raja Lawak 2 dan tunangnya, Zila Seeron (AF4) yang dikatakan akan menjadi pengapit kepada pasangan mempelai, Mawi dan Ekin.


Akhirnya, persoalan yang menjadi tanda tanya ini dijawab Mawi dan Ekin sendiri sewaktu mereka melawat pejabat murai.com.my untuk menghantar kad jemputan pada 3 Disember lalu.






"Ya, memang benar Along dan Zila menjadi pengapit kami," ujar Mawi.


Apa sebab Mawi memilih mereka?


"Saya kenal Along sebelum kami jadi artis lagi. Dia kawan lama kami. Zila pun sangat rapat dengan Ekin. Kami memang berkawan," tambah Mawi lagi.


Selain menjawab pertanyaan kami, Mawi dan Ekin turut mengumumkan mengenai pengapit mereka di saluran interaktif popular di Astro iaitu @15.

Apapun, bagi mengukuhkan apa yang dijawab Mawi, krew murai.com.my terus menghubungi Along. Ketika dihubungi, Along dalam perjalanan ke Terengganu untuk mengadakan persembahan.
"Saya terkejut juga Mawi dan Ekin pilih kami. Soal bertuah itu bukan satu isu. Bagi saya, perkataan bertuah hanya sesuai untuk peminat Mawi yang terpilih saja. Mungkin saya terpilih sebab kami kawan lama. Kami pun dah berkawan masa dia jadi deejay di supermarket lagi," kata Along.
Tambah menarik, Along yang memanggil Mawi dengan nama Botak turut menjelaskan bahawa tunangnya, Zila, sangat rapat dengan Mawi.

"Sebenarnya, semasa kami bertunang, Mawi ada bagi bayangan tentang cerita pengapit ni. Tapi, pada mulanya saya ingat Mawi main-main saja. Sebab itulah sebelum ini saya belum berani cakap apa-apa.


"Setakat ini, saya dah blok jadual saya. Jadi, tak ada masalah untuk saya dan Zila untuk beri komitmen. Mengenai baju, kami diberitahu sudah ada sponsor.


"Semalam, Mawi ada ajak saya untuk berjumpa, nak bincang tentang hal ni. Tapi saya tak sempat lagi. Pun begitu, Zila sudah pergi berjumpanya.


"Apa pun, Mawi sudah memaklumkan bahawa kami perlu menjadi pengapit di semua lokasi persandingan," kata Along.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Rabu, 05 November 2008

gambar Mawi berkursus kahwin di Masjid Putra








Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 21 Oktober 2008

Mawi dan Ekin Nikah 20 Disember




Terlerai sudah segala spekulasi mengenai bintang AF ni. Akhirnya Mawi mengesahkan dalam sidang akhbarnya di Palace of Golden Horses mengenai tarikh pernikahannya bersama Ekin atau nama sebenarnya, Nora' Asikin Rahmat..

SERI KEMBANGAN: Penyanyi, Asmawi Ani atau Mawi, menafikan spekulasi kononnya menerima RM5 juta daripada Astro sebagai bayaran hak penyiaran eksklusif majlis perkahwinannya dengan pelakon Nora'Asikin Rahmat (Ekin), Disember depan.

Mawi, 27, yang akan bernikah dengan Ekin, 29, pada 20 Disember, berkata Astro diberi hak eksklusif bagi membalas jasa stesen televisyen berbayar itu yang banyak membantu meningkatkan kerjaya seninya.



"Mana mungkin saya meminta bayaran sebanyak itu. Itu semua tidak benar dan hanya spekulasi," katanya pada sidang media di Palace Of The Golden Horses di sini, petang semalam.

Pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Awani itu, Mawi mengumumkan upacara akad nikah beliau dan Ekin diadakan di sebuah masjid diikuti malamnya majlis resepsi di Stadium Tertutup Johor Bahru.

Kenduri pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak pada Ahad 28 Disember, manakala resepsi istimewa berlangsung di Palace Of The Golden Horses pada 11 Januari.

Mawi juga menganjurkan konsert khas di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember bersama rakan Akademi Fantasia.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, berkata program khas perkahwinan Mawi diadakan tanda sokongan Astro terhadap penyanyi itu.

Mengenai wang hantaran, Mawi berkata, perkara berkenaan masih pada peringkat perbincangan.

"Saya bertanyakan kepada keluarga Ekin mengenai hal itu, tetapi mereka menyerahkannya bulat-bulat kepada saya untuk menentukannya. Selesai perbincangan nanti, kami pasti akan umumkan," katanya yang akan menerima 11 dulang berbalas sembilan daripada Ekin.

Ditanya bagaimana dia melamar Ekin, Mawi berkata, hasratnya itu dilahirkan menerusi telefon ketika di berada di Syria bagi menjalani rakaman program kembara, Mawi Di Bumi Anbia, April lalu.

www.bharian.com.my



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Minggu, 30 Maret 2008

Sah Mawi berkasih dengan Ikin



Ekin wanita istimewa saya - Mawi

GENTING HIGHLANDS 30 Mac - “Memang benar Ekin adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya ketika ini”.
Demikian pengakuan penyanyi lelaki popular, Asmawi Ani, 27, atau Mawi setelah sekian lama berteka-teki mengenai hubungannya dengan pelakon, Nora Asikin Rahmat, 29, atau Ekin ketika ditemui pada majlis minum petang anjuran Lord‘s Tailor di sini petang ini. Malah, Ekin turut berada di sisi Mawi sewaktu beliau membuat pengakuan tersebut.

Namun begitu, pasangan itu menafikan mereka kini sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan.

“Kami menafikan sebarang berita yang mengatakan kami sedang menuju ke arah itu (berkahwin). Apa pun, nantikan sahaja pengumuman seandainya jodoh kami sudah sampai kelak,” janji pasangan itu.

Ketika ditanya apakah keistimewaan Ekin di mata Mawi, juara Akademi Fantasia musim ketiga itu memberitahu, sikap Ekin yang ceria serta matang dalam menangani segala masalah membuatkan dia menerima wanita itu untuk bertakhta di hatinya.

Dalam pada itu, Mawi turut memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk menafikan mahupun membuatkan media dan peminatnya terus tertanya-tanya mengenai hubungannya itu, tetapi dia harus menunggu waktu yang sesuai untuk mengumumkannya.

“Saya pernah berkata sebelum ini bahawa saya akan beritahu kepada semua mengenai hubungan saya. Lagipun, hubungan saya dengan Ekin hadir dengan sendirinya dan kami tidak pernah menetapkan untuk menjadi pasangan kekasih,” jelas Mawi yang mula mengenali Ekin sejak tahun 2006.

Ekin pula, ketika diusik bagaimana mereka menghabiskan masa berdua, sambil ketawa kecil, dia memberitahu, mereka tidak pernah menetapkan masa dan tempat untuk bertemu.
“Sebaliknya, kami akan keluar beramai-ramai bersama kawan Mawi dan bertemu di kedai mamak,” jelas Ekin.




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Rabu, 23 Mei 2007

Siapakah Ikon Malaysia?



klik untuk besarkan gambar

What is IKON™ and what does it hope to achieve?
IKON™ is a regional award designed to showcase and acknowledge the top artiste in each country to its local audience, and finally to an ASEAN audience, in a high-profile multimedia programme that includes television, radio and the Internet.

By doing so, IKON™ hopes to achieve greater fame, audience awareness and increased sales potential for local artistes across the region.
more info
http://www.ikonmalaysia.com/

antara artis yang disenaraikan
Artis Solo
- Adam
- Daniel Lee
- Dayang
- Dina
- Ezlynn
- Farah
- Jaclyn Victor
- Mawi
- Reshmonu
- Shanon Shah

Artis Berkumpulan
- Amuk
- DefGabC
- Disagree
- Flop Poppy
- Gerhana
- Jinbara
- May
- Mirwana
- OAG

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Jumat, 20 April 2007

Mawi pilih Dekna ?



Mawi pilih Dekna untuk persembahan Hari Ibu
Oleh RADIN SRI GHAZALI
sumber:mstar online

RAMAI yang sudah tahu penyanyi paling popular Mawi atau Asmawi Ani sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dalam Mawi World Sdn Bhd.

Sempena dengan sambutan Hari Ibu 13 Mei nanti, Mawi bersama-sama syarikatnya akan mengadakan satu majlis makan tengah hari bersama-sama golongan ibu di Palace of The Golden Horses.



Malah ini merupakan anjuran pertama Mawi World Sdn Bhd dalam mengelolakan majlis sebesar ini.

Langkah yang diambil oleh Mawi seperti menjejaki usaha Datuk Siti Nurhaliza ketika menubuhkan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan menganjurkan majlis-majlis seperti ini.

"Saya tidak mengikut sesiapa dalam mengembangkan syarikat saya. Tetapi saya merasakan bahawa inilah masa yang sesuai untuk syarikat saya mengelolakan event seperti ini kerana saya pun masih mempelajari selok belok dunia perniagaan," ujar penyanyi berusia 26 tahun ini di sidang akhbar Petang Berkilauan Habib Bersama Mawi dan Ibu-Ibu bertempat di Palace of the Golden Horses baru-baru ini.

Dalam kesibukan jadual kerja Mawi sebagai seorang penyanyi, ramai tertanya-tanya bagaimanakah kemampuan penyanyi yang berasal dari Johor itu menguruskan perniagaannya itu.

"Saya mempunyai seorang sahabat yang membantu menguruskan perniagaan saya. Dia bertanggungjawab melakukan segala hal-hal pentadbiran serta pengurusan untuk Mawi World Sdn Bhd.

"Apa jua masalah yang dihadapi, dia akan menyelesaikan dan memberitahu saya mengenainya," ujar Mawi yang enggan memberi informasi terperinci mengenai 'sahabat' yang dikatakan bertanggungjawab menggerakkan syarikat tersebut.

"Saya sudah berkenalan dengan sahabat ini sejak awal pembabitan saya dalam bidang hiburan ini. Saya amat mempercayai dia dalam menguruskan syarikat saya," ujarnya lagi.

Ketika ditanya jika Mawi tahu secara terperinci tindak tanduk sahabatnya dalam menguruskan perniagaannya, dia menjawab, "Saya sentiasa mengawasi perkembangan syarikat saya. Saya tidak melepaskan tanggungjawab bulat-bulat begitu sahaja."

Selain daripada itu, pihak pengurusan Mawi yakni Maestro Talent Management turut terbabit dengan pengelolaan mana-mana majlis anjuran Mawi World Sdn Bhd.

"Memandangkan kami adalah pengurus Mawi, segala aktiviti yang dingin dianjurkan oleh Mawi World Sdn Bhd haruslah melalui pihak kami," ujar Freddie Fernandez selaku Ketua Operasi Maestro Talent Management.

Ketika ditanya jika pihaknya turut memperolehi pulangan atau imbuhan daripada pendapatan Mawi World Sdn Bhd, Freddie menjawab, "Adalah sikit-sikit sahaja."

Hari Ibu bersama Mawi

Jika Minggu Setiausaha, Mawi menjadi hak eksklusif kepada sebuah hotel sahaja, kini Mawi terbuka menerima mana-mana lamaran persembahan sempena Hari Ibu nanti.

"Memandangkan Mawi antara penyanyi yang in demand kini, kami tidak mahu menghampakan sebarang tawaran dari mana-mana pihak yang inginkan khidmat dari Mawi.

"Asalkan persembahan tersebut tidak bercanggah dengan jadual kerjanya," ujar Freddie mengenai polisi pihaknya sempena sambutan Hari Ibu.

Bagi Mawi pula, dia sudahpun merangka persembahannya sempena Petang Berkilauan Habib Bersama Mawi dan Ibu-Ibu di Palace nanti.

"Saya akan menyanyikan beberapa buah lagu yang bertemakan ibu seperti Untukmu Ibu. Selain daripada itu, saya akan lakukan pertunjukan silap mata sebagai acara selingan untuk persembahan pada petang tersebut," ujarnya yang bakal menyanyikan sepuluh buah lagu dalam masa satu jam nanti.

Peserta Akademi Fantasia 5 yang baru sahaja disingkirkan, Dekna turut dijemput sebagai artis jemputan pada petang tersebut.

"Kami memilih Dekna kerana dia mempunayi bakat menyanyi. Malah, saya turut menyukai perangainya yang agak rock dan selamba," ujar Mawi yang bakal berduet bersama peserta dari Pulau Pinang itu menerusi lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta.

Gandingan bersama Dekna turut merupakan gandingan pertama bersama-sama seorang perempuan menerusi lagu ciptaan Loloq dan M Nasir itu.

Harga meja-meja adalah daripada RM1500 sehingga RM5000. Mereka yang berminat boleh menghubungi Hany (012-3023730), Zana (012-2881108) dan Jue (017-3114765) untuk melakukan tempahan.

Tidak gusar Aduh Saliha ditundakan

Seperti biasa, soalan yang kerap diajukan kepada Mawi sejak kebelakangan ini, 'Siapakah Saliha?' dalam filem Aduh Saliha.

"Saya tidak tahu siapa heroin filem ini. Masih belum ditemui lagi," ujar Mawi selaku hero filem yang sudah lama digembar gemburkan namun masih tidak menjalankan penggambarnnya lagi.

Nama-nama pelakon Awal Ashaari serta Erra Fazira yang dikatakan antara mereka yang bakal berlakon dalam filem ini juga belum pasti akan terbabit sama dalam filem arahan M. Nasir itu.

Mawi sendiri bersedia menerima sebarang kemungkinan termasuk penundaan produksi filem tersebut.

"Saya tidak gusar mahupun cuak walaupun ianya ditundakan ataupun dibatalkan. Saya tahu banyak di antara kami sibuk dengan jadual kerja masing-masing.

"Kalau ye pun perkara begini berlaku, saya hanya mampu menerima hakikatnya," tegas Mawi lagi.

Foto The Star oleh Norafifi Ehsan



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Minggu, 15 April 2007

Gambar Mawi dan Rossa di Quality Hotel











Picture credit to Minaq Jinggo and thestar


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Minggu, 04 Februari 2007

ABP BH 2006 - Mawi Menang Lagi !

mawi menang lagi menewaskan pesaing terdekat, datuk Siti Nurhaliza..tahniah juga diucapkan kepada pemenang lain..

Mawi pertahan gelaran Bintang Paling Popular

Oleh Akmal Abdullah

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi dinobatkan oleh pembaca akhbar ini sebagai Bintang Paling Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006, yang berlangsung di sini, malam tadi.


KEKAL GELARAN: Mawi bersama anugerah yang dimenanginya, malam tadi.

Mawi, 25, yang meraih 261,555 undi, memenangi gelaran itu untuk tahun kedua berturut-turut selepas mengetepikan saingan kelompok empat lagi artis yang mendapat undi tertinggi iaitu Fasha Sandha, Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Rosyam Nor.

Berikutan kemenangan itu, Mawi meraih hadiah barang kemas tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM200,000 dan kenderaan Naza Sorento 2.5 (A) tajaan Naza Kia Sdn Bhd berharga RM143,000.

Mawi turut dipilih memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan berkongsi trofi Artis Berkumpulan/Duo Popular bersama penyanyi Jamal Abdillah.

Trofi Bintang Paling Popular 2006 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun pada majlis kemuncak ABPBH 2006 di Arena of Stars, di sini.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Anugerah Khas Bintang Popular diberikan kepada pengarah veteran, Datuk Jamil Sulong sementara Anugerah Biduan Veteran dihadiahkan kepada penyanyi 60-an, Jefrydin manakala Anugerah Seniwati Veteran disampaikan kepada Datin Umi Kalthum.

Majlis anugerah gilang-gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan radio Era. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan yang berlangsung selama dua setengah jam di arena itu.

Sementara itu, Fasha Sandha dan Saiful Apek membuat kejutan apabila masing-masing terpilih menang dua kategori yang dipertandingkan dalam ABPBH 2006.



Fasha meraih gelaran Pelakon Filem Wanita Popular selepas mengetepikan saingan Erra Fazira dan Nasha Aziz yang menjadi pencabar terdekatnya, serta kategori Pelakon TV Wanita Popular dengan mengenepikan Eja dan Rita Rudaini .

Saiful yang mempertahankan kategori Artis Komedi Lelaki Popular, merampas gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular yang sebelum ini kerap dimenangi Rosyam.

Bagaimanapun, Rosyam berjaya mempertahankan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Siti Nurhaliza pula terus mencatat kejayaan membanggakan apabila memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular buat kali ke-10 sekali gus mempertahankan gelarannya sejak kali pertama mengunggulinya pada ABPBH 1997.

Kumpulan Rabbani turut mempertahankan reputasinya apabila dipilih meraih kemenangan dalam kategori Penyanyi Nasyid Popular, manakala Sheila Rusly sekali lagi membawa pulang gelaran Artis Komedi Wanita Popular.

Bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular masing-masing dimenangi bakat baru, Faizal AF4 dan Farahwahida.

Pemenang bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Pengacara TV Wanita Popular disandang bintang yang sama seperti beberapa tahun sebelumnya, iaitu Aznil Nawawi dan Fara Fauzana.

Halim Othman dari stesen Sinar FM dan Linda Onn dari radio Era turut berjaya mempertahankan kemenangan masing-masing bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular serta Penyampai Radio Wanita Popular.

ABPBH 2006 ialah edisi ke-20 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan penganugerahan berdasarkan undian peminat untuk artis dan selebriti yang terbabit dalam bidang perfileman, nyanyian dan penyiaran.