Tampilkan postingan dengan label faizal tahir. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label faizal tahir. Tampilkan semua postingan

Selasa, 19 Mei 2009

Koleksi Gambar Faizal Tahir 2








Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Jumat, 23 Mei 2008

Faizal Tahir ' Superman' Hampir lemas



Petang2 tengah minum kopi ni dapat email dari pembaca setia blog ini..Katanya gambar ni tgh tunjuk faizal tahir hampir lemas ketika shooting Music Video " sampai Syurga". Nasib baik terselamat. Lain kali hati2 faizal

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Rabu, 16 Januari 2008

Faizal Tahir dihukum buat kerja amal



Aksi dirancang
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


PETALING JAYA: “Saya memang merancang membuka baju ketika di belakang pentas lagi tanpa pengaruh dadah atau alkohol ketika itu.

“Saya juga mengecat huruf S di badan ketika di belakang pentas kerana meniru aksi pelakon Tom Welling (watak Clark Kent) dalam siri popular Smallville yang diangkat dari cerita Superman,” kata naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir.




Pada masa sama, Faizal mengaku dia tidak berfikir panjang sebelum melakukan perbuatan itu dan tidak sangka ia mencetuskan kontroversi dan memberikan impak besar kepada penonton.

“Saya cukup teruja ketika membuat persembahan di pentas sekali gus ingin meraih perhatian penonton. Saya juga buat perkara itu hanya untuk berseronok dan tidak sangka tindakan saya disalah tafsir semua orang.


“Bagaimanapun, saya sangat menyesal atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada sidang media di 8TV di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam.


Sidang media itu diadakan bagi membolehkan Faizal memohon maaf berhubung tindakannya menanggalkan baju ketika membuat persembahan secara langsung yang disiarkan menerusi 8TV sempena ulang tahun keempat saluran itu di Central Park Avenue di sini, malam Ahad lalu.

Hadir sama, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan 8TV, Airin Zainul.

Beliau yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah perkara tidak diingini sebelum konsert diadakan selepas ini.

“8TV juga mengambil tindakan tegas kepada Faizal dengan memintanya memohon maaf secara terbuka dan memberi amaran keras kepadanya. Faizal juga diminta membuat kerja amal dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Faizal mula mencetuskan kontroversi apabila aksi meluncurnya yang disifatkan keterlaluan ketika dua lagu dendangannya, Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta diumumkan mara ke peringkat akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, baru-baru ini.


faizal tahir buka baju


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe



Minggu, 13 Januari 2008

Kontroversi Faizal Tahir Tanggal baju



Aiyo faizal, napelah kau bukak baju time konsert yang tengah live disaksikan jutaan rakyat malaysia. Takkan sebab menghayati lagu sampai kena buat camtu.Tak sesuailah...

Faizal tanggal seluar pakaian
PETALING JAYA: Naib juara pertandingan realiti TV One In A Million (OIAM), Faizal Tahir sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menanggalkan pakaiannya ketika membuat persembahan sempena ulang tahun keempat saluran 8TV di Central Park Avenue, Bandar Utama di sini, malam tadi.

Pada persembahan itu, Faizal menyampaikan dua lagu daripada bingkisan album sulungnya berjudul Batu dan Golek serta Kerna Kamu dengan penuh perasaan.

Faizal yang tampil lengkap berpakaian secara tiba-tiba tidak dapat mengawal diri dengan menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton.



klik untuk besarkan



Bintang OIAM musim pertama yang digelar ‘Superman Malaysia’ itu melakukan perbuatan berkenaan di hadapan lebih 8,000 penonton yang menyaksikan persembahannya secara langsung yang disiarkan menerusi saluran 8TV.

Artis lain yang turut membuat persembahan ialah Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, juara OIAM Suki, Bittersweet, Meet Uncle Hussain, band Hujan, juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor dan penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Che’Nelle.

Sementara itu, ketika ditemui, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, berkata pihaknya memandang serius perkara itu.

“Saya juga terkejut dan tidak menyangka Faizal akan melakukan perbuatan sedemikian ketika membuat persembahan secara langsung di TV.

“Pihak kami akan segera bersemuka dengannya dan meminta penjelasan daripadanya berhubung kontroversi berkenaan.

“Saya akan memastikan dia tidak melakukan perbuatan demikian pada persembahan yang disiarkan secara langsung 8TV pada masa akan datang.

“Ini kali pertama dia melakukan perbuatan seperti itu ketika membuat persembahan di 8TV dan sebenarnya semua artis tempatan memang sudah maklum perbuatan seperti itu tidak dibenarkan sama sekali ketika membuat persembahan atau konsert yang disiarkan secara langsung di TV,” katanya.

Sebelum ini, Faizal pernah menimbulkan kontroversi ketika melakukan aksi meluncur yang disifatkan sebagai keterlaluan apabila dua lagu dendangannya Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta berjaya mara ke peringkat akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, baru-baru ini.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe