Kamis, 08 Januari 2009

Siti, Datuk K mahu saman

Siti, Datuk K mahu saman penyebar fitnah cerai
Oleh Farihad Shalla Mahmud
www.bharian.com.my



KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dan gosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.


Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu.

"Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu," kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita semalam.

Oktober lalu, pasangan ini menarik perhatian apabila tersebar berita kononnya Khalid berkahwin dengan seorang pramugari. Sebelum itu, Khalid pernah membuat laporan polis mengenai fitnah kononnya beliau memukul Siti.

Terbaru, gosip tersebar luas di internet dan khidmat pesanan ringkas kononnya rumah tangga mereka di ambang keruntuhan.

Khalid berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain jika gosip seumpama itu berterusan kecuali mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dan memastikan kehidupan mereka tidak diganggu.

"Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat.

"Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas ini tersebar," katanya.

Khalid berkata, pernah satu ketika kerana terlalu tertekan dengan gosip, hampir saja beliau menyuruh Siti meninggalkan nyanyian.

"Saya faham apabila berkahwin dengan Siti secara tidak langsung saya terdedah dengan gosip tapi apabila didiamkan, semakin menjadi-jadi," katanya.

Sementara itu, Siti mengaku terkilan rumah tangga mereka sering digosipkan.

"Siti ingin diamkan perkara ini kerana sebagai selebriti, ia adalah asam garam. Namun Siti memahami perasaan suami. Sebagai ahli perniagaan, gosip seperti ini menjejaskan reputasinya," katanya.





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Nora Danish dapat zuriat lelaki


sumber:Berita Harian

Nora Danish selamat menimang cahaya mata sulungnya pagi semalam. Pelakon drama bersiri Puteri ini melahirkan bayi lelaki di Hospital Gleneagles Ampang dan khabarnya kedua-dua ibu dan anak ini sihat-sihat saja. Tahniah diucapkan dan semoga kehadiran orang baru ini menceriakan nora dan memberi limpahan rezeki untuknya..:-)




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sharifah Zarina kini tokey restoren






Sharifah Zarina kini beralih arah ke dalam bidang perniagaan makanan dengan membuka Restoran Baso: Indonesian Cuisine yang terletak di Plaza Mentari, bandar Sunway.
Moga dia berjaya dengan bidang barunya ini
sumber:berita harian

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

Rabu, 07 Januari 2009

Maxim Summer Break 2008

Maxim Summer Break 2008 is not only known as a blonds sexy women but in Indonesia it self Maxim has become one of the popular magazine and most of indonesian Artist are pose sexy for these magazine take a look at these photo Lots of amateur Indonesian Young girl are trying their best to be taken shot by the professional photograph










Gambar terkini Norkhiriah





kredit picture
budiey.com sensasi selebriti

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribehttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Selasa, 06 Januari 2009

Adlin, Emelda bersatu Mac


sumber:utusan malaysia

PAPA tumpang gembira apabila akhirnya pasangan merpati dua sejoli ini sudah bersedia untuk disatukan.

Khabarnya, tarikh sebenar masih belum ditetapkan lagi tetapi majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dalam bulan Mac nanti.

Apa yang Papa dengar lagi, bukan calang-calang mereka yang terlibat dalam urusan perkahwinan Adlin dan Emelda ini.

Semuanya nama-nama besar terutama sekali dalam penyediaan busana perkahwinan mereka.

Untuk majlis persandingan di Ipoh, Perak nanti, pasangan kekasih ini sudah sepakat untuk memilih konsep tradisional Jawa manakala untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur pula, Adlin dan Emelda memilih konsep moden.

Papa tidak mahu mengulas lanjut tentang mereka yang terlibat dalam majlis perkahwinan mereka itu nanti kerana adalah lebih manis untuk mereka sendiri yang memberitahunya kelak.

Apa-apa pun, Papa akan mendoakan yang terbaik untuk kedua pasangan selebriti ini.

Pastinya kini, bonda Adlin, Mak Mah tidak menang tangan untuk menyediakan persiapan untuk anak bujang kesayangannya.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Kamis, 01 Januari 2009

Gambar kahwin Zaff [Suria FM] & suami







Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe