Rabu, 05 Agustus 2009

Gambar Melissa Saila dan 3 anaknya



gambar dan berita from karangkraf

Melissa Saila tak sanggup berjauhan dengan anak

Sudah lama MW teringin memotret wajah ayu anak seniwati terkenal, Mariani Ismail sebagai penghias muka depan. Justeru, peluang keemasan baru-baru ini tidak dilepaskan. Apatah lagi si empunya diri bersetuju tanpa sebarang masalah.






Melissa Saila , 37 tahun yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada 16 Jun lalu belum habis pantang tatkala penulis dan jurugambar ke rumahnya baru-baru ini. Namun begitu, dia tetap memberikan kerjasama yang baik. “Saya jenis yang aktif dan tak suka duduk diam. Kalau ‘berehat’ terlalu lama, saya akan mula sakit-sakit,” ujarnya sambil menyambung cerita tentang bayi barunya Zahrah. “Saya bersyukur kerana anak ketiga saya, Zahrah selamat dilahirkan. Yang seronoknya sebab Zahrah lahir dengan berkongsi tarikh yang sama dengan abangnya Zain. Jadi, nanti bolehlah menyambut ulang tahun sekali.

“Buat masa sekarang, rasanya cukuplah dahulu dengan tiga orang cahaya mata. Bukan nak merancang cuma kalau boleh saya mahu melihat mereka membesar dan beri perhatian sepenuhnya sebelum memikirkan untuk menambah ahli keluarga baru,” kata Melissa yang melahirkan anak ketiga ini secara pembedahan sama seperti anak pertama dan keduanya.

Akuinya, selepas berpantang dia akan meneruskan kembali karier nya dalam bidang seni. Melissa yang sebelum ini pernah berlakon dalam teater P. Ramlee Muzikal musim ke2 kini mengorak langkah ke hadapan apabila membuka sebuah syarikat produksinya sendiri dengan suaminya, Megat Fauzi.

“Segala-galanya bermula ketika kami menyertai satu pertandingan filem pendek sekitar 2007 yang mana suami menulis skrip untuk filem tersebut. Dari situ timbul minat nak buka syarikat produksi sendiri. Alhamdulillah, kini kami sudah pun memilikinya yang diberi nama Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd dan bakal beroperasi di Taman Tun Dr Ismail tak lama lagi.

“Projek sulung syarikat kami adalah saya bakal mengarahkan sebuah drama untuk Astro yang bertajuk Rombakan Kabinet. Yang menariknya, skrip drama ini ditulis oleh suami, saya sendiri yang nampaknya berminat dalam kerja ini,” ujarnya.

Selagi diterima

Walaupun sibuk menguruskan bisnes yang dikongsi bersama suami apa yang nyata minat Melissa terharap bidang lakonan masih belum hilang. “Saya tetap akan berlakon juga jika diberi peluang dan masih lagi diterima peminat. Namun, ia bergantung pada skrip dan watak memandangkan sekarang saya masih ada anak kecil yang perlu diberi perhatian. “Kalau boleh, saya tak mahu berjauhan dengan anak-anak, sebab itulah saya cuba kurangkan aktiviti berlakon dan beri tumpuan pada kerja-kerja di belakang tabir. Lagipun dengan membuka syarikat sendiri, masa saya lebih fleksibel dan boleh keluar rumah ikut masa sendiri.

“Selain itu, saya juga boleh bahagi masa antara kerja dan juga keluarga, jadi, masa bersama anak-anak dan kerja takkan bertindih. Kali terakhir saya berlakon adalah dalam drama Anak emak yang menggandingkan saya dan ibu. Ketika itu, saya baru mengandung tiga bulan,” jelas Melissa lagi. Anak sudah pandai bergaya Tidak seperti artis mahupun orang biasa lain yang suka menama kan anak-anak melalui gabungan nama atau memilih nama yang panjang, Melissa dan suami pula memilih nama yang cukup ringkas. Kata Melissa, kesemua nama-nama anak adalah pilihan suaminya sendiri yang sukakan nama yang ringkas dan mudah disebut.

Seperti mana acuan, begitulah kuihnya.

Jika dilihat wajah anak sulungnya Noor, saling tak tumpah dengan wajah Melissa. Malah Melissa juga sempat menunjukkan gambarnya ketika waktu kecil yang mana wajahnya seiras dengan anak sulungnya itu. Kata pelakon ini bukan saja rupa anak mengikut wajahnya malah juga suka bergaya.

Ceritanya Noor sudah pandai bergaya dengan aksesori seperti kaca mata dan tas tangan. Setiap kali keluar membeli belah, dia sudah pandai memilih barangan. Ketika penulis meminta Noor bergaya di hadapan kamera, dia enggan kerana malu. Namun, lama-kelamaan dia bersetuju sambil membawa tas tangan hitam kesayangannya yang turut diisi pengilat bibir di dalamnya. Ketika ditanya sama ada mahu berlakon seperti ‘mummy’, anak kecil ini hanya menggelengkan kepala.

“Sebagai seorang ibu, saya mahu melihat anak-anak membesar dengan sempurna dan menjadi orang yang berjaya dalam pelajaran dan agama. Sekiranya mereka ada menunjukkan minat untuk bergiat dalam bidang seni, saya tak menghalang, cuma kalau boleh saya mahu mereka berjaya dalam pelajaran dahulu. Lagipun mereka masih kecil.

“Anak sulung saya Noor pun baru berusia 4 tahun lebih. Jadi sukar untuk bercakap tentang masa depan. Kalau kita merancang begitu begini, nanti akan datang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang,” jelas Melissa lagi ketika ditanya mengenai perancangan masa depan anak-anaknya.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tidak ada komentar:

Posting Komentar