Senin, 17 September 2007

Fasha nafi ke Disneyland bersama Hans Isaac


Terbaru, ada yang ternampak kemesraan mereka berdua di sebuah pusat hiburan, hotel lima bintang di ibu kota. Namun, Fasha menganggap itu semua fitnah malah menuduh ada pihak yang sengaja menokok tambah cerita.

“Apa yang berlaku adalah secara tidak sengaja dan saya tidak sangka pula boleh jadi sampai begini. Saya rapat dengan Hans selepas dia panggil saya berlakon dalam filem terbaru terbitannya, Laga Ikan dan sejak itu kami ada keluar bersama untuk berbincang pasal kerja.

“Cerita kami berdua ke Disneyland itu tidak benar dan banyak cerita antara saya dengan Hans yang ditokok tambah. Tolong jangan ‘menyedapkan’ cerita dengan memasukkan maklumat yang tidak benar. Sehingga ke detik ini saya masih boleh bersabar.

“Tetapi jika ada yang masih bercakap mengenainya, saya tidak mampu menutup mulut mereka dan saya juga tidak pernah menggunakan perkataan ‘baru hendak mengenal hati budi’ terhadap hubungan saya dengan Hans.

“Hakikatnya saya masih solo dan jikalau sudah ada jejaka yang berjaya menghuni hati ini, saya akan beritahu. Saya muda lagi. Tidak berani memberi komitmen hati serta perasaan kepada mana-mana lelaki,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra pelakon 9 September di Restoran Lemon, Kajang, Selasa lalu.

Jelas Fasha lagi, kepada mereka yang mengenalinya faham sikap semula jadinya yang manja dan dia hanya mahu menjadi dirinya sendiri. Dulu dan kini dia adalah insan yang sama, tidak pernah berubah dan tidak suka hidup berpura-pura.

“Empat tahun menjadi anak seni membuatkan saya lali dengan tohmahan, gosip, fitnah dan kritikan serta tidak mudah lemas dengan pujian. Saya dapat menerima apa jua pandangan masyarakat asalkan tidak melampaui batas sehingga melanggar hak peribadi saya.

“Jika saya keluar berdua dengan mana-mana lelaki tidak semestinya kami bercinta. Walaupun pelbagai cerita melanda namun saya bersyukur kerana rezeki saya dalam bidang seni terus mencurah.

“Bakat saya masih dihargai dan daripada apa yang saya lalui dalam setiap pekerjaan serta kehidupan, kepayahan dan kesenangan silih berganti. Sukar untuk saya menjaga hati setiap orang. Cukuplah sekiranya saya dapat menjaga hati produser, pengarah drama/filem dan kru teknikal kerana hubungan yang baik menyenangkan kerja saya pada kemudian hari.

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

galeri gambar fasha sandha

galeri 2 fasha sandha


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe



Tidak ada komentar:

Posting Komentar