Senin, 29 Januari 2007

Intan Shafina - pelakon baru, cedera ditikam

Kecoh besar antara dua Intan
29-01-2007 08:05:43 PM
Oleh ZIEMAN
sumber mstar online

PETALING JAYA: Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya yang didakwa cedera parah dan terkelar pergelangan tangan sebenarnya sihat.

Penyanyi yang menerima berpuluh-puluh panggilan telefon sejak 12 tengahari tadi hanya mampu tersenyum dan mengurut dada apabila rakan wartawan menghubunginya dan memberitahu perkhabaran tentang kes itu.

"Saya sendiri terkejut apabila diberitahu oleh saudara mara dan rakan lama yang tidak putus-putus menelefon saya untuk mendengar sendiri dari mulut saya yang saya sihat," ujar penyanyi yang berusia 26 tahun itu.

Ketika menerima perkhabaran itu, beliau sedang beristirehat bersama keluarga di rumah mereka di Villa Taman Tasik, bandar Sri Permaisuri Cheras.

"Keluarga saya juga turut terperanjat apabila saudara mara dari Johor bertubi-tubi menanyakan sama ada saya sihat," kata penyanyi, yang pernah mengeluarkan dua buah album di bawah Warner Music bertajuk Kembali (2002) dan Intan Sarafina 2 (2003).

Bagaimanapun, penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Duhai Malam', 'Kembali' dan 'Selamanya' ini amat bersyukur yang ia cuma salah faham.

"Saya memang terperanjat tapi saya bersyukur kerana ia tidak berlaku pada saya. I am so grateful it's not me," ujar Intan pernah memenangi anugerah Artis Baru Popular 2000 dan menjadi Naib Juara Pesta Lagu Kanak-Kanak Asia di Tokyo.

Menurut Intan lagi, ketika kecoh-kecoh hal dirinya "ditikam dan dikelar," dia cuba mencari kad pengenalannya.

"Barulah saya tersedar yang kad pengenalan saya telah hilang. Saya terus ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat laporan. Ketika di sana, sekali lagi saya telah diberitahu tentang kes ini," kata penyanyi genit yang dilahirkan di Stulang Darat, Johor.

Intan, yang pernah memulakan karier baru sebagai pramugari di AirAsia pada bulan Oktober 2004, juga pernah membintangi filem Janji Diana yang turut dibarisi oleh pelakon Erra Fazira, Rosyam Nor dan Sarimah Ibrahim.

Kekeliruan sebuah agensi media ini dipercayai akibat nama kedua-duanya hampir sama.

Di sebalik kekecohan berita tentang dirinya, Intan melihat kejadian ini dari sudut yang berbeza.

"Saya tak marah. Tak sangka pula ramai orang masih ingat dan ambil berat tentang saya. Terharu pula rasanya.

"Mungkin itulah hikmahnya kerana selama ini saya ingat orang sudah lupakan saya," ujar Intan, anak kedua dari enam orang adik-beradik.
-----------------
yang mana erk gambar intan shafina..konfius2

Tidak ada komentar:

Posting Komentar