Rabu, 28 Februari 2007

Ajai dan Nurul kini sah bercerai talak satu



Pasangan penyanyi 'Serasi Bersama' kini bercerai

PETALING JAYA: Pasangan penyanyi yang popular dengan lagu "Serasi Bersama", Nurul dan Ajai, meneruskan niat untuk bercerai walaupun dua minit sebelum itu Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan bahawa mereka masih sah sebagai suami isteri.

Nurul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 29, membuat permohonan itu hari ini sebaik sahaja hakim syarie Ghazali Ahmad selesai membacakan keputusan bahawa dua talak yang didakwa Nurul berlaku pada 30 Ogos dan 1 Nov tahun lepas adalah tidak sah.

Ajai atau Mohd Faizal Maas, 31, melalui peguam syarie Zulkifli Che Yong turut menyatakan kesediaan untuk bercerai dan mereka telahpun menandatangani perjanjian penyelesaian pada 8 Nov tahun lepas.

Setelah Ajai melafazkan cerai talak satu terhadap Nurul, mahkamah memerintahkan supaya beliau membayar nafkah edah sebanyak RM1,200 sebulan (selama tiga bulan) dan menanggung perbelanjaan anaknya Ayu Nazirah, 10, serta membayar kos untuk Nurul mengerjakan umrah pada bila-bila masa sebanyak RM6,000.

Ajai dan Nurul yang mendirikan rumahtangga pada 25 Dis 1996, kelihatan bersedia dengan perceraian itu dan tenang dengan setiap keputusan hakim. Mereka juga bersalaman selepas prosiding.

Terdahulu, Ghazali berkata lafaz pada 30 Ogos tahun lepas yang didakwa berlaku ketika Ajai dan Nurul berada dalam penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah, adalah tidak sah kerana tidak ada saksi.

Ghazali kemudiannya meminta Ajai membuat penafian secara bersumpah, yang merupakan sumpah kedua Ajai selepas mahkamah mendapati lafaz pertama yang didakwa berlaku pada 2001 juga tidak mempunyai saksi.

Lafaz ketiga pula yang dikatakan berlaku menerusi panggilan telefon melalui kakak angkat Nurul, Habishah Bahari, 39, pada 11 Sept tahun lepas juga tidak sah kerana semasa perbicaraan Ajai menafikan bahawa dia berniat untuk menceraikan Nurul pada ketika itu.

Ghazali berkata lafaz itu lebih berbentuk ta'liq dan ia tidak dizahirkan.

Pada ketika itu, Ajai melafazkan "sudahlah Kak Shah kalau itu yang dia (Nurul) nak, saya lepaskan dia."

Nurul yang diwakili peguam syarie Saadiah Din mengemukakan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 1 Nov tahun lepas.

Sementara itu, di luar mahkamah Nurul berkata walaupun ikatan suami isteri bersama Ajai telahpun berakhir, mereka masih berkawan dan mempunyai hubungan yang baik.

Mengenai syarikat rakaman yang mereka pernah tubuhkan, Nurul berkata dia menjual sahamnya kepada Ajai tahun lepas.

Ajai yang juga seorang komposer turut memberitahu bahawa kes perceraiannya selesai hasil perbincangan secara baik antara kedua-dua pihak. BERNAMA

Galeri Gambar Acha Septriasa 2





Galeri Gambar 1 Acha Septriasa

Senin, 26 Februari 2007

LINDA ONN TIDAK MUNCUL DI RED CARPET OSCARS



Atas sebab sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan, Linda Onn tidak menghadiri majlis berprestij permaidani merah di Oscars awal pagi tadi.

berita di harian metro

Linda tak muncul

Oleh Hartati Hassan Basri dan Abie Abdullah

Pas acara Red Carpet dipulangkan kepada penganjur Anugerah Academy

KUALA LUMPUR: Apa dah jadi? Ke mana Linda Onn menghilang? Itulah persoalan yang bermain di fikiran peminat apabila penyampai radio Era itu tidak muncul pada acara Red Carpet Anugerah Academy ke-79 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, awal pagi semalam.


Peminat juga tertanya-tanya kenapa Linda menarik diri pada saat-saat akhir, walhal dia sebelum ini diuar-uarkan akan melaporkan acara gilang-gemilang itu kepada penonton di Malaysia.

Melalui Internet, Linda dilaporkan tidak menghadiri acara berprestij itu atas sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan.

Ia turut menceritakan desas-desus mengenai pakaian yang bakal diperagakan Linda di acara itu tidak disenangi individu tertentu.

Apapun, sehingga tengah malam tadi, tiada alasan diberikan berhubung penarikan diri Linda itu.

Ketika dihubungi kira-kira jam 11 malam tadi (6 pagi waktu LA), Intan Onn, kakak yang juga pembantu peribadi Linda, memberitahu adiknya sedang tidur dan tidak mahu diganggu.

Apabila ditanya kenapa Linda menarik diri daripada tugasan itu pada saat akhir, Intan memberitahu: “Setakat ini, Linda tidak bersedia memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Tunggulah dia (Linda) pulang ke tanah air, 5 Mac ini. Insya-Allah pada masa itu, dia mungkin bersedia untuk menjawab segala pertanyaan.”

Linda yang berlepas ke LA sejak Khamis lalu, sepatutnya berganding dengan pengacara Channel V, Dominic Lau, untuk menemubual artis Hollywood dalam acara Permaidani Merah.

Bagaimanapun, Naib Presiden Bersekutu Pengedaran dan Pemasaran Serantau Star TV, Nini Yusof yang turut serta dalam rombongan berkenaan ke LA, berkata: “Linda tidak dapat melakukan tugas temubual artis Hollywood kerana sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.”

Nini juga enggan mengulas lanjut mengenai sebab penarikan diri Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu.

Difahamkan, Linda kepenatan selepas seharian bersiar-siar sekitar LA dan pas untuk tugasannya pada acara Red Carpet dipulangkan kepada pihak penganjur.

Ini menyebabkan dia tidak berpeluang menghadiri Anugerah Academy ke-79 itu sebagai penonton.

Nini ketika dihubungi Harian Metro, semalam, tetap berbangga apabila Dominic sempat merakamkan temubual dengan Eddie Murphy, John Travolta, Rachel Weisz, Helen Mirren, Clint Eastwood dan beberapa artis lagi.

Rakaman temubual acara Red Carpet yang sepatutnya berbunyi ‘Red Carpet With Dom & Linda’ disiarkan melalui Channel V (Star Movies 42) pada jam 8 malam tadi.

Linda ketika sidang media pada 19 Februari lalu, memberitahu dia bertuah apabila dipilih Star Movies untuk digandingkan bersama Dominic pada acara berkenaan.

“Tanyalah kepada sesiapa pun, pasti mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Memang saya ingin ke Hollywood, tapi bukan bercuti, sebaliknya bekerja dan menimba pengalaman di sana.

“Alhamdulillah, peluang itu tiba dengan tawaran yang diberikan Star Movies. Saya harap ia dapat membawa karier saya melangkah lebih maju.

“Jadi saya perlu bersedia kerana kerja penggiat Hollywood berbeza dengan masyarakat di sini. Jika kurang senang dengan soalan yang diajukan, mereka akan berlalu begitu saja. Jadi saya perlu bijak menangani keadaan,” katanya.

Minggu, 25 Februari 2007

Galeri Gambar Umie Aida








klik untuk besarkan gambar

more umie aida pictures

Biodata Umie
NAMA ASAL:UMI KHALSOM RAHMAD ALI
NAMA KOMERSIL:UMIE AIDA
ASAL:KUALA LUMPUR
TARIKH LAHIR:18 JANUARI 1974
BIL. DALAM KELUARGA:ANAK KE-3 DARI 6 BERADIK

Galeri Gambar Izwan Pilus









Penyanyi yang mula menempah nama dalam industri muzik tanahair. Famous dengan lagu indah lelapku..

klik untuk besarkan gambar

Kamis, 22 Februari 2007

Galeri Gambar Amy Mastura







lebih banyak gambar amy disini

Profil
Nama : Amy Mastura Bte Suhaimi
Tarikh Lahir : 10 Mei 1971
anak bongsu dari 2 adik beradik.
Suami: Alvin Tham Sufian pada 30 Jun 2000 di rumahnya

Kejayaan
menjuarai pertandingan Asia Bagus yang ketiga pada tahun 1993 di Jepun.
menjadi penyanyi sejak 1994.
wakil Malaysia dalam Asian Pop Queen Festival 1994 di Jepun.

Album
Amy Mastura (1994)
Pujaanku (1996)
Puteri (1997)
Puteri Impian II (1998)
Bintang Hati (2000)
Akan Datang (2002)
Lebih Baik (2005)

Lakonan
Kuala Lumpur Universiti (1995)
Impian (1996)
Tragedi Oktober (1997)
Puteri Impian (1997)
Puteri Impian 2 (1998)
Senario The Movie (2000)
Siti Di Alam Fantasi (2000)
Toll Gate Girl (2001)
Spanar Jaya Gong Xi (2002)
Trauma (2004)
Bintang Hati (2004)
Cinta 3 Musim (2004)
Jo Om Balik Raya (2006)
Cinta Q (2006)

Galeri Gambar Fazli Zainal











lagu-lagu faizal zainal
lirik lagu faizal zainal

Rabu, 21 Februari 2007

Galeri Diana Naim 2




gambar ina masa abp bh hari tu..merah menyala...:-)
Galeri 1 ina naim

Galeri Gambar Fahrin Ahmad 2







klik untuk besarkan gambar fahrin
galeri fahrin 1

Selasa, 20 Februari 2007

Galeri Gambar Krisdayanti







Klik untuk besarkan gambar krisdayanti
krisdayanti, krisdayanti bogel, gambar krisdayanti, gallery artist

Galeri Gambar Cut Tari











klik untuk pembesaran