Tampilkan postingan dengan label abby abadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label abby abadi. Tampilkan semua postingan

Senin, 20 Desember 2010

Abby Abadi sambut Harijadi Zul

wajah wajah ceria abby menyambut harijadi zul....
sungguh romantik











Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Rabu, 29 Juli 2009

Abby dan Norman di hari bapa






Hampir lapan bulan selepas kes tangkap basahNorman , yang membawa kepada perceraiannya, perhubungannya dengan Abbykini lebih tenang. Yang lebih pentingnya, mereka dapat berfungsisebagai ibu bapabuat ketiga-tiga orang anak mereka. Walaupun sudah tidak lagi tinggalsebumbung, rutin Norman sebelum ini seperti menghantar anak-anak kesekolah diteruskan seperti biasa. Jika Abby perlu ‘outsation’ untukmenjalani penggambaran, anak-anak akan diletakkan di bawah penjagaanNorman .
“Abby akan memaklumkan saya dan untuk tempoh masa itu,saya akan tinggal di rumahnya untuk menjaga anak-anak. Kami kerapberkomunikasi, berbincang tentang perkembangan anak-anak, pelajaranmereka. Perhubungan kami semakin baik kerana kami tidak melibatkanperkara-perkara peribadi dan emosional.
“Ikatan kami tidak terlerai disebabkan anak-anak. Saya akui saya mempunyai kelemahan. Bagi saya, apa yang berlaku sebahagian daripada perjalanan hidup saya.”
Ditanya tentang penerimaan anak-anak terhadapnya, dedah Norman , mereka seperti biasa.
“Merekamasih dekat dengan saya, macam biasa. Mereka menerima apa yang berlakukerana ia jalan terbaik buat ibu bapa mereka. Apa yang ditulis sebelumini tentang hubungan saya dengan anak-anak, bagi saya lebih kepada yangdramatik. Oleh itu, saya tidak ambil ‘pot’ tentangnya.
“Sebolehmungkin, saya tidak mahu mereka dipengaruhi dengan benda-benda negatifseperti itu, yang boleh menjejaskan minda mereka,” kata Norman yangturut memberitahu anak-anaknya tidak pernah diejek disekolah atas apayang berlaku diantara dirinya dan Abby. -Gua

foto kredit
www.izyan.com


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Rabu, 17 Desember 2008

Abby n Norman bercerai juga akhirnya


Moga Abby tabah dengan kehidupan yang mendatang dan Norman juga tidak melupakan tanggungjawab dan nafkah kepada anak-anak selepas sahaja mereka hidup berasingan selepas ini

Khamis Disember 18, 2008
Abby dan Norman bercerai lagi dengan talak satu
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN

Pasangan Abby Abadi-Norman Hakim akhirnya bercerai.
[SEMASA] KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan hakim Wan Mahyuddin Muhamad.


Semasa hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan, sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk memberi masa kepada Norman menenangkan diri.

Pada 5 Disember, Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.

Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3 November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.

Jelas beliau, Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.

Dalam permohonan itu, kata Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka suami isteri.


Abby yang baru menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang melanda.


Norman yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi kebahagiaan tiga orang anak mereka.


Rumah tangga pasangan artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal pagi 30 Oktober lalu.


Pada 3 November lalu, Abby dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap


Sejurus selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, dua setengah bulan.


Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


Kamis, 06 November 2008

Norman pasrah jika berpisah




‘Saya pasrah andai berpisah’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby,” kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang ditemui selepas menunaikan solat Hajat dan Istikarah di Masjid Nur Hidayah Kampung Pandan di sini, malam tadi.

Katanya, lebih baik dia mengambil sikap bertenang sekarang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.



Ini kerana pelakon yang terkenal dengan watak pegawai polis dalam drama Gerak Khas itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikutan ada segelintir pihak cuba menangguk di air keruh.

Ditanya perasaannya terhadap isteri dan anak, kata Norman, dia masih menyayangi keluarganya dan berharap rumah tangganya dapat dipertahankan.


Malah, menurutnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk tetap membayar bil elektrik dan air serta membiayai persekolahan anak.

“Masih ada kasih sayang saya pada anak dan isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku nanti...bersatu atau berpisah.

“Kebajikan mereka tidak akan terabai. Siapa yang tak sayangkan anak. Kali terakhir saya berjumpa dengan mereka ketika majlis cukur jambul anak bongsu saya selepas hari raya lalu,” katanya.

Dia juga tidak mahu mengulas panjang isu rumah tangganya bersama Abby kerana boleh menjadi ruang perbalahan dan tiada jalan penyelesaian.

“Saya nak cari jalan penyelesaian...saya perlukan ruang untuk cari petunjuk arah bagi selesaikannya.

“Berikan saya ruang...biarlah saya cari jalan penyelesaian terlebih dulu sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya.

Norman ternyata tidak mengetahui bila dapat menyelesaikan masalah terbabit dengan menyerahkannya kepada Allah s.w.t.

Bagaimanapun, baginya, apa yang penting kawan dan ahli keluarga tetap memberi sokongan.

“Saya tidak boleh salahkan sesiapa sama ada berkaitan kes khalwat atau masalah rumah tangga. Perkara sudah terjadi...saya perlu pertahankan diri saya.

“Apatah lagi isteri saya dalam keadaan emosi yang menebal, biarlah dia reda dulu...dalam keadaan pelbagai spekulasi dan andaian, saya nampak ia bukan platform untuk berbalas kenyataan kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya memohon kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan rumah tangga kami...apa gerak hati yang terbaik itulah yang datang daripada Yang Maha Esa,” katanya yang lega dapat melakukan solat hajat dan Istikarah bagi memperoleh petunjuk untuk menyelesaikan masalah dihadapinya.

Norman berkata, dia memohon petunjuk kerana jika jalan terbaik ke arah penyelesaian itu ialah berpisah, dia bersedia menerimanya.

Dia seterusnya menafikan sudah mengahwini Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Perkara itu turut disahkan abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44, dan sepupu Norman, Razin Abdul Razak, 43, yang turut berada di masjid berkenaan.

“Saya belum mengahwini Memey, itu semua spekulasi dan saya tak pernah kahwin dan tak pernah hantar borang nikah. Segala-galanya tidak benar.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti akan bangkitkan gelodak emosi daripada pihak Abby,” katanya yang terkejut dengan kehadiran media di masjid itu.

Norman yang memakai baju Melayu putih dan berkain pelekat kelihatan tenang ketika menjawab soalan diajukan wartawan.

“Saya tidak sangka media akan datang ke sini...nanti apa pula anggapan masyarakat terhadap saya, sampai sembahyang pun nak panggil media,” katanya.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Minggu, 02 November 2008

Abby gagal fail perceraian


gambar hiasan


Abby gagal fail perceraian kerana dokumen tidak lengkap

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Artis wanita popular, Abby Abadi gagal memfailkan perceraian ke atas suaminya, aktor, Norman Hakim kerana dokumen perceraian yang dikemukakan artis itu tidak lengkap.

Abby yang hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat Hulu Kelang berkata, dia akan berusaha menghubungi Norman untuk memberi kerjasama bagi menyelesaikan permohonan perceraiannya itu. - Utusan




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe