Kamis, 28 Februari 2008

Gambar Ajai dan buah hati terbaru?









Ajai dan teman barunya..klik untuk besarkan


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 26 Februari 2008

Bila artis tak bersolek


Wajah Fazura tanpa secalit solekan.



Salamiah Hassan sudah 50 tahun usianya.


Sekali pandang macam tak kenal. Inilah Atilia yang masuk program Sehati Berdansa.



Diana Danielle masih muda... tanpa solekan nampak dia macam budak sekolah. Memang Danielle masih bersekolah pun.


Datin Nina Juren masih cantik tanpa solekan.

Mila (kiri) dan Farah tanpa sentuhan glamor.

Amylea AF3

Inilah antara artis yang hadir ke majis sembahyang hajat memohon keselamatan Adik Sharlinie yang hilang anjuran radio SuriaFM di Restoran Puteri, Sungai Penchala pada 21 Februari lalu. Takkan nak bersolek tebal bila hadir ke majlis macam ni kan. Dalam glamor pun ada juga mereka masa untuk aktiviti amal. Baguslah tu.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Minggu, 24 Februari 2008

Gambar Fiza ELITE hamil





Gambar Pelakon dan penyanyi Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim atau lebih glamer dengan panggilan Fiza Elite hamil. Semoga selamat melahirkan baby yang dikandung.



gambar ketika akad nikah bersama suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 19 Februari 2008

Spekulasi pengacara AF6 berakhir


Setelah 5 musim akademi fantasia berlayar di kaca TV menggunakan khidmat pengacara Aznil Nawawi, akhirnya pihak astro memilih penyanyi, pelakon, dan hos, AC Mizal sebagai pengacara Akademi fantasia yang ke-6. Apa pandangan anda?. Sertai poll untuk melihat sejauhmana keputusan astro ini mempengaruhi jumlah penonton

AC Mizal pengacara AF6
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
www.bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Spekulasi siapa pengganti Aznil Nawawi untuk mengendalikan musim terbaru program realiti, Akademi Fantasia (AF) terjawab semalam, apabila dua nama terkenal, AC Mizal dan Sarimah Ibrahim dipilih sebagai hos program itu.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini diberikan tanggungjawab sebagai hos konsert mingguan, manakala Sarimah akan mengendalikan laporan harian, Diari AF.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, berkata kedua-dua pengacara itu dipilih berdasarkan kemampuan mereka untuk berdepan penonton dan mengendalikan program yang memasuki musim keenam itu.

“Astro yakin mereka berupaya membawa dimensi baru kepada AF, selain mempunyai identiti tersendiri, bersesuaian dengan format program realiti itu.


“Pemilihan mereka berdua juga bakal memperlihatkan penyatuan personaliti, identiti serta kekuatan berdepan pelbagai cabaran sepanjang AF berlangsung,” katanya pada sidang media pengumuman pengacara AF6 yang disiarkan secara langsung menerusi episod istimewa, F ail Sulit Akademi Fantasia dari Pusat Penyiaran Asia (Astro) di sini, petang semalam.

Tanpa menolak pemilihan kedua-dua pengacara itu mempunyai risiko tersendiri, Zainir yakin AC dan Sarimah berkemampuan untuk memberi nafas baru seperti dituntut AF.

Katanya, program itu sendiri mempunyai tarikan yang kuat, justeru mereka memerlukan pengacara yang dapat mengetengahkan nilai yang dikehendaki supaya musim terbaru AF dilihat lebih dinamik pada mata penonton.

“Pemilihan pengacara juga sebenarnya memberikan cabaran yang besar kepada kami. Apa yang kami harapkan ketika ini adalah sokongan semua pihak untuk memastikan AF6 terus berjaya,” katanya.

Sementara itu, AC, 36, mengakui tanggungjawab yang bakal digalasnya terlalu berat apatah lagi AF mempunyai sejarah kecemerlangannya ketika dikendalikan Aznil selama lima musim berturut-turut.

Namun, beliau berharap penonton memberinya peluang untuk mengendalikan program itu dengan cara tersendiri tanpa terikat dengan apa yang pernah dilakukan Aznil.

“Memang saya teringin bergelar hos AF, tetapi saya akui tanggungjawab itu tidak mudah. Saya sendiri takut untuk berdepan dengan harapan tinggi yang diletakkan penonton selain kritikan bakal diterima.

“Pinta saya, berikan kami peluang untuk memberikan yang terbaik. Dengan pengalaman selama 15 tahun dalam industri hiburan, Insya-Allah saya yakin untuk melakukannya,” katanya.

Sarimah, 29, pula berharap penampilan mereka tidak dibandingkan dengan apa yang pernah dilakukan Aznil kerana setiap pengacara mempunyai cara tersendiri.

“Apabila sudah dipilih bermakna pihak produksi yakin dengan kemampuan kami berdua. Berikan kami peluang untuk mencuba dulu dan melakukannya dengan sebaik mungkin,” katanya.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Senin, 18 Februari 2008

Pengacara NONA dan pakaiannya





TV3 patut lebih prihatin sebab macam tak sesuai pula pakaian pengacara baru ni. Sebelum ni boleh sahaja pengacaranya berpakain elegan dan cantik tanpa menonjolkan keseksian..apa pandangan anda?, anda nilaikan sendiri..


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Sabtu, 16 Februari 2008

Gambar Lisdawati sudah hamil

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Jumat, 08 Februari 2008

Noraniza Idris bukan janda lagi?


Petikan dari Utusan Malaysia online

Noraniza Idris bukan janda lagi

PUTRAJAYA 6 Feb. - Penyanyi, Noraniza Idris menamatkan spekulasi mengenai kisah cintanya apabila mengesahkan telah berkahwin dengan seorang usahawan, hujung minggu lalu.

Noraniza, 40, dan suaminya yang berusia awal 50-an itu berkahwin dalam satu majlis tertutup di sebuah tempat yang dirahsiakan.

Menurut penyanyi itu, dia membuat keputusan menamatkan zaman janda selepas lebih tiga bulan mengenali suaminya yang berasal dari sebuah negeri di utara tanah air.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan selamat. Harapan saya, perkahwinan ini akan menamatkan segala spekulasi dan gosip mengenai saya selama ini," katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Noraniza yang dikenali ramai sebagai pejuang lagu-lagu irama tradisional sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Fareez pada 31 Mac 1988 dan disahkan bercerai pada Mei 2006.

PerkahwinanHasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu, Mohd. Alif Haikal, 19, dan Mohd. Alfeq Haikal, 15.

Menurut Noraniza, hatinya terbuka untuk berkahwin lagi selepas yakin dengan kejujuran dan keikhlasan suaminya.

"Saya juga bersyukur kerana abang (panggilan buat suaminya) juga menerima kehadiran kedua-dua anak saya. Itu sudah cukup membuktikan keikhlasannya," ujar Noraniza yang kini muncul dengan imej bertudung.

Pada pertemuan itu, Noraniza yang ditemani suaminya bagaimanapun enggan membenarkan gambar mereka berdua dirakamkan atas sebab-sebab peribadi.

Biarpun kini muncul dengan imej bertudung, itu tidak menghalang Noraniza untuk terus aktif menyanyi.

"Saya memilih untuk mengubah imej kerana Allah dan selepas mendapat restu daripada suami. Bagaimanapun, itu juga tidak menghalang saya daripada terus aktif menyanyi," kata Noraniza yang kini sibuk merancang konsert solonya di seluruh negara.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


Gambar AC MIZAL dapat anak perempuan





Bayi perempuan seberat 3.26 kilogram bernama Fea Eryssa binti Mizal Zaini adalah cahayamata kedua pengacara popular AC Mizal bersama isterinya, Amylea Rosnaida.
Sebelum ini AC mempunyai dua anak lelaki Mohd Shafiq Iman dan Mohd Shabil Iman hasil perkahwinan pertamanya.tahniah untuk anda berdua


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Selasa, 05 Februari 2008

Sultan Brunei's latest daughter



Inilah baru dikatan umpama lahir di dalam DULANG EMAS!!!

Bayi ini boleh dikatakan bayi yg paling bertuah di dalam dunia, kerana banyak kes bayi dibuang di malaysia ku ini, tetapi bayi ini hidupnya memang BERTUAHHHHHH….

klik untuk besarkan gambar





Pengiran Isteri Selamat Meluaran Seorang Puteri

Oleh Sim Y. H.


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain memaklumkan bahawasa Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar selamat meluaran seorang puteri pada 4.21 petang, 29 Januari 2008.

Dipetik dari Media Permata Brunei.


Menurut kenyataan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berhubungan dengan meluaran itu sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan di pekarangan Istana Nurul Iman.

Selebriti kacak dari Indonesia, Raffi Ahmad



credit pictures to
www.kapanlagi.com

Lirik lagu Raffi ahmad

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe