Tampilkan postingan dengan label aziz m osman. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label aziz m osman. Tampilkan semua postingan

Minggu, 18 April 2010

Gambar pertunangan Aziz M Osman



gambar pengarah aziz m osman bersama tunangnya puteri salbainun lokman selepas majlis pertunangan di cheras pada 18 april 2010. Semoga sampai ke jinjang pelamin diucapkan



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Minggu, 02 November 2008

Aziz M Osman bercerai


Aziz berasa ditipu

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Bukan salah dia. Dia tertipu...” kata Afida Es yang mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46, sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.




Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sudah selesai.

“Perkahwinan anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya masih dalam tempoh edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status perkahwinannya batal,” katanya yang simpati dengan nasib anaknya.

Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.
Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana kecewa dan berasa ditipu.

“Yang saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati maklumat itu benar.

“Begitupun, saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal kerana jika lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah,” katanya.

Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz bertemu jodoh lebih baik pada masa depan.

“Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia tetapi belum kesampaian,” katanya.

Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.

Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu.

Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati.






Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Selasa, 02 Oktober 2007

Vee dan bekas suami bersahabat baik

Aziz, Vee kini sahabat baik
Oleh Norhadiani Baharom
www.hmetro.com.my

Apakah mereka kembali bersatu sebagai suami isteri? Lebih menguatkan bukti apabila kedua-duanya tidak menolak bergambar bersama bahkan di mana ada Aziz d isitu ada Vee.

Ketika berbual dengan wartawan, kemesraan dan kasih sayang antara mereka kelihatan masih menebal malah beberapa kali terdengar Aziz memanggil Vee dengan panggilan 'ibu'.


aziz dan vee masih bersahabat. Vee dengan imej baru yang tidak bertudung


Ketika zaman bahagia dan vee masih bertudung

Seakan dapat menduga tanda tanya yang bermain di fikiran wartawan, Aziz berkata, mereka bukan datang berdua-duaan sebaliknya berasingan.

"Kami datang dengan kenderaan masing-masing. Malah langsung tidak merancang mengenakan pakaian sedondon dan ia hanya kebetulan.

"Tidak apa yang perlu dirahsiakan kepada umum mengenai hubungan saya dengan Vee ketika ini kerana tiada petanda untuk kami kembali bersatu sebagai suami-isteri. Tapi kami kini bersahabat baik. Selama 15 tahun bersama walaupun sekarang tiada sebarang ikatan, kami masih berkongsi anak-anak.

"Saya akui sehingga saat ini makan pakai saya masih dipantau Vee. Saya potong rambut seperti ini pun kena tegur dengan dia. Mungkin sebab sudah terbiasa kerana sejak dulu lagi dialah yang menentukan baju apa yang sesuai dan patut saya pakai memandangkan saya ini jenis manusia yang tidak kisahkan penampilan.

"Pakaian kami malam ini misalnya. Sebagai kawan baik, tidak salahkan jika kami memilih baju sedondon. Mungkin ia janggal di mata umum namun tidak pada kami kerana sehingga kini kehidupan kami tidak banyak bezanya melainkan tidak lagi sebumbung, sekatil dan sebilik.

"Lagipun kami mengambil keputusan untuk berpisah bukan sebab saya sudah menyampah tengok muka dia atau dia juga benci tengok muka saya, sebaliknya kami bercerai atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dijelaskan selain percaya ini sudah suratan Tuhan," katanya.

Sementara itu Vee berkata, dia dan Aziz masih menjalankan perniagaan bersama serta bekerja dalam satu pejabat yang sama. Malah mempunyai perancangan untuk menubuhkan anak syarikat Ace Motion Pictures, Padi Pictures dan Ace Media Post pada masa terdekat ini.

Katanya, Padi Pictures sebuah produksi yang membabitkan penerbitan filem dan antara yang sedang diusahakan adalah filem Azura manakala Ace Media Post pula syarikat rakaman suara.


"Sebab itulah hubungan kami tetap baik sampai sekarang hingga saya sendiri masih mengambil berat penampilan Aziz.

"Kita ini orang berniaga, kenalah jaga imej. Sebab itulah walaupun sudah bercerai saya masih mengambil berat soal penampilan Aziz kerana dia bukan saja membawa syarikat dia tetapi secara tidak langsung nama saya.

"Apa yang membuatkan kami terus berkawan baik sehingga hari ini kerana sebelum mengambil keputusan bercerai, kami pernah berjanji untuk menjadi ibu bapa yang baik. Kami tidak mahu merosakkan masa depan anak disebabkan orang tua bermusuhan," katanya.

Mengenai penampilan kini yang tidak lagi bertudung berbanding ketika masih menjadi isteri, Vee enggan memberikan sebab sebenar dia berbuat begitu.

"Saya terpaksa merahsiakan perubahan ini atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dikongsi bersama. Berkenaan tohmahan masyarakat sekeliling rasanya sekarang ini pun sudah ada orang yang bercakap tapi apa yang mampu saya lakukan melainkan hanya berdiam diri," katanya.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe